Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : lahir nya,lahir nya,lah ir nya

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lahirnya

Peribahasa

Dalam menunduk dia menyonggeng.

Bermaksud :

Lahirnya dia menerima dengan baik, tetapi hatinya sendiri membantah. songgeng (menyonggeng) = tonggeng.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Puan Lee telah menghadiahi Jenny sebuah komputer bersempena dengan hari lahirnya. Ayat Pasif yang betul ialah: (a) Jenny telah dihadiahi Puan Lee sebuah komputer bersempena dengan hari lahirnya. (b) Jenny telah dihadiahkan Puan Lee sebuah komputer bersempena dengan hari lahirnya. (c) Jenny telah dihadiahi sebuah komputer oleh Puan Lee bersempena dengan hari lahirnya. Yang mana paling tepat? Mengapa?Ayat aktif - Puan Lee telah menghadiahi Jenny sebuah komputer bersempena dengan hari lahirnya.
Ayat pasif yang betul - Janny telah dihadiahi sebuah komputer oleh Puan Lee bersempena dengan hari lahirnya.

Untuk makluman, ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Murid-murid sekolah itu sedang belajar. Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat:  Kucing itu dikejar oleh anjing. (daripada: Anjing mengejar kucing) Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.
Tatabahasa11.10.2015
1. Hadiah itu dibeli oleh saya untuk dihadiahkan kepada ibu sempena hari lahirnya. 2. Lukisa itu ditatap oleh kami dengan penuh minat kerana sangat cantik dan menarik. Soalan saya: Adakah penggunaan kata sendi nama 'oleh' dalam ayat-ayat di atas itu betul? Tolong beri penjelasan.terima kasih.Kedua-dua ayat pasif yang diberikan tidak betul. Ayat pasif yang betul seperti yang berikut:
(1) Hadiah itu saya belikan untuk ibu bersempena dengan hari lahirnya.
(2) Lukisan itu kami tatap dengan penuh minat kerana sangat cantik dan menarik.
Penggunaan oleh dalam ayat pasif yang diberikan salah kerana ‘saya’ dan ‘kami’ ialah kata ganti nama diri orang pertama. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua mempunyai bentuk ayat pasif yang berbeza (sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 491).
Tatabahasa05.09.2018
prof, tema " Di sini lahirnya sebuah cinta " ..tepat atau tidak penggunaan - sebuah untuk cinta..Dari segi tatabahasa, perkataan cinta tidak perlu diberi penjodoh bilangan seserti sebuah. Atau dengan kata lain, penggunaan "sebuah cinta" itu tidak tepat.Lain-lain25.10.2014
Assalamualaikum, [TEMA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2014: DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA] Pada pendapat saya, terdapat kesalahan tatabahasa dalam tema kemerdekaan pada tahun ini. 'CINTA' merupakan kata nama abstrak dan menurut hukum tatabahasa, kata nama abstrak tidak memerlukan penjodoh bilangan. Maka, penggunaan 'SEBUAH' sebagai penjodoh bilangan untuk kata nama 'CINTA' telah menyalahi hukum tatabahasa. Saya mohon penjelasan daripada pihak DBP berkaitan perkara di atas, terima kasih.Waalaikumsalam WM WBT. Terima kasih atas pandangan saudara dan pihak kami menerima serta mengambil maklum pandangan ini.Lain-lain22.08.2014
Adakah boleh jika 'Dia' digunakan kepada seseorang tokoh/orang yang dihormati dalam penulisan sajak? Contoh: 1) Dia Mahathir. 2) Lahirnya Dia perwira bangsa sejati.Dalam penulisan karya sastera ada satu elemen yang dinamakan "poetic license" atau "lesen berkarya" yang membenarkan pengarang memanipulasikan bahasa mengikut kreativiti mereka.  Jadi penggunaan Dia untuk orang yang dihormati dalam sajak dibolehkan.Istilah15.04.2014
A. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat berikut, tolong perbetulkan dan jelaskan mengapa ? 1. Zarina berasa kecewa kerana terpaksa memecahkan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. 2. 'Malaysia, di sini lahirnya sekeping cinta ' merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57. 3. Lampin pakai campak keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas. 4. Encik Ali mengajar Geografi kepada murid-murid menengah atas. 5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan taraf keselamatannya yang kurang memuaskan. 6. Sempena jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli. 7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah sebab saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal. B. Bagaimana hendak tukarkan ayat tanya songsang kepada ayat tanya biasa bagi ayat berikut : 1. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa untuk membawa kunci ? C. Apakah peribahasa yang sesuai bagi kedua-dua ayat berikut ? 1. Pengadil bola keranjang itu dicemuh oleh penonton kerana bersikap _____________ ketika mengadili perlawanan. 2. Kehidupan keempat-empat anak yatim piatu di hujung kampung itu sungguh daif dan melarat umpama ________ . Terima kasih.1. Zarina merasa kecewa kerana menghampakan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. Ayat ini kurang tepat kerana penggunaan kata yang tidak tepat dalam konteks ayat tersebut. Untuk melihat penggunaan kata yang tepat, sila rujuk kamus atau layari laman web kami di www.prpm.dbp.gov.my. Ruang yang terhad ini tidak dapat menghuraikan satu demi satu kesalahan dan ayat selepas ini telah diperbaiki.
2. "Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta", merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57.
3. Lampin pakai buang keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas.
4. Encik Ali mengajarkan Geografi kepada murid-murid menengah atas.
5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan tahap keselamatannya yang kurang memuaskan.
6. Bersempena dengan jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli.
7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah kerana saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal.

B. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa membawa kunci 

C. Sila rujuk penggunaan peribahasa yang sesuai dengan konteks ayat melalui laman web kami.
Tatabahasa23.09.2015
Ingin bertanya.. Ali mennyambut hari kelahiran atau hari lahir yang ke-4?Frasa hari kelahiran dan hari lahir boleh digunakan kerana kedua-dua frasa ini bermaksud memperingati lahirnya seseorang.Tatabahasa12.03.2015
Bagi memaklumkan kepada pelanggan mengenai penetapan kadar harga bayaran pasport yang dikenakan, apakah maksud yang tepat atau sepatutnya. 'Kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi warga emas iaitu orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun'. Apakah memadai dengan ayat tersebut yang membawa maksud, bagi orang dewasa yang mencapai umur 60 tahun dikira pada hari jadinya atau selepas sehari tarikh lahirnya dan begitu juga pada kanak-kanak yang belum mencapai umur 12 tahun pada hari tarikh lahirnya ? Apakah kategori tersebut termasuk yang telah mencapai umur pada hari jadi seseorang itu ? Mohon bantuan dan nasihat pihak Tuan dalam kadar segera, terima kasih.

Salam sejahtera,

'Kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi warga emas iaitu orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun'. Ayat ini memadai untuk menunjukkan maksud bagi orang dewasa yang mencapai umur 60 tahun dikira pada hari jadinya atau selepas sehari tarikh lahirnya dan begitu juga pada kanak-kanak yang belum mencapai umur 12 tahun.

Lain-lain03.01.2013
Terdapat kekeliruan dalam penggunaan kata sambutan ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi. Dalam konteks bahasa Melayu, penggunaan kata manakah lebih tepat dan menujurus kepada maksud mengadakan majlis sempena ulang tahun seseorang itu lahir.Frasa ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi hari boleh digunakan kerana kedua-dua frasa ini bermaksud memperingati lahirnya seseorang.Istilah19.08.2009
makna perkataan konstruk berkaitan novel rentong.dan boleh bagi contohnya tak.satu lagi makna susur galur nak tahu makna dan contoh penggunaannyaKonstruk ialah kumpulan idea atau gagasan idea yang terdapat dalam sesebuah novel. Saudara perlu merujuk novel berkenaan atau mendapatkan buku ulasan mengenai novel tersebut. Susur galur bermaksud susunan keturunan atau salasilah keturunan bangsa atau ras hinggalah kepada peringkat awal-awal sekali lahirnya sesuatu bangsa itu.Sastera27.04.2012

Kembali ke atas