Bagaimana mahu menentukan ejaan bahasa Arab itu diterima dalam bahasa Melayu atau tidak? Contohnya lailatulqadar dieja satu perkataan, adakah kerana ia sudah menjadi bahasa Melayu? Adakah jika didapati sesuatu perkataan tiada dalam pangkalan data DBP, semua perkataan tersebut perlu disendengkan dan dieja menggunakan kaedah transliterasi? Saya masih keliru dengan keadaan ini dan harus menggunakan perkataan yang diambil daripada bahasa lain seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Mohon penjelasan tuan. | Untuk makluman puan, ejaan kata pinjaman (termasuklah bahasa Arab) yang belum ada dalam bahasa Melayu disesuaikan bentuk visualnya dalam bahasa Melayu dan ejaan tersebut ditulis condong (italik). | Ejaan | 30.07.2013 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang kerelevanan penggunaan huruf kecil dan besar yang digunakan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat. Mengapakah istilah keagamaan seperti hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar, subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak (saya hanya namakan sebahagian, sedangkan terdapat lebih banyak perkataan lain lagi) yang dieja dengan huruf kecil? Sedangkan hari Buruh, Gawai serta Hell, Heaven, Apocalypse, Halloween (dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan) dieja dengan huruf besar? Bukankah istilah keagamaan yang saya namakan tadi dianggap khusus dan sangat besar maknanya dalam isu keagamaan? Mengapakah hari yang darjatnya tidak setinggi hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar dan sebagainya itu dieja dengan huruf besar tetapi perkataan yang kritikal seperti istilah tersebut digunakan huruf kecil? | Pihak kami mengambil maklum atas pandangan puan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pihak kami mendapatkan pandangan daripada pihak yang berkenaan dan akan menjawap pertanyaan puan dalam masa terdekat. Terima kasih atas kepekaan puan dalam tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 19.08.2019 |
Salam. Bagaimana ejaan yang tepat untuk lailatul qadar? Adakah perlu dieja permulaannya dengan huruf besar - Lailatul Qadar? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah "lailatulqadar". | Ejaan | 10.06.2013 |