Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n lampu: he left the bedside ~ on, dia membiarkan lampu tidur terpasang; an infra-red ~, lampu sinar merah; an oil ~, lampu minyak, pelita. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n lampu: he left the bedside ~ on, dia membiarkan lampu tidur terpasang; an infra-red ~, lampu sinar merah; an oil ~, lampu minyak, pelita. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lamp


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam satu Malaysia, Adakah "Hazard Lamp" sesuai diterjemahkan kepada "Lampu Bahaya"? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi hazard lamp ialah lampu kecemasan.Penyemakan dan penterjemahan23.10.2014
Boleh saya dapatkan istilah ini dalam bahasa melayu yang tepat? 1 door lock 2 spare tire bracket 3 lorry wooden body 4 lorry body part 5 door holder 6 ventilation plate 7 nylon bush 8 lashing ring 9 fastener 10 cargo truck 11 partition hanger 12 aluminium edge 13 corner engle 14 cargo belt 15 rubber stopper 16 door seal 17 mud flap 18 door hinge seal 19 curtainsider tensioner 20 roller shutter 21 lorry steel body 22 lorry box van body 23 handle lock 24 handle 25 lock 26 oil tank cover 27 gas spring absorber 28 aluminium profile 29 awning 30 LED room lamp 31 LED pilot lamp 32 LED side lamp 33 LED tail lamp. Saya cuba menterjemahkan tetapi dibimbangi terjemahan itu salah. diharapkan pihak DPB dapat membantu untuk tugasan saya di tempat kerja. Terima kasih.

Istilah yang tepat mengikut bidang kejuruteraan adalah seperti berikut:

 

1. door lock = kunci pintu

2. spare tire bracket = pendakap tayar simpanan

3. lorry wooden body = badan kayu lori

4. lorry body part = bahagian badan lori

5. door holder = pemegang pintu

6. ventilation plate = plat pengalihudaraan

7. nylon bush = sesendal nilon

8. lashing ring = gegelang pengikat/cecincin pengikat

9. fastener = pengetat

10. cargo truck = trak kargo

11. partition hanger = penyangkut pembahagi

12. aluminium edge = pinggir aluminium/ tepi aluminium

13. corner angle = sudut/penjuru/bucu

14. cargo belt = tali pengikat kargo/sawat kargo

15. rubber stopper = penahan getah

16 door seal = penutup pintu

17. mud flap = penahan lumpur

18. door hinge seal = penutup engsel pintu

19. curtainsider tensioner = penegang penutup

20. roller shutter = penutup jendela gulung

21. lorry steel body = badan besi lori

22. lorry box van body = peti lori bersaiz van

23. handle lock = kunci pemegang

24. handle = pemegang

25. lock = kunci

26. oil tank cover = penutup tangki minyak

27. gas spring absorber = penyerap spring bergas

28. aluminium profile = profil aluminium

29. awning = sengkuap

30. LED room lamp = lampu bilik LED

31. LED pilot lamp = lampu panduan LED

32. LED side lamp = lampu sisi LED

33. LED tail lamp = lampu belakang LED

Istilah19.12.2019
Salam satu Malaysia, Manakah terjemahan yang lebih sesuai bagi "Flasher Lamp"? "Lampu Bahaya" atau "Lampu Pengelip" atau lain-lain? Mohon pendapat DBP. Terima kasih.Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi flasher ialah pengelip. Pengelip bermaksud unit yang menghidupkan dan mematikan lampu berulang kali dan berterusan. Jika bersesuaian dengan maksud perkataan tersebut, cadangan padanan bahasa Melayu bagi flasher lamp ialah lampu pengelip.Penyemakan dan penterjemahan23.10.2014
Syarikat kami ingin memohon lesen pengiklanan ( lamp post banner). Syarat bagi permohonan tersebut adalah untuk memaparkan iklan tersebut dalam bahasa malaysia. Saya ingin mohon sumber untuk bantuan penterjemahan dari pihak DBP. Mohan pihak tuan boleh memberi nasihat atas pertanyaan ini. Sekian terima kasih Mohanraj 0162604222Waalaikumussalam....
Untuk pengesahan iklan DBP tuan boleh layari laman web ini http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Pelanggan/login.aspx. Untuk makluman tuan pihak DBP menyediakan perkhidmatan pertanyaan bagi bahasa Melayu, sekiranya tuan memerlukan khidmat penggunaan istilah atau keterengan ayat di paparan iklan tuan boleh membuat pertanyaan di laman web ini. 
Sekian terima kasih
Lain-lain03.11.2016

Kembali ke atas