Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.bur] | لامبور

Definisi : sj ampai-ampai yg besar, ubur-ubur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.bur] | لامبور

Definisi : Pr pelantar dapur (bahagian rumah), jambur: ibunya duduk berjuntai kaki di ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lambur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Obor-obor" (ejaan perkataan yang digunakan merata-rata) tiada dalam Kamus Bahasa Melayu - kerana rupa-rupanya, ejaan sebenarnya ialah "ubur-ubur". Tapi di bahagian Istilah MABBIM, perkataan "obor-obor" pula digunakan. Boleh beri pencerahan tentang ejaan ini? Terima kasih.Menurut kamus terbitan terkini DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1554 dan 2454):

obor-obor  ► ubur-ubur

ubur-ubur1 kata nama 
haiwan laut tidak bertulang belakang, berbadan lembut dan kebanyakannya lut sinar, bentuk badannya seperti payung yang terbuka, bersesungut terjurai ke bawah, dan sesetengah spesies mempunyai sengat yang beracun untuk menangkap mangsa dan mempertahankan diri;
sinonim: ampai-ampai; lambur;
Nama saintifik: Rhopilema esculenta

Kata padanan bagi jelly fish yang telah disepakati MABBIM juga pengesahan pakar bidang Perikanan, Sains Marin dan Geografi ialah ubur-ubur atau ampai-ampai.

Kami mengambil maklum tentang hal ejaan kata ini.
Ejaan24.05.2023

Kembali ke atas