Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lake


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Salt Lake City"? Adakah nama tempat ini boleh dikekalkan seadanya? Mohon pendapat DBP. Terima kasih.
Salt Lake City merupakan sebuah bandar di Amerika Syarikat. Sehubungan dengan itu, nama tersebut perlu dikekalkan dalam ejaan asal.
Lain-lain26.09.2017
Azhar Mfa Aug 20th, 6:05pm tiada tindakan ke papan tanda LAKE FIELD sg besi....knp xgunakan bahasa malaysiaKami akan siasat terlebih dahulu perkara ini dan kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan boleh lampirkan papan tanda tersebut.Lain-lain20.08.2014
Apabila menulis kata nama khas tempat dalam rencana bahasa Inggeris perlukah nama tempat tersebut ditukar seperti contoh Tasik Dayang Bunting kepada Lake of Pregnant Maiden? Tetapi ada juga brosur yang pernah ditulis dan apabila ditukar kata nama khas ke bahasa Inggeris menjadi pelik sebagai contoh Gua Langsuir kepada Banshee Cave. Terima kasih.Kata nama khas tempat biasanya dikekalkan ejaan asal, kecuali beberapa nama tempat yang versi bahasa Inggerisnya memang telah dikenali dan digunakan pada peringkat antarabangsa. Contohnya, Penang untuk Pulau Pinang, Malacca untuk Melaka.Ejaan29.01.2013
Azhar Mfa Aug 30th, 8:59pm saya dh lampirkan papan tanda tsb Lokasi susur masuk ke TBS terpampang papan tanda Pusat Bandaraya dan Lake Field Kenapa jadi begini?Kami ambil maklum akan hal yang tersebut, walaupun tidak ada lampiran yang disertakan.Lain-lain30.08.2014
Salahhuddin Salleh Askm... sya tak tau nak tnya mana.. tp sya cuba di sini dulu... anak saya pemenang johan bercerita cerita2 rakyat peringkat kbgsaan thun lepas.. kami dijanjikan hadiah tiket utk sekeluarga ke bkt merah lake town resort. ... tp shgga skrg tiada apa2 berita.. di mana boleh saya rujuk ya?Waalaikumussalam. Untuk makluman saudara, untuk pertandingan tersebut DBP hanya menyediakan hadiah wang tunai, dan urusan penyerahan hadiah telah diselesaikan pada tahun lepas lagi. Manakala hadiah tiket ke Bukit Merah disediakan oleh Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak. Mohon hubungi pegawai projek, Puan Nor Hidayah Ilias di talian 03-21479703. Terima kasih.Lain-lain18.04.2014

Kembali ke atas