Soalan 1 bolehkah penggunaan kata bantu aspek seperti 'belum' dan 'pernah' hadir bersama-sama dalam satu ayat? Contohnya Saya belum pernah datang ke sini. Soalan 2 bagaimana dengan penggunaan perkataan 'lagipun'? | 1. kata bantu belum dan pernah boleh hadir secara berturutan dalam satu ayat. 2. Lagipun bermaksud lagi pula dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 16.04.2010 |
penggunaan perkataan "pun" contonhya itu pun, lagipun, walaupun, dia pun, ataupun. Penggunaan yang mana betul? harus didekatkan atau dijarakkan ejaan pun itu? Apa bezanya di dekatkan atau di jarakkan? Rujukkan dalam DBP ada yang ejaan didekatkan ada ejaan yang di jarakakan untuk perkataan yang sama. | Pun sebagai kata penyerta dieja rapat seperti walaupun, meskipun dan kendatipun. Pun yang bermaksud juga dieja terpisah daripada kata sebelumnya seperti telah pun dan dia pun. | Tatabahasa | 18.01.2012 |
Soalan 1 Bolehkah penggunaan kata bantu aspek seperti 'belum' dan 'pernah' hadir bersama-sama dalam satu ayat?Contohnya Saya belum pernah datang ke sini. Sekiranya penggunaan tersebut dibolehkan,apakah sebabnya Soalan 2 Bagaimana pula dengan penggunaan perkataan 'lagipun' Adakah perkataan ini boleh ditulis dalam ayat? Terima kasih | 1. Dalam bahasa Melayu, kata bantu boleh hadir secara berderetan lebih daripada satu dalam ayat, iaitu sebelum kata kerja. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 473. 2. Berdasarkan Kamus Dewan, perkataan lagipun boleh digunakan yang bermaksud lagi pula.Contoh ayat: tidaklah berani orang Kemboja melawan ayam Raja Chulan sebab ayamnya sangat bertuah konon, lagipun taruhnya terlalu besar. | Tatabahasa | 16.04.2010 |
Saya hanya tidak faham kenapa KPBDBP boleh lulus bunting dan banner artwork, tetapi, untuk artwork yang sama, juma saiz yang beza, tidak lulus pula. Lagipun, adakah KPBDBP boleh satu kali balas yang mana perlu buat pembetulan, satu artwork ambil masa lebih satu minggu buat pembetulan, sangat membazir masa untuk saya dan DBP juga. | Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, sila kemas kini apabila permohonan atau iklan dihantar semula (jangan buat permohonan baru) supaya pihak kami maklum tentang kesalahan yang perlu dibetulkan semasa pertama kali dihantar. Sila maklumkan dalam permohonan tersebut bahawa iklan tersebut pernah dihantar serta tarikh dihantar. | Lain-lain | 30.01.2013 |
assalamualaikum,pada 29.7.09 saya telah menerima cek honorium sajak sebanyak rm80 tetapi saya tidak menuntutnya kerana terlewat menerima cek dari pihak tuan.Lagipun saya sekarang tidak berada di tempat tinggal asal saya di asajaya.Soalan saya adakah saya masih boleh menuntut wang tersebut dan apakah prosedurnya? | Sila kembalikan cek tersebut ke alamat orang yang mengirim cek tersebut. (Rujuk surat yang saudari terima bersama-sama cek tersebut). | Lain-lain | 07.06.2010 |
kejadian itu mungkin dapat dielakkan setelah langkah mencegah dibuat sejak lebih awal lagi. tuan, jika langkah mencegah dibuat dari awal lagi atau jika langkah pencegahan dibuat dari awal lagi atau lagipun, tuan...sejak awal lagi dan dari awal ladi...apakah perbezaan antara kedua-dua ini? tq | Penggunaan kata yang betul ialah "langkah mencegah" atau "pencegahan" (tidak perlu didahului oleh kata langkah) dan "sejak awal" atau "dari awal" (bukan sejak dari awal kerana antara makna sejak ialah dari). | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Saya ingin tahu sama ada `pun` harus dijarakkan atau didekatkan? | Partikel 'pun' yang membawa maksud juga harus ditulis secara terpisah. Hanya perkataan 'adapun, andaipun,biarpun, mahupun, kalaupun, sekalipun, sungguhpun, ataupun, bagaimanapun, kendatipun, lagipun, meskipun dan walaupun yang ditulis serangkai. | Tatabahasa | 11.12.2006 |
Bolehkah saya terjemahkan 'coffee time' kepada waktu berkopi? | “Coffee time” dalam istilah pentadbiran perniagaan diberikan padanan “waktu rehat” iaitu, waktu berehat yang pendek pada waktu pagi atau petang yang menyajikan kopi atau teh dan makanan ringan. Lagipun, secara amalannya, ada pelbagai jenis minuman bukan sahaja kopi yang boleh diminum masa rehat, maka ‘waktu berkopi’ sangat harfiah terjemahannya. | Istilah | 09.04.2014 |
Tuan, 1. Apakah jawapan untuk ayat di bawah. Masalah buli sering hangat diperdebatkan ____________ media massa. a) di b) dalam 2. Apakah kesalahan istilah bagi ayat-ayat di bawah ini? a) Seseorang itu tidak harus ditegur dengan gelaran yang tidak menyenangkan mereka, lagipun gelaran itu bercanggah dengan keperibadian dan latar belakang individu berkenaan. b) Sesetengah orang akan mengalami histeria apabila menaiki kenderaan lebih-lebih lagi yang pernah terlibat dalam kemalangan. c) Perancangan awal penting untuk menghitung perbelanjaan keluarga agar dapay mewujudkan perbelanjaan secara berhemat. Terima kasih. | Soalan 1, jawapannya (b) dalam Soalan 2, jawapan untuk (a) dan (b) - Istilah yang digunakan adalah betul daripada segi pengunaannya. Jawapan untuk (c) lebih tepat disebut sebagai "merancang perbelanjaan"
| Tatabahasa | 17.05.2018 |
Pemilik kedai runcit itu mengehadkan jumlah gula yang dibeli oleh pelanggan-pelanggannya. Tuan, sesuaikah perkataan 'jumlah' digunakan dalam ayat di atas atau ada perkataan lain? terima kasih. | Jumlah lazimnya digunakan untuk barangan yang boleh dilihat secara fizikal seperti sejumlah wang ... dan lagipun gula biasanya disukat mengikut timbangan. Ayat yang betul Pemilik kedai runcit itu mengehadkan dua kilogram gula yang dibeli oleh pelanggan-pelanggannya. | Tatabahasa | 08.06.2012 |