Ejaan Jawi se-Malaysia, sin + sempang + min-lam-ya-sin-ya-alif atau sin digabungkan menjadi sin-min-lam-ya-sin-ya-alif? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah سمليسيا. | Ejaan | 14.04.2012 |
SEKARANG TERSEBAR EJAAN MALAYSIA DI TERBALIKAN MENJADI ISLAM DALAM EJAAN JAWI MIM,LAM ALIF,SIN, YA ,ALIF= MALAYSIA DAN ALIF YA,SIN, LAM ALIF DAN MIM SOALAN SAYA ADAKAH BENAR EJAAN MALAYSIA DALAM JAWI BEGITU.. BILA SAYA BERHUJAH , EJAAN TU SALAH..MEREKA SURUH RUJUK DBP saya harap pihak dpb boleh bagi pencerahan | Sila lihat ejaan di bawah: ٳسلام - مالسٳ مليسيا – ايسيلم Adakah sama? | Ejaan | 26.08.2019 |
Pembinaan model menara ini adalah sebahagian daripada (K)empen (P)emeliharaan (A)lam (S)ekitar yang dianjurkan oleh kakitangan kompleks beli-belah ini. ADAKAH Kempen Pemeliharaan Alam Sekitar kena huruf besar? Terima kasih | Perkataan tersebut merupakan perkataan umum kerana kempen pemiliharaan alam sekitar banyak yang telah dianjurkan di tempat lain, melainkan kempen tersebut dijadikan satu nama khas atau program khas baru ditulis dengan huruf besar. Contoh Kempen Pemeliharaan Alam Sekitar DBKL | Tatabahasa | 28.09.2016 |
Pembinaan model menara ini adalah sebahagian daripada (K)empen (P)emeliharaan (A)lam (S)ekitar yang dianjurkan oleh kakitangan kompleks beli-belah ini. ADAKAH Kempen Pemeliharaan Alam Sekitar kena huruf besar? Terima kasih. | Perkataan tersebut perkataan umum kerana kempen pemiliharaan alam sekitar banyak yang telah dianjurkan di tempat lain, melainkan kempen tersebut dijadikan satu nama khas atau program khas baru ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 26.09.2016 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Merujuk kepada soalan saya yang lalu mengenai kaedah transliterasi Arab-Rumi, bagaimana pula ejaan rumi bagi kalimah bahasa Arab yang dimulai dengan alif lam syamsiah, al-Azhar al-Syarif ataupun al-Azhar asy-Syarif? | Ejaan rumi yang betul ialah "al-Azhar al-Syarif" | Tatabahasa | 03.02.2023 |
Soalan: Penggunaan woording-Masjid Al-Najihin @ Masjid An-Najihin di antara berikut yang mana lebih tepat? | Mengikut kaedah penulisan : Al-Najihin (L mewakili Lam) (tetapi dibaca An-Najihin) Sila lihat contoh dalam Kamus Dewan Edisi ke-4 = al-Nur (an-Nur) | Ejaan | 13.02.2009 |
Salam. Saya ingin bertanya apakah ejaan sebenar kalimah dalam ejaan jawi untuk menunjukkan huruf-huruf al-quran. Contoh ayat: Bulatkan huruf diakhir kalimah yang berubah bentuk. | Ejaan kalimah ialah kaf.lam.mim.ha. Untuk mendapatkan panduan lengkap tentang ejaan Jawi termasuklah ejaan bagi kata serapan bahasa Arab, ejaan nama hari, bulan, planet, bintang, hari perayaan dalam Islam, kaum di Malaysia, kaum dan bangsa, mazhab, negeri dan kata nama am/khas yang lain sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi), 2009, terbitan DBP, berharga RM80.00. | Lain-lain | 29.12.2009 |
Di manakah butang "Hantar Permohonan Baru"? | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.gov.my. Tuan perlu mendaftar semula akaun dalam lam web yang baharu ini. Jika terdapat sebarang masalah teknikal, hubungi kami melalui talian 03-21479691/9398/9389. | Lain-lain | 25.08.2017 |
Salam Sejahtera, Tuan; Apakah maksud bagi peribahasa yang berikut: "Biar kita mengambil masa yang lama, asalkan kita beroleh kejayaan" Terima kasih. | Salam Sejahtera. Untuk perhatian, saudara, peribahasa yang membawa maksud tersebut ialah 1) Sehari selembar benang, lama-lam menjadi kain 2)Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit. Untuk mengetahui lagi peribahasa Melayu yang baik dan menarik, saudara boleh dapatkan buku 'Kamus Istimewa Peribahasa Melayu' yang disusun oleh Abdullah Hussain. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 31.03.2010 |
Soalan: Kenapa ejaan bagi perkataan "lama" dalam jawi di eja "لاما"? Jawapan: Kata lama terdiri daripada dua suku kata, iaitu suku kata praakhir ‘la’ dan suku kata akhir ‘ma’. Dalam sistem tulisan Jawi, apabila suku kata akhir tidak bermula dengan salah satu huruf dal (د), ra (ر), lam (ل), wau (و) atau nga (ڠ), huruf alif digunakan untuk melambangkan vokal [a] di suku kata praakhir (la/لا) sahaja. (Sumber: Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan; 2020, hlm.32-33) jadi, kenapa alif ditulis pada suku kata akhir ma/ما? لآila saya semak di Pusat Rujukan Persuratan Melayu, lama dieja لاما. | Berdasarkan pangkalan data Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), ejaan Jawi untuk perkataan “lama” masih dieja dengan ejaan lama, iaitu “لاما”. Manakala ejaan Jawi yang baharu dan betul ialah “لام”. Untuk makluman tuan, DBP sedang mengemas kini pangkalan data tersebut dan proses ini berjalan secara berterusan. Kami mengucapkan terima kasih atas perhatian dan makluman yang diberikan. Pihak kami akan sentiasa menambah baik kualiti perkhidmatan kami. | Ejaan | 04.07.2024 |