Salam sejahtera Tuan/Puan, Bolehkah Tuan/Puan nyatakan ayat manakah yang gramatis? A1) Perhati dan lakarkan bagaimana alur cahaya itu difokuskan. A2) Perhatikan dan lakarkan bagaimana alur cahaya itu difokuskan. A3) Perhati dan lakarkan alur cahaya yang difokuskan itu. A4) Perhati dan lakar alur cahaya yang difokuskan itu. A5) Perhati dan lakar bagaimana alur cahaya itu difokuskan. Soalan: Adakah tanggapan saya betul bahawa sebarang kata kerja transitif seperti "lakarkan" harus diikuti dengan penyambut dalam bentuk kata nama atau kata ganti nama diri pertama, kedua atau ketiga? Sekian, terima kasih CK | Ayat yang betul Perhati dan lakar bagaimana alur cahaya itu difokuskan. Pendapat saudara betul, kata kerja transitif mesti diikuti objek yang menjadi penyambutnya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 183. | Tatabahasa | 02.02.2012 |
Bolehkah istilah "potret" digunakan juga untuk gambar foto haiwan contohnya seperti burung atau serangga? Ini kerana menurut pencarian dalam Gerbang Kata, "potret" membawa maksud: (potrét) 1. gambar yg diambil dgn meng'gunakan kamera, foto. Di sini ia tidak mengatakan dengan spesifik istilah ini hanya khusus untuk gambar foto manusia. Misalnya, bolehkah saya menulis tajuk seperti: "Koleksi Potret Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia" Harap dapat penjelasan dari pihak DBP. Terima kasih... | Perkataan potret hanya untuk gambar manusia iaitu lukisan cat, lukisan lakar atau gambar foto yang menggambarkan muka seseorang. Penggunaan tajuk"Koleksi Potret Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia", tidak sesuai kerana menggunakan perkataan potret. Saudara boleh menggunakan tajuk "Koleksi Lukisan Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia". | Tatabahasa | 11.05.2013 |
perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menunjukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan kedudukan bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg menggambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu digunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjukkan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulaupulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang sesuatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. menggambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak. Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan". | Istilah | 09.04.2013 |