1. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana para pekerja sedang memperlebarkan jalan raya di kawasan itu. . 2. Walaupun tidur bertilamkan dengan surat khabar lama di kaki lima itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena. 3. Selama tiga jam kami membincangkan tentang masalah itu di bilik mesyuarat utama. 4. Lukisan-lukisan yang sedang dipamerkan di galeri itu cantik-cantik belaka. 5. Dia senyum lebar kepada saya setelah mendengar berita yang menggembirakan itu. 6. Semasa bertemu dengan Mak Cik Salmah, kami ada bertanyakan tentang khabar Pak Cik Salleh. 7. Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan kepada guru pada semester baru-baru ini. 8. Semua murid-murid mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. 9. Tuanku berkata,"Beta berharap agar rakyat di negara ini dapat mematuhi undang-undang yang dimaktubkan". 10. Walaupun ruang udara kita tidak diancam oleh jerebu, oleh itu kesedaran yang berterusan tentang kepentingan memelihara alam sekitar perlu terus dijadikan amalan. BOLEH TUAN MENYEMAK SAMA ADA AYAT DI ATAS ADALAH BETUL | 1. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana kerja memperlebar jalan raya di kawasan itu sedang dijalankan. 2. Walaupun tidur bertilamkan surat khabar lama di kaki lima itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena. 3. Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di dalam bilik mesyuarat utama. 4. Lukisan yang sedang dipamerkan di galeri itu cantik belaka. 5. Dia tersenyum lebar kepada saya setelah mendengar berita yang menggembirakan itu. 6. Semasa bertemu Mak Cik Salmah, kami ada bertanyakan habar Pak Cik Salleh. 7. Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru pada penggal ini. 8. Semua murid mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. 9. Tuanku berkata,"Beta berharap rakyat di negara ini dapat mematuhi undang-undang yang termaktub". 10. Walaupun ruang udara kita tidak dicemari jerebu, amalan memelihara alam sekitar perlu diteruskan. | Tatabahasa | 07.05.2020 |
Jawapan yang manakah Betul untuk soalan yang berikutnya: - 1) Lalu lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi a) tegang b) pantas c) surut d) pulih 2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu (Perkataan seerti dengan peristiwa) a) suasana b) kejadian c) cerita d) kisah 3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada 4) Adakah struktur ayat ini betul ? Harga sekilo ikan ini berapa ? Sekian, Terima Kasih Ivy | 1) Lalu lintas di situ kembali pulih setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi 2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu - Perkataan seerti dengan peristiwa ialah kejadian 3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada - soalan tidak jelas. 4) Harga sekilo ikan ini berapa? - struktur ayat ini betul. | Tatabahasa | 19.10.2010 |
Tuan, Adakah ayat-ayat dibawah betul? 1) Tugas polis trafik ialah mengawal lalu lintas. 2) Tugas polis trafik adalah untuk mengawal lalu lintas. 3) Pak Abu menjual barangannya dengan menjaja makanan. 4) Pak Abu menjual barangannya dengan harga yang murah. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 2)Tugas polis trafik adalah untuk mengawal lalu lintas. 4) Pak Abu menjual barangannya dengan harga yang murah. | Tatabahasa | 20.03.2012 |
1. Keadaan lalu lintas di bandar itu menjadi _________ pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik. A. Riuh-rendah B. Simpang- siur C. Kelam -kabut D. Bengkang-bengkok (Nyatakan sebab jawapan yang dipilih) | Keadaan lalu lintas di bandar itu bersimpang-siur pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik.
| Tatabahasa | 09.09.2016 |
1. Perkhimatan monorel di ibu kota mengurangkan kesesakan lalu lintas. 2. Perkhidmatan monorel mengurangkan kesesakna lalu lintas di ibu kota. Yang manakah satu ayat adalah betul ?Ayat no.1 atau 2 ? Terima kaish. | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 28.06.2010 |
1.Keadaan lalu lintas menjadi tenang pada waktu malam. 2.Hujan mulai tenang pada waktu petang selepas beberapa jam turun dengan lebatnya. Ada salah tak? | Tenang bermaksud: 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll); dan 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan). Berdasarkan definisi dalam Kamus Dewan perkataan tenang tidak sesuai digunakan dalam ayat contoh yang tersebut, sebaliknya perkataan reda lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 25.02.2012 |
bagaimana perkataan ini dieja. perlu dieja dekat atau dijarakkan 1. sekaligus atau sekali gus 2. keretapi atau kereta api 3. penambahbaikan atau penambah baikan 4. lalu lintas atau lalulintas 5.kemas kini atau kemaskini 6.Projek Landasan Keretapi Berkembar atau dieja dengan huruf kecil 7. pempiawaian atau pemiawaian 8. Rangkaian Kereta api Ekspres atau dieja dengan huruf kecil rangkaian Kereta api ekspres 9. Sistem Transit Aliran Ringan dieja dengan huruf kecil sistem transit aliran ringan 10.adakah Projek Landasan Keretapi Berkembar sebagai nama khas 11.adakah Rangkaian Kereta api Ekspres (ERL) sebagai nama khas | 1. sekali gus. 2.kereta api. 3.penambahbaikan. 4. lalu lintas. 5. kemas kini. 6. Projek Kereta Api Berkembar. 7. pemiawaian. 8. Rangkaian Kereta APi Ekspres. 9. Sistem Transit Aliran Ringan. 10. Kata nama khas. 12. Kata nama khas. | Tatabahasa | 20.05.2010 |
Assalamualaikum. 1. Dalam Kamus Dewan perkataan REHAT dan RAHAT boleh digunakan. Tetapi kenapa tidak boleh digunakan untuk perkataan ISTIREHAT dan yang disarankan ialah ISTIRAHAT. 2.Perkataan ISI PADU dijarakkan dan kenapa ISIRUNG dieja rapat? 3. Bagaimanakah untuk mengenal sesuatu perkataan itu dieja rapat atau jarak bagi dua kata dasar. Contohnya LALU LINTAS, JURUAZAN,JURUDALAM, TEMU BUAL, TEMU DUGA dan sebagainya. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu. Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Walau bagaimanapun, bagi perkataan yang tidak boleh berdiri sendiri (yang tidak mempunyai maksud) seperti rung dan juru, kata majmuk dieja rapat. | Tatabahasa | 08.07.2014 |
1. Yang mana satu betul? Perlepasan atau pelepasan. 2. Kenapa perkataan keluar disambungkan sedangkan perkataan ke dalam dijauhkan. Terims kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Perlepasan bermaksud perihal berlepas dan digunakan untuk maksud terutamanya perlepasan kapal terbang, contoh ayat: Menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya bagi perlepasan dan pendaratan kapal terbang. Manakala pelepasan pula bermaksud perihal melepaskan: Contoh ayat: maka juara pun memadan ayamlah lalu dilepaskan dgn yg dipadan itu dua tiga ~ juga, Raja Chulan tiada menang; 2. pembuangan, pemecatan; 3. Mn dubur: lubang ~; 4. perihal dikecualikan drpd sesuatu (spt membayar cukai dsb): ~ cukai pendapatan; 5. jalan keluar utk lari atau bebas drpd sesuatu: tidak mungkin Amir Hamzah, melalui karyanya, mencari ~ drpd realiti yg menekan keinginan dan kehidupannya; Keluar dan ke luar ialah perkataan dalam bahasa Melayu dan kedua-duanya mempunyai perbezaan. Keluar ialah bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya:2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll):3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll): 5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll): 8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll). Manakala ke luar pula ialah ke sebelah luar. a) ke luar negeri b) ke luar negeri. Oleh itu, jika dibandingkan dengan kedua-dua makna perkataan keluar dan ke luar ini, maka ejaan ke dalam ialah sama erti/maksud penggunaannnya dan ejaannya dengan perkataan ke luar.
| Ejaan | 04.06.2018 |
Perbezaan penggunaan perkataan perhubungan dan penghubungan. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perhubungan ialah hal berhubung; perkaitan; pertalian: Contoh ayat, Tidak terdapat sebarang perhubungan antara kedua-dua kejadian itu, maksud kedua Alat untuk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll). Contoh ayat, Semua perhubungan di antara Pantai Timur dengan Pantai Barat telah terputus akibat banjir dan maksud ketiga cara orang, negara dan lain-lain berhubung antara satu dengan yang lain, contoh Perhubungan dagang pun bermula antara negeri China dengan Melaka. 1"> Berbeza pula dengan maksud penghubungan yang menerangkan perihal atau perbuatan (cara dsb) menghubungkan. Sebagai contoh ayat yang digunakan dalam istilah kesenian. Proses menyambungkan benang lungsin atau benang pakan yang putus sebelum atau semasa ditenun atau menyambungkan benang lungsin baru pada baki benang lungsin yang sudah ditenun untuk mengelakkan proses kerja awal menenun seperti menyampak atau mengarat untuk meneruskan helaian lain.1"> | Lain-lain | 07.12.2017 |