| 1. Saya tidak suka lagunya yang lain 2. Saya tidak suka lagu-lagunya yang lain 3. Saya tidak suka lagunya yang lain-lain Antara tiga ayat di atas, mana satu yang betul? Apakah beza antara perkataan “lain” dengan ”lain-lain?” | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1215, perkataan lain bermaksud berkenaan hal dan keadaan dan lain-lain yang tidak sama. Lain-lain pula bermaksud yang seumpamanya atau yang seterusnya. Oleh yang demikian, ayat pertama, "Saya tidak suka lagunya yang lain." betul dan sesuai digunakan. | Makna | 20.01.2025 |
| Media sosial seperti You Tube,Tik Tok, facebook dan lain-lain dapat membantu murid dalam pembelajaran. Tukarkan ayat biasa kepada ayat songsang. yang mana betul ? 1)Dapat membantu murid dalam pembelajaran media sosial seperti Youtube, tik Tok , facebook dan lain-lain. 2) Seperti Youtube, tik Tok , facebook dan lain-lain dapat membantu murid dalam pembelajaran media sosial. | Ayat yang betul ialah “Dapat membantu murid dalam pembelajaran, media sosial seperti Youtube, TikTok, facebook dan lain-lain. | Tatabahasa | 20.02.2023 |
| Mengapa frasa "hal Lain-lain" dianggap salah sedangkan masih mengikut hukum DM? | Hal ialah kata nama. Kata nama yang boleh digandakan, bukannya lain. Oleh itu, walaupun "hal lain-lain" mengikut Hukum D-M tetapi binaan katanya tidak tepat. | Tatabahasa | 19.11.2024 |
| Apa perbezaan Kari dan Gulai? Mana penggunaan yang betul? | Gulai ialah masakan daging, ikan dan lain-lain yang berkuah, seperti gulai ayam dan gulai terung. Kari pula ialah gulai daging, ikan dan lain-lain yang dimasak dengan rempah, semestinya menggunakan rempah kari. | Makna | 25.07.2024 |
| ketidakberadaan | Soalan tidak jelas. Sila kemukakan soalan dengan terperinci, contohnya semakan ejaan, istilah, makna atau lain-lain. Terima kasih. | Lain-lain | 04.10.2024 |
| Bolehkah gunakan ayat dalam tulisan jawi untuk banner? | Teks tulisan Jawi boleh digunakan dalam visual papan iklan, kain rentang, poster dan lain-lain. | Lain-lain | 26.05.2025 |
| Salam, laman sesawang prprm bermasalah ke? Saya tidak dapat melihat ruangan khidmat nasihat dan lain-lain juga. | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Laman PRPM mengalami masalah teknikal. Sila layari semula pautan https://prpm.dbp.gov.my/ untuk menggunakan perkhidmatan kami. Maaf atas segala kesulitan. | Lain-lain | 29.11.2023 |
| Salam sejahtera, 1.Buah-buahan bermusim adalah seperti buah durian,buah rambutan,buah manggis dan lain-lain.(perlukah depan setiap nama buah ditulis "buah"?) | Untuk ayat tersebut, tidak perlu ditulis perkataan "buah" di hadapan setiap nama buah kerana penerangan pada awal ayat sudah diberikan. Ayat yang lebih sesuai ialah, "Buah-buahan bermusim adalah seperti durian, rambutan, manggis dan lain-lain." Susunan ayat seperti di atas sudah memadai bagi menyampaikan makna ayat. | Lain-lain | 06.11.2025 |
| Assalamualaikum tuan… Saya ingin bertanya, adakah singkatan atau kependekan yang bersifat huruf ringkas seperti KL, DBP, AMN dan lain-lain boleh diiktiraf sebagai perkataan? | Singkatan atau kependekan huruf ringkas seperti KL, DBP, AMN boleh dianggap sebagai perkataan. | Lain-lain | 05.06.2025 |
| 1.Dalam bahasa melayu, adakah dibenarkan sesuatu perkara yang menunjukkan lebih daripada satu tetapi ditulis satu perkataan sahaja. Contoh: 1.syarat-syarat (conditions) ditulis sebagai "syarat" sahaja 2. Kos-kos ditulis sebagai "kos" sahaja Adakah betul penulisan syarat atau kos sahaja tanpa digandakan perkataan tersebut walaupun ianya melibatkan jamak. 2. Perkataan lain-lain Cth: Sama ada lain-lain hubungan kekeluargaan yang rapat atau hubungan kekeluargaan lain yang rapat. Sama ada lain-lain dokumen sokongan atau dokumen sokongan lain Terima kasih atas bantuan. | 1. “Syarat-syarat” atau “syarat”, kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. Contohnya, “Tertakluk pada terma dan syarat”. Dalam konteks ini, “syarat” telah membawa maksud jamak. Begitu juga dengan perkataan “kos-kos” atau “kos”, penggunaannya perlu disesuaikan dengan konteks ayat. Kebiasaannya, “kos” juga telah membawa maksud jamak dan tidak perlu digandakan. 2. Frasa yang betul ialah “... hubungan kekeluargaan lain yang rapat ...” dan “… dokumen sokongan lain …”. | Tatabahasa | 08.08.2025 |