Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lamanya

Puisi
 

Inang-inang padi Pak Daik,
     Padi tak sama rupa bunganya;
Sungguh kukenang budi yang baik,
     Tidak kulupa selama-lamanya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Api nan tak kunjung padam.

Bermaksud :

Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.

 

Lihat selanjutnya...(6)

606

Truth will come to light

Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.

Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.

For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually

Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya ada masalah dengan kata adverba. Minta lihat ayat di bawah dulu. 1. Dia akan pergi ke Australia selama-lamanya. Saya difahamkan bahawa perkataan "selama-lamanya" ialah kata adverba yang mengalami proses penggandaan separa. Yang tidak saya fahami ialah kata adverba "selama-lamanya" menerangkan frasa sendi nama "ke Australia", menerangkan kata kerja "pergi", atau menerangkan frasa kerja "pergi ke Australia selama-lamanya"? (Dalam frasa kerja "pergi ke Australia", frasa sendi nama "ke Australia" ialah keterangan tempat, kan?). Adakah kedudukan kata adverba menentukan golongan kata yang diterangkan oleh kata adverba? Contohnya, jikalau kata adverba "laju" hadir selepas kata kerja "bergerak" dalam ayat: Kereta api itu bergerak laju, adakah kata adverba "laju" menerangkan "bergerak" kerana hadir di belakang kata kerja "bergerak"?

1. Dia akan pergi ke Australia selama-lamanya. Kata adverba “selama-lamanya” menerangkan frasa sendi nama ke Australia. 2. Kereta api itu bergerak laju. Kata adverba “laju” menerangkan kata kerja bergerak.

Tatabahasa06.12.2014
sehingga beberapa lamanya tiada dapat kalah sebelah jemelah. ( munsyi, inilah petikan daripada Hikayat Seri Kelantan, apakah maksud jemelah mengikut sastera lama? TK)Tidak ada makna perkataan jemelah dalam sumber rujukan kami.Makna02.04.2012
Salam, apakah beza perkataan 'selamanya' dan 'selama-lamanya'? Terima kasih.Waalaikumussalam.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Selamanya bermaksud:
Untuk jangka masa yg lama dan ber­terusan: Contoh ayat: Manusia tidak selamanya muda.

Selama-lamanya bermaksud:

1.Yang sangat lama, paling lama: Contoh ayat: Selama-lamanya dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia;
2. Tidak berkesudahan, kekal: Contoh ayat: Dia berikrar tinggal di Singapura selama-lamanya.

Maksud kedua-dua perkataan hampir sama tetapi tidak boleh digunakan pada ayat yang sama.  Penggunaan perkataan ini bergantung kepada konteks ayat dan maksudnya.
Makna09.04.2014
1) Ali terjumpa dengan kawan lamanya secara kebetulan. 2) Ali berjumpa dengan kawan lamanya secara kebetulan. Ayat manakah yang betul?Ayat pertama lebih tepat.Tatabahasa19.10.2015
Dalam frasa "buat selama-lamanya", dan "buat kali pertama", adakah perkataan "buat" itu kata sendi nama?Perkataan 'buat' bukan kata sendi nama. Perkataan yang lebih sesuai ialah 'untuk' kerana 'untuk' merupakan kata sendi nama. Frasa yang gramatis ialah 'untuk selama-lamanya' dan 'untuk kali pertama'.Tatabahasa02.08.2019
1. perkataan "segar-bugar" boleh merujuk kepada sayur-mayur, buah-buahan dan daging seperti ikan? 2. Saya berharap persahabatan kami akan kekal selamanya / selama-lamanya? terima kasih.Soalan 1 : boleh
Soalan 2 : Kedua-duanya boleh digunakan. Namun begitu, digalakkan menggunakan selama-lamanya
Makna06.09.2017
Salam. Saya ingin bertanya tentang perkataan di bawah; Akan dikau dalam kenanganku selama-lamanya. Adakah ayat ini betul? Terima kasihSalam sejahtera,

Penggunaan kata sendi "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Contoh: Wanita itu amat rindu akan anaknya. Selain itu, ada kecenderungan dalam kalangan penutur untuk menggunakan kan sebagai kelainan pada kata sendi nama akan. Contoh: Wanita itu amat rindukan anaknya.

Jadi, ayat yang betul "Aku akan kenang dikau selama-lamanya".

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa08.03.2019
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1. Suaranya sudah tidak mendapat perhatian daripada ahli. 2. Sudah bertahun-tahun lamanya dia tidak pulang ke desa. 3. kekayaan itu bermula dengan usaha yang gigih. 4. Ada pekerja-pekerja yang didapati melanggar peraturan pejabat dengan melayari internet pada waktu bekerja.

Puan,

Ayat nombor 1 betul dari segi tatabahasanya. Ayat nombor 2 lebih gramatis sekiranya digugurkan perkataan sudah dan dimulakan dengan bertahun-tahun lamanya sementara ayat nombor 3, perkataan dengan hendaklah digantikan dengan perkataan daripada. Ayat nombor 4 boleh ditulis: sebilangan besar pekerja didapai melanggar peraturan pejabat dengan melayari Internet pada waktu bekerja.

Terima kasih.

Tatabahasa06.01.2011
Dalam frasa "buat selama-lamanya", dan "buat kali pertama", adakah perkataan "buat" itu kata sendi nama? (Soalan in telah ditanya pada 2 Ogos 2019)Buat bukan kata sendi nama. Rujuk TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA m/s: 265 untuk penerangan lebih lanjut tentang kata sendi nama.Tatabahasa20.08.2019
Mengapakah soalan saya belum dijawab, sangat lamanya!Mohon maaf atas kelewatan pihak kami memberikan maklum balas. Untuk makluman tuan, untuk soalan-soalan yang memerlukan penelitian dan rujukan, pihak DBP memerlukan sedikit masa untuk menjawabnya. Walau bagaimanapun, boleh kami dapatkan soalan yang ditanya oleh pihak tuan? Tuan boleh menghantarkan soalan tersebut kepada e-mel fadhilahbahar@dbp.gov.my dan cc kepada afiqah@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.02.2025
12345

Kembali ke atas