Saudara, Saya harap saudara dapat membantu saya tentang fonologi dalam Bahasa Melayu. 1. Sebutan yang betul bagi perkataan 'elak' selepas ditambah imbuhan 'meng' disebut 'me+nge+lak' atau 'meng+e+lak'. 2. Bagaimana pula contoh-contoh kes yang sama bagi perkataan akar atau dasar lain yang bermula dengan vokal. Bantuan yang dihulurkan saya rakamkan ribuan terima kasih. | Sebutan yang betul ialah me.nge.lak dan me.nga.rah. Untuk makluman, kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- (termasuk yang digunakan sebagai unsur apitan) dengan kata dasarnya yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan menurut cara pemecahan suku kata ejaan juga. Contohnya: me.nga.rah, me.nge.dar, me.ngi.kut, pe.nga.rah, pe.nge.dar, pe.ngi.kut. | Ejaan | 19.09.2012 |
DBP buat lawak lak ke?? Martabatkan bahasa melayu?? Di peringkat pentadbiran?? Aiyoo.. Mari tengok.. KKM dah jd MOH.. KPM dah jd MOE.. Tak yah pegi jauh ler, tengok sekeliling dh tau.. Martabat ke tidak bahasa melayu kita.. Lg satu, klo sy tengok penggunaan bahasa melayu yg ditaip utk buat laporan polis, lg berkecai.. Dbp patut dh lama sedar.. | Terima kasih atas keprihatinan puan. | Lain-lain | 23.06.2015 |
Nur Shafadila Gulam DBP buat lawak lak ke?? Martabatkan bahasa melayu?? Di peringkat pentadbiran?? Aiyoo.. Mari tengok.. KKM dah jd MOH.. KPM dah jd MOE.. Tak yah pegi jauh ler, tengok sekeliling dh tau.. Martabat ke tidak bahasa melayu kita.. Lg satu, klo sy tengok penggunaan bahasa melayu yg ditaip utk buat laporan polis, lg berkecai.. Dbp patut dh lama sedar.. | Terima kasih atas keprihatinan puan. | Lain-lain | 23.06.2015 |
Nur Shafadila Gulam DBP buat lawak lak ke?? Martabatkan bahasa melayu?? Di peringkat pentadbiran?? Aiyoo.. Mari tengok.. KKM dah jd MOH.. KPM dah jd MOE.. Tak yah pegi jauh ler, tengok sekeliling dh tau.. Martabat ke tidak bahasa melayu kita.. Lg satu, klo sy tengok penggunaan bahasa melayu yg ditaip utk buat laporan polis, lg berkecai.. Dbp patut dh lama sedar.. Lurrun Aidan UTC, RTC, MOF, MOA, MAGIC, MITI, MATRADE Info-tainment (binatang apa ni? Halal ke?) dan lain lain lain lain lagi..semuanya guna perkataan bahasa inggeris.. Encik KAi ... MinDef | Terima kasih atas keprihatinan puan. | Lain-lain | 22.06.2015 |
Salam sejahtera SULAIMAN KAIAT, Soalan : 01 Bagaimanakah caranya untuk mengasingkan suku kata bagi sesuatu perkataan ? Adakah mengikut sebutan perkataan atau terdapat cara yang lain ? 02 Bagaimanakah caranya hendak mengasingkan dua perkataan di bawah ? ( a ) mengelakkan Jawapan guru sekolah ialah me + nge + lak + kan ( b ) ampaian Jawapan guru sekolah ialah am + pa + ian Adakah jawapan bagi kedua-dua perkataan adalah salah, tolong beri tunjuk ajar. Tolong beri jawapan dengan secepat mungkin kerana kami menerima aduan daripada ibu bapa. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. Sekian, terima kasih. | Kenal pasti kata dasar tersebut dan seterusnya mengenal pasti imbuhan pada perkataan tersebut untuk mengasingkan suku kata. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu atau Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan. Suku kata untuk mengelakkan ialah 'meng + e + lak'. Suku kata ampaian pula ialah 'am + paian'. Harap maklum. | Tatabahasa | 23.07.2008 |
Selamat petang. Adakah cap tera dan cap mohor itu membawa maksud yang sama? Ataupun cap tera untuk golongan umum manakala cap mohor itu khas untuk golongan diraja? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, mohor bermaksud cap yang memperkenalkan sesuatu, sama maksud dengan tera. Kata tera bermaksud tanda atau cap dengan lak, timah pada surat-surat penting, manakala maksud cap tera ialah cap kerajaan, cap kempa, cap mohor. Daripada aspek bahasa, cap mohor dan cap tera mempunyai makna yang sama. Perbezaan yang wujud iaitu, cap mohor untuk golongan diraja wujud daripada aspek penggunaan. | Makna | 22.08.2017 |