| sleep y | mengantuk - Rasa macam hendak tidur | Lain-lain | 11.02.2009 |
| macam mana memohon untuk pengesahan signboard? | Permohonan tuan telah diproses. | Lain-lain | 26.07.2017 |
| macam mana hendak ekses permohonan papan iklan | Untuk permohonan iklan sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 05.02.2015 |
| ASLAMMUALAIKUM SAYA NAREEMAH BELAJAR BAHASA SAYA INGIN BERTANYA TENTANG BAHASA APAKAH MAKNA SEJAHTERA | Menurut data kami, perkataan "sejahtera" bermaksud bebas daripada segala macam kesusahan dan lain-lain; aman sentosa dan makmur; selamat: Semoga kita semua dpt hidup ~ sepanjang masa. Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sejahtera | Makna | 04.11.2015 |
| macam mana untuk menyemak bayaran di perkhidmatan? | Soalan saudara tidak jelas kerana kami tidak pasti apakah bayaran perkhidmatan yang dimaksudkan. | Lain-lain | 19.08.2011 |
| MINAT DALAM BIDANG SASTERA,MACAM MANA UNTUK MENDALAMINYE? | Zulkarnain, Khidmat Nasihat DBP mencadangan saudara banyak membaca buku-buku sastera yang serius. | Lain-lain | 05.02.2009 |
| Sah Rizal Nov 19th, 8:22pm Salam. Macam ada yang x kena saja peta buku Sejarah Tahun 6. | Pembetulan sedang diusahakan. Terima kasih. | Lain-lain | 19.11.2015 |
| macam saya nak dapatkan artikel penuh daripada laman web ini? Memang tidak dapat ke? | Sila gunakan perkhidmatan carian GOOGLE untuk mendapatkan artikel yang berkaitan. | Lain-lain | 20.08.2010 |
| saya ade masalah tekanan dalam hidup macam mane nak mengatasi masalah saya nie? | Soalan saudara tiada kaitan dengan bahasa, sila rujuk kepada pihak yang berwibawa. | Lain-lain | 09.07.2012 |
| macam mana nak register lesen utk bannar gantung di kaki lima kedai? | Sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 29.04.2015 |