Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Peribahasa

Disisih bagai antah.

Bermaksud :

Diasingkan daripada yang lain kerana tidak disukai; tidak boleh ikut campur kerana miskin.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya farah hani binti mohd azizuddin.saya ingin bertanyakan bahawa apakah maksud kekisi,kekuda,tetupai,dan sesiku? saya harap pihak tuan/puan akan beri jawapan dengan secepat mungkin.Kekisi bermaksud batang-batang daripada kayu atau logam (besi dan lain-lain) yang dipasang berdiri pada tingkap dan lain-lain,  atau jeruji. Kekuda bermaksud kayu penyangga tulang bumbung rumah atau kayu palang untuk menyangga (kayu yang akan ditarah dan lain-lain. Tetupai bermaksud keratan kayu yang dilekapkan (dipakukan) pada tiang dan lain-lain untuk menyangga sesuatu. Sesiku bermaksud sejenis alat berbentuk `L' atau `T' (untuk melukis atau mengukur sesuatu sudut tepat); atau sejenis alat segi tiga daripada kayu dan lain-lain (dan bersudut 90°, 60°, dan 30° atau 90°, 45°, dan 45°).Makna27.06.2009
CUCUR bermaksud?Cucur ialah aliran ke bawah (air) atau kuih yang diperbuat daripada tepung dan lain-lain yang digoreng.Makna27.04.2009
Adakah terdapat buku rujukan mengenai kaedah jigsaw puzzle ini ?Dalam data kami, tiada buku yang boleh dijadikan rujukan dalam susun suai gambar. Puan boleh mendapatkan rujukan lain daripada penerbit lain atau sumber internet.Lain-lain21.11.2013
APAKAH HIRAKI GELARAN TERTINGGI DI MAAYSIA MENGIKUT KEUTAMAANNYA. CONTAOHNTA DATO' DENGAN DATUK, DATUK SERI TAN SRI DAN YANG LAIN-LAIN PANGKAT

Merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan, halaman 327, Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri ialah:

1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa/SP (Persekutuan)

2. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia/DKM (Persekutuan)

3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara/DMN (Persekutuan)

4. Darjah Kerabat 1/DK 1 (Johor)

5. Darjah Kerabat/DK (Kelantan) dan seterusnya sehingga ke senarai 211.

Dalam hal ini, saudara perlu merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, JPM kerana setiap pingat membawa gelarannya tersendiri dan susunan keutamaan seperti dalam buku yang tersebut di atas. Untuk makluman saudara penerima pingat daripada Sultan/Yang di-Pertuan Besar bergelar Dato'/Dato' Seri, manakala penerima pingat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri bergelar Datuk.

Lain-lain21.09.2011
saya ingin mendapatkan senarai kata-kata bahasa melayu yang telah dipinjam dari bahasa lainBahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada pelbagai bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Arab, bahasa di Nusantara dan lain-lain. Sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat tersebut.Lain-lain05.11.2009
Apakah perbezaan antara rujukan dan bibliografi?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kedua-dua perkataan adalah seperti yang berikut:

1. rujukan - keterangan lanjut mengenai se­suatu perkara (buku dan lain-lain), sumber untuk dirujuk

2. bibliografi - 1. senarai terbitan (buku dan lain-lain) tentang sesuatu subjek atau daripada seseorang pengarang 2. senarai buku, makalah, dan lain-lain yang digunakan atau dirujuk dalam menghasilkan sesebuah karya.
Makna08.05.2012
Adakah perkataan lain yang lebih sesuai digunakan selain daripada perkataan 'NAMUN' dalam sesuatu ayat? Ada cadangan lain yang difikirkan sesuai untuk mengelakkan dari penggunaan kata itu pada setiap perenggan. Contoh ayat : Namun apabila difikir-fikirkan, ada juga kebenaran kata-katanya. Terima kasih.Selain "namun", boleh juga digunakan "biarpun", "meskipun", "tetapi","sungguhpun", "walaupun" mengikut konteks dan keseuaian ayat. Dalam ayat di atas, "namun" boleh ditukar dengan "tetapi".Tatabahasa16.08.2007
1. Bagi jarum, penjodoh bilangan ialah pucuk atau bilah atau lain daripada ini ? 2. Pustakawan sedang menyusun buku. atau Pustakawan sedang menyusun buku-buku. Manakah satu ayat yang betul?1. Penjodoh bilangan bagi jarum ialah sebatang. 2. Pustakawan sedang menyusun buku.Lain-lain09.08.2010
Saya menukarkan penjelasan audio menjadi teks bercetak. Mohon nyatakan istilah yang tepat untuk usaha itu, sama ada transliterasi/mentransliterasikan, transkripsi/mentranskripsikan, atau alih bentuk/mengalih bentuk. Mungkinkah ada istilah lain yang persis? Terima kasih saya ucapkan kepada pihak tuan atas jawapan-jawapan yang terdahulu dan jawapan terhadap soalan ini. Wassalam.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, transkripsi bermaksud 1. (penyediaan) skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan-catatan trengkas dan lain-lain, atau daripada rakaman ucapan dan lain-lain 2. penukaran bahan bertulis daripada sesuatu bentuk ke dalam bentuk lain (misalnya yang meng­gunakan sistem fonetik, huruf dalam abjad lain, dan lain-lain).  Oleh itu, istilah yang betul ialah transkripsi.Istilah09.05.2012
Asalamulaikum tuan, Ingin saya tahu perbezaan dan benar atau salahnya salah satu daripada istilah-istilah berikut iaitu: - "Hal-hal lain atau Lain-lain hal" Sekian, jawapan tuan adalah dihargai. Terima kasih.Yang betul ialah Hal-hal Lain.Tatabahasa05.05.2008
12345678910...

Kembali ke atas