SAYA INGIN BERTANYA PERKATAAN :- 1. TATATERTIB DAN SALAH LAKU; ATAU 2. TATATERTIB DAN SALAHLAKU; MANA SATU YANG BETUL? SEANDAINYA SALAH LAKU 2 PERKATAAN KENAPA IA DUA PERKATAAN DAN BEGITU JUGA SEBALIKNYA. TERIMA KASIH. | Awalan tata merupakan bentuk terikat dan oleh yang demikian dieja bersambung dengan kata yang mengikutinya. Kata salah dan laku merupakan kata tunggal yang boleh berdiri sendiri dan apabila membentuk rangkai kata salah laku perkataan ini dieja sebagai dua perkataan. | Ejaan | 24.10.2008 |
boleh terangkan pada saya...apa yang dimaksudkan dengan "salahlaku" dan ' salahlaku berpakaina"? kalu boleh penerangannya sedikit.... | 1. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, terbitan tahun 2005, muka surat 1372, salah laku bermaksud tingkah laku tidak senonoh atau kurang sopan; 2. Salah laku berpakaian bermaksud berpakaian tidak senonoh atau tidak mengikut etika berpakaian yang ditetapkan. | Makna | 07.09.2006 |
Selamat pagi, bolehkah saya tanya sama ada ayat di bawah menepati hukum tatabahasa? Terima kasih. 1) Antara tingkah laku yang bersopan ialah menghormati orang tua. 2) Salah satu cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat ialah mengambil diet makanan yang seimbang. | Ayat yang betul ialah 1. Antara tingkah laku yang sopan ialah menghormati orang tua. 2. Salah satu cara untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat ialah mengambil diet seimbang. | Tatabahasa | 23.07.2019 |
PERKATAAN TINGKAHLAKU, MATAPELAJARAN, KEARAH BERSAMBUNG ATAU BERPISAH | Ejaan yang betul ialah; 1. Tingkah laku. 2. Mata pelajaran. 3. Ke arah. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Makna | 13.04.2009 |
1) sedentary behaviour = tingkah-laku tidak ktif 2) cancer survivor =pemandiri kanser/ pesakit kanser yang terselamat 3) survivorship = tempoh pemandiri kanser 4) health related quality of life (HRQoL)= kualiti hidup berkaitan kesihatan 5) moderate to vigorous physical activity (MVPA)= aktivit fizikal sederhana hingga kuat Terima kasih di atas maklum balas yang diberikan. | Salam Sejahtera. Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan bahasa Inggeris dalam contoh ayat supaya kami boleh mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 12.07.2018 |
Soalan: Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang diberi. Ayat yang diberi : Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan tingkah laku seseorang individu. Pilihan jawapan : 1 - Sesebuah keluarga berperanan penting untuk membentuk tingkah laku anak-anak mereka. 2 - Tingkh laku dan sahsiah seseorang individu dapat dibentuk menerusi institusi kekeluargaan. | kedua-dua ayat tersebut mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang telah diberi. | Tatabahasa | 28.08.2007 |
Saya sedang membuat kajian mengenai information seeking behaviour di kalangan pelajar tahun akhir yang menuntut di IPTA. Responden kajian ini adalah pelajar tahun akhir yang sedang melakukan penyelidikan bagi projek tahun akhir. Diharap pihak tuan dapat membantu saya dalam dua persoalan: 1. Pensyarah saya yang berpengalaman dalam bidang information seeking behaviour menyatakan istilah "tingkah laku pencarian maklumat" adalah lebih sesuai digunakan berbanding "tingkah laku mendapatkan maklumat" bagi menterjemahkan istilah information seeking behaviour. Bolehkah saya menggunakan istilah "tingkah laku pencarian maklumat" bagi menterjemahkan istilah information seeking behaviour dalam kajian saya? 2. Apakah tajuk (a atau b) yang sesuai digunakan bagi kajian yang saya lakukan? Saya tidak pasti sama ada kata penghubung “yang” atau “dalam” yang sesuai digunakan. a. Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan. b. Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar dalam melaksanakan penyelidikan. Jika kedua-dua tajuk kurang sesuai, diharap pihak tuan dapat memberikan tajuk yang sesuai dari segi bahasa melayu. Terima kasih di atas kerjasama pihak tuan. | 1. Istilah tingkah laku pencarian maklumat" sesuai sebagai padanan istilah information seeking behaviour. 2. Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar dalam melaksanakan penyelidikan. - Frasa ini yang lebih sesuai | Tatabahasa | 16.10.2008 |
Salam Admin, Boleh mohon tolong check translation saya, BI ke BM seperti di bawah Terdapat lima dimensi Sikap Warga Organisasi (Organizational Citizenship Behaviour) 1. Tingkah laku menolong (altruism) 2. kesungguhan (conscientiousness) 3. semangat setiakawan/berpasukan (sportsmanship), 4. kesopanan/adab (courtesy) 5. kemurniaan sivik (civic virtue) Saya perlu menggunakan ayat ini dalam kajian saya. Saya berharap pihak tuan/puan dapat maklumkan penggunaan ayat yang mana sesuai. Terima Kasih. | Cadangan padanan bagi istilah altruism dalam bahasa Melayu ialah altruisme, conscientiousness ialah kehematan, sportsmanship ialah sikap sukan, courtesy ialah adab, dan civic virtue ialah kemurnian sivik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 06.01.2024 |
yang mana satu betul? 1. mengambilkira/mengambil kira 2. ambil kira/ ambilkira 3. tingkahlaku/tingkah laku 4. selok-belok/selok belok 5. vandalisme/vandalisma 6. bersangkut-paut/bersangkut paut | Ejaan yang betul ialah (1) mengambil kira; (2) ambil kira; (3) tingkah laku; (4) selok-belok; (5) vandalisme; (6) bersangkut paut. | Ejaan | 22.08.2014 |
salam perpaduan ada 2 soalan 1. ejaan sebenar bagi guru besar, huruf besar atau huruf kecil untuk "g" dan "b" 1. mana lebih betul " mengenai " atau " tentang " contoh ayat..... Mereka berbincang tentang salah laku murid di sekolah../ Mereka berbincang mengenai salah laku murid di sekolah. | Saudara, Perkataan guru besar dieja dengan huruf kecil apabila digunakan dalam konteks umum. Walau bagaimanapun, perkataan ini boleh dieja dengan huruf besar dalam konteks khusus apabila merujuk kepada guru besar tertentu. Dalam hal ini kedua-duanya diterima dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 10.08.2010 |