Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : dokumen elektronik pd paparan skrin komputer (biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb) tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dapat dicapai meĀ­lalui Internet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : dokumen elektronik pd paparan skrin komputer, biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb ttg sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dpt dicapai melalui Internet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laman web


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kenapa laman-laman WEB Malaysia, tidak mengutamakan bahasa kebangsaan? Terutama, Lelaman Kerajaan, Syarikat Kerajaan dan seangkatan dengannya?Kami merakamkan ucapan terima kasih kerana keprihatinan tuan terhadap rasa tanggungjawab bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu. Pada masa ini DBP hanya boleh membimbing dan menasihati mana-mana agensi untuk menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi yang termaktub dalam akta DBP.Lain-lain29.06.2007
mencari laman web untuk buku teks bahan binaan tingkatan 4 dan 5

Salam sejahtera 

Berkaitan laman web untuk buku teks bahan binaan tingkatan 4 dan 5,

pihak DBP tidak menyediakan laman web tersebut, DBP  hanya ditugaskan menyediakan buku teks tersebut untuk sekolah Vokasional, buku tersebut boleh didapati di Kedai Koperasi DBP atau di kedai buku yang lain.

Sekian terima kasih  

Lain-lain25.11.2008
saya ingin mencari nota-nota yang berkaitan dengan pelajaran stpm iaitu perkembangan melayu moden dan unsur-unsur bahasa asing dalam bahasa melayu.Dimanakah laman-laman web yang boleh saya layari jika inginkan nota-nota bahasa melayu stpm selain dari dbp.gov sendiri?Saudara boleh melayari laman web Kumpulan Maktab Adabi gaya Pos yang sering membincangkan soalan pada peringkat STPM.T.Kasih  Lain-lain28.06.2008
maklumat boleh didapati melalui laman web ABE di www.abeuk.co.uk maklumat boleh didapati melalui di laman web www.abeuk.co.uk Ayat mana yang betul?

Puan Azian,

Ayat yang betul ialah "maklumat boleh didapati melalui laman web www..."

Tatabahasa10.02.2010
2 tahun yg lepas, saya pernah guna kamus penterjemahan perkataan/ istilah Inggeris ke bahasa dalam laman web dbp. Tetapi hari ini, laman web berkenaan tidak lagi wujub. Adakah ia telah ditukar ke laman web lain? Terima kasih

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my/"www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain03.08.2010
bagaimanakah peranan laman web dalam penguasaan berbahasa.Laman web memang berperanan dalam memberikan maklumat dan memudahkan pengguna mendapatkan pelbagai maklumat selain merujuk buku dan bahan bacaan. Ini bermakna bahan/maklumat yang diperoleh boleh membantu dalam menguasai atau memahirkan penguasaan berbahasa.Lain-lain14.08.2007
bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tentang sistem bahasa melalui imternet.Puan boleh layari laman web www.dbp.gov.my atau gunakan enjin carian seperti google, yahoo, msn, dsb. dan taipkan kata kunci (contoh: Adverba dalam bahasa Melayu) dan alamat laman-laman web yang berkenaan akan terpapar di skrin dan puan boleh klik sahaja di capaian yang bersesuaian.Lain-lain27.01.2009
bagaimanakan caranya untuk menyemak maksud kata di laman web ini?

Layari laman web: http://prpm.dbp.gov.my/ dan taipkan kata yang hendak dicari maksudnya dalam kotak yang disediakan dan klik 'cari'.

Atau klik 'carian kata' di bawah menu 'Khidmat Nasihat Bahasa'.

Lain-lain05.04.2009
Salam Sejahtera, saya memuji laman web DBP yang baru, tetapi di manakah perkhidmatan thesaurus yang pernah ada di laman web pihak tuan. kerjasama pihak tuan dalam menyediakan semula perkhidmatan berkenaan sangatlah saya hargai..sekian terima kasih

Untuk menggunakan perkhidmatan carian tesaurus sdr.  boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain08.05.2009
Salam, Apakah terjemahan untuk "crowdsourcing" iaitu istilah yang digunakan dalam laman web yang menawarkan iklan-iklan kerja kepada pekerja bebas (freelancer) secara sumber luar (outsource). Juga, apakah terjemahan untuk istilah "affiliate" yang sering digunakan dalam laman web pemasaran rangkaian (network marketing) dalam talian? "Affiliate" ini merujuk kepada ahli-ahli yang mendaftar kemudian boleh mengiklankan/menjual produk-produk dari laman web pemasaran rangkaian tersebut. Terima kasih.Untuk makluman belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk crowdsourcing. Istilah yang dicadangkan ialah khidmat luar kumpulan. Istilah bahasa Melayu untuk affiliate ialah ahli gabungan.Istilah17.11.2012
12345678910...

Kembali ke atas