Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.pi.ran] | لمڤيرن

Definisi : sesuatu yg dilampirkan (spt surat keterangan dll), tambahan (pd buku, surat, dll): ~ yg dihantar itu telah hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.pi.ran] | لمڤيرن

Definisi : sesuatu yg dilampirkan (spt surat keterangan atau butiran tambahan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampir (kata nama)
Bersinonim dengan helai, keping;,
Kata Terbitan : melampirkan, lampiran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya keliru tentang penggunaan kata sendi 'di" untuk lampiran. Dilampiran atau di lampiran. Jarak atau tidak? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "Di Lampiran" atau "di lampiran". Ejaan "di" dan "lampiran" dijarakkan.Lain-lain30.09.2014
Lampiran dikepilkan.Mohon maaf. Sila lampirkan kembali lampiran kerana lampiran tidak dapat dibuka.Lain-lain08.10.2020
Hello, saya ingin tahu lampiran yang diminta dalam http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/pl_iklan_daftar.aspx ialah lampiran apa? Sebab saya tak ada apa apa lampiran yang boleh letak. Dimana saya boleh dapat lampiran yang diminta?Untuk makluman, lampiran yang dikehendaki ialah visual iklan dalam bentuk jpeg atau gif. Untuk pengesahan iklan, sila klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat DBP)Lain-lain01.12.2014
lampiran
Salam sejahtera,

Penggunaan menimbang dalam konteks permainan sepak takraw adalah lebih tepat. Perkataan menimbang dalam Kamus Dewan Perdana terbitan DBP pada tahun 2020 ditakrifkan sebagai "melambung-lambungkan bola dgn kaki, kepala atau kayu sebelum menghantarnya kepada pemain lain, ke jaring dan sebagainya, misalnya dalam permainan sepak takraw, bola sepak dan hoki." Perkataan menimang juga telah mengalami peluasan makna dari segi penggunaan kaki selain tangan untuk melambung-lambungkan bola.


Makna23.12.2024
LampiranUntuk maklumat lanjut berkaitan dengan perkara di atas, kami mencadangkan tuan untuk menghubungi urus setia program melalui talian telefon 03-2147 9124/9132.Pengembangan28.11.2024
Lampiran Fail.Cadangan kata baharu bahasa Melayu boleh disalurkan melalui Gerbang Kata DBP. Portal Gerbang kata merupakan ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu daripada pelbagai sumber termasuklah bahasa daerah, bahasa suku kaum Sabah dan Sarawak, bahasa orang asli,kata Melayu lama, istilah, dan padanan kata Melayu bagi bahasa asing. Sumbangan khazanah persuratan Melayu seperti peribahasa, pantun seloka, mutiara kata dan sebagainya juga dialu-alukan. Gerbang Kata boleh dicapai dengan menaip Gerbang Kata pada enjin carian. Anda diperlukan untuk mendaftar dengan klik ‘Pendaftaran’ sebelum boleh Log Masuk. Selepas anda berjaya Log Masuk, anda boleh mencadangkan perkataan baharu dengan menyertakan maklumat kata seperti asal kata, contoh penggunaan dan sumber kata yang dicadangkan.Penyelidikan13.08.2018
lampiran fail untuk pengesahan bahasa dalam papan tanda iklan

Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my.

Sekian. Terima kasih.
Lain-lain22.06.2018
lampiran ini adalah visual ikalan yang syarikat kami akan pasang pada bhagian premis hadapan bangunanUntuk pengesahan bahasa Melayu, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Puan hendaklah mendaftar masuk dan lampirkan visual iklan.Makna25.11.2014
Lampiran fail di bawah merupakan kekeliruan saya tentang soalan di bawah atas penjelasan yang diberi oleh guru di sekolah.1. Kata dengan dalam ayat tersebut bermaksud bersama-sama. Kesesuaian penggunaan perkataan tersebut dalam ayat bergantung pada maksud yang hendak disampaikan.2. Tidak salah jika perkataan perkara digandakan dalam ayat tersebut. 3. Perkataan yang lebih sesuai digunakan dalam ayat tersebut ialah halaman. 4. Maksud alah bisa tegal biasa ialah segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa. Kedua-dua situasi tiada kaitan dengan maksud peribahasa tersebut.     Tatabahasa22.05.2008
lampiranTiada lampiran disertakan. Sila ajukan soalan berkaitan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP untuk kami membantu pihak tuan. Lain-lain15.01.2025
12345678910...

Kembali ke atas