Salam sejahtera. Boleh jelaskan perkara yang jelas-jelas membezakan fonetik dan fonologi? Terima kasih. | Fonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Fonologi pula merupakan kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi karya Arbak Othman. | Makna | 11.11.2016 |
Keterangan : Perbezaan peringkat analisis fonetik dan fonologi (Pasangan Minimal, kekangan urutan fonologi, kesejagatan fonologi, pemerolehan bahasa, dan suprasegmental) | Fonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Fonologi pula merupakan kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi karya Arbak Othman. | Tatabahasa | 06.08.2007 |
huraikan apa yang terkandung dalam carta fonetik dan cara wacana? | Fonetik - Ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Wacana - Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertuukaran idea secara lisan. . untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, saudara boleh merujuk maklumat lengkap daripada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Terima Kasih. | Makna | 20.07.2006 |
minta tolong beri penjelasan tentang perbezaan antara fonetik dan fonemik...terima kasih | Fonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Fonemik ialah berkenaan fonem; dan kajian linguistik tentang fonem. Fonem bermaksud unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata. | Tatabahasa | 30.11.2013 |
Persamaan dan perbezaan antara fonetik dan fonologi. | Untuk melihat persamaan atau perbezaan makna antara keduanya rujuk makna dalam kamus Fonetik bermaksud ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Fonologi bermaksud (Lin) kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. | Makna | 12.08.2008 |
saya Hasbi bt Hussin, ingin bertanya mengenai konsep-konsep berikut dari sudut perkamusan, bolehkah terangkan kepada saya? i) korpus dan korkordans ii) tilde dan lema iii) fonemik dan fonetik | Korpus bermaksud (Lin) himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll). Konkordans bermaksud (Lin) senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yg menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yg berkenaan. Tilde bermaksud lambang (~) spt yg digunakan di dlm sesebuah kamus sbg pengganti kata masukan pd bahagian tertentu sesuatu entri. Lema bermaksud (Lin) kata masukan dlm kamus, entri. Fonemik bermaksud (Lin) 1. bkn fonem; 2. kajian linguistik tentang fonem. Fonetik bermaksud ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 04.04.2009 |
sejarah simbolisme,kritikan mengenai simbolisme,pandangan islam mengenai simbolisme,contoh karya sastera simbolisme | Simbolisme bermaksud penggunaan simbol (lambang) untuk melahirkan atau menyampaikan sesuatu. Maklumat yang berkaitan dengan sastera simbolisme dalam sumber rujukan kami, saudara boleh rujuk artikel Ismail Kassan mengungkapkan simbolisme dalam karyanya, Dewan Sastera, 15 Jun 1984, Simbolisme dalam pantun percintaan Melayu, Dewan Sastera, 1 Februari 1998 dan Simbolisme fonetik dalam puisi, Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, 1 Mei 1999. | Sastera | 17.03.2011 |