Apakah perbezaan penggunaan lampu isyarat dan isyarat lampu? Adakah ayat-ayat berikut betul? a. Dia ditahan polis kerana melanggar isyarat lampu merah. b. Dia ditahan polis kerana melanggar lampu isyarat. | Lampu isyarat ialah kata nama bagi lampu tersebut. Isyarat lampu pula isyarat yang ditunjukkan pada lampu tersebut sama ada merah atau hijau. Yang tepat a. Dia ditahan kerana melanggar isyarat lampu merah. Manakala, b. merujuk pemandu melanggar lampu tersebut. | Lain-lain | 14.05.2017 |
1)surat itu saya sudah kirim 2)cerpen itu mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah 3)Lampu-lampu di bandar itu dilihat sungguh indah pada waktu malam | Yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Surat itu sudah saya kirim. 2. Cerpen itu mengisahkan perjuangan menentang penjajah. 3. Ayatnya betul. | Tatabahasa | 17.11.2011 |
Dalam halaman 201 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Tiga, dalam contoh ayat 261-266, bolehkah saya ubah ayat kepada ayat yang seperti di bawah ini: 261. LAMPU-LAMPU yang bergantungan di dinding 262. BENDERA-BENDERA warna-warni berkibaran di sepanjang jalan. 263. BINTANG-BINTANG bertaburan di langit. 264. BURUNG-BURUNG layang-layang berterbangan di angkasa. 265. DAUN-DAUN/DEDAUN berguguran di halaman rumah. 266. (Ayat dikekalkan) Kanak-kanak berkejaran di padang sekolah. 1. Jika ayat tersebut tidak boleh diubah seperti yang saya tulis di atas, apakah sebabnya? Boleh berikan keterangan? 2. "Kanak-kanak" bukan kata ganda kerana "kanak-kanak" ialah satu perkataan? 3. "Dedaun" sama dengan "daun-daun"? | Perkataan bergantungan, berkibaran, bertaburan, berterbangan, berguguran dan berkejaran ialah kata kerja terbitan yang terhasil daripada penggunaan apitan beR-...-an yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak. Oleh itu subjek seperti lampu, bendera, bintang, burung layang-layang, daun kering tidak perlu digandakan lagi. Manakala kanak-kanak pula ialah kata ganda semu dan membawa makna yang khusus apabila digandakan dan kata ganda semu bukan penanda jamak. Oleh itu, kanak-kanak betul dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.. | Lain-lain | 05.05.2014 |
dalam menulis karangan perkataan lampu hijau perlu guna tanda baca (" ") ini contoh ("lampu hijau '' atau lampu hijau) | Sekiranya frasa lampu hijau itu mempunyai makna yang tertentu maka wajar diberikan tanda petik. Tetapi jika hanya membawa makna biasa tidak perlu diberikan tanda petik. Sila rujuk yang berkaitan dengan tanda bacaan untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 19.06.2009 |
Salam satu Malaysia, Manakah terjemahan yang lebih sesuai bagi "Flasher Lamp"? "Lampu Bahaya" atau "Lampu Pengelip" atau lain-lain? Mohon pendapat DBP. Terima kasih. | Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi flasher ialah pengelip. Pengelip bermaksud unit yang menghidupkan dan mematikan lampu berulang kali dan berterusan. Jika bersesuaian dengan maksud perkataan tersebut, cadangan padanan bahasa Melayu bagi flasher lamp ialah lampu pengelip. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.10.2014 |
Salam sejahtera, Adakah 'dash lights' atau 'dashboard light' sesuai diterjemahkan kepada 'lampu suluh' atau 'lampu pemuka'? Benda ini terletak pada kenderaan. Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Salam sejahtera, Cadangan padanan dalam bahasa Melayu ialah lampu papan pemuka. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.09.2019 |
masyarakat tidak harus memberi lampu hijau kepada remaja bagi melakukangejala sosial. dalam ayat ini "lampu hijau" perlu mengunakan tanda baca ini (" ") ini? | Lampu hijau dalam ayat itu tidak perlu diletakkan tanda pengikat tanda (" "). | Tatabahasa | 25.06.2009 |
'BERHENTI, bila sistem lampu amaran get berbunyi. Adakah terdapat sebarng kesalahan tatabahasa dalam ayat di atas? Pendapat menyatakan Sistem lampu tidak berbunyi malah menyala. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Berhenti apabila sistem amaran pintu pagar berbunyi" ataupun "Berhenti apabila sistem amaran berbunyi". Lampu kebiasaannya menyala bukan berbunyi. | Tatabahasa | 07.03.2009 |
SAYA KELIRU PENGGUNAAN AKAN 1. LAMPU ITU SAYA AKAN TUTUP SEBENTAR LAGI ATAU 2. LAMPU ITU AKAN SAYA TUTUP SEBENTAR LAGI. DAN BOLEH PIHAK TUAN JELASKAN. | Kata 'akan' sebagai kata bantu (aspek) hadir sebelum frasa ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Oleh itu, ayat yang betul ialah Lampu itu akan saya tutup sebentar lagi. | Tatabahasa | 31.03.2013 |
Perkataan toclait adalah bahasa pasar dan terdapat dalam kamus dewan. Adakah sudah diterima sebagai bahasa melayu baku? Terima kasih | Padanan torch dalam bahasa Melayu ialah Lampu suluh atau Lampu picit. Toclait ialah bahasa percakapan yang digunakan dalam situasi tidak rasmi. | Ejaan | 19.10.2011 |