Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.mun] | لامون

Definisi : 1. (meskipun ...) tetapi: sungguhpun kajian Baron de Montesquier tentang parlimen England tidak berapa betul, ~ pendapatnya berkenaan perceraian kuasa-kuasa peme­rintah tetap bernilai; 2. sungguhpun: ~ begitu, ia dipenjarakan juga; 3. sl asalkan, asal saja: apatah tuan tangiskan, ~ tuan sudi beribukan bonda, apatah salahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.mun] | لامون

Definisi : ; melamun memikirkan sesuatu, berangan-angan, berkhayal: kerjanya ~ sahaja; lamunan fikiran yg bukan-bukan, angan­angan: dlm ~ itu, Pak Sudin terus terlena; pelamun orang yg selalu atau suka melamun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.mun] | لامون

Definisi : Mn; melamun 1. menimbunkan (pakaian dll), tidak disusun atau diatur baik­baik; 2. meliputi (spt air menutupi karang), menggenangi: bersama-sama tenggelam dilamun ombak dan gelombang; 3. ki menye­lubungi (kesedihan, bencana, kesenangan dsb), merundung: Zaini sedang dilamun perasaan yg sedih pilu; entah hilang anakanda di laut lepas, entah dilamun ombak tujuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.mun] | لامون

Definisi : meskipun; sungguhpun: ~ begitu, budinya dikenang juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.mun] | لامون

Definisi : ; melamun berangan-angan; berkhayal. lamunan angan-angan yg bukan-bukan; khayalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.mun] | لامون

Definisi : ; melamun 1 melonggokkan secara tidak teratur: ~ pakaian. 2 menggenangi atau meliputi (spt air bah menutupi tebing); menenggelami: Ombak dan gelombang yg besar telah ~ kapal-kapal layar yg sedang berlabuh di situ. 3 ki merundung dgn bencana (kegembiraan dsb); menyelubungi: Baginda sedang dilamun dukacita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lamun
Kata Terbitan : melamun, lamunan,

Peribahasa

Lamun ada ubi,
     ubi;
tiada ubi,
     gadung jadilah.

Bermaksud :

Jika terpaksa, barang yang kurang baik pun dapat digunakan juga.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin dapatkan madah yang indah tentang menuntut ilmu atau pendidikanKelebihan Ilmu Ilmu itulah gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asalnya puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat ternilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya besar sukat digunakan,Di laut, di darat, di rimba, di pekan. Masa seorang ialah taulan,Teman berbeka, suluh berjalan,Masa berhimpun ia pengenalan,Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur,Ia penerang bagi yang kabur,Ialah kandil di dalam kubur,Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga,Ia pemuas tekak yang dahaga,Ialah sungai, ialah telaga,Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna,Idaman orang yang bijaksana,Hamparnya luas amat saujana,Tepinya ajal sempadannya fana.  (Pendeta Za’ba,) Lain-lain26.07.2008
Selamat sejahtera tuan DBP. Saya hendak bertanya: adakah rangkai kata nama "hal penggunaan bahasa Melayu" lewah kerana "penggunaan bahasa Melayu" sudah bermaksud "hal menggunakan bahasa Melayu"? Jika demikian, "hal penggunaan bahasa Melayu" bermaksud hal hal menggunakan bahasa Melayulah (penggunaan = hal menggunakan)! Ini perlebihan (keadaan berlebihan) maksud. Tetapi, untuk rangkai kata nama seperti "situasi kebahasaan", jika ditulis sekadar "kebahasaan" sahaja, maksud "situasi" itu tidak tererti kerana "kebahasaan" bermaksud hal bahasa yang umum yang dapat diperluas kepada apa-apa makna sahaja: situasi bahasa, ciri bahasa, sifat bahasa. Bertalian dengan soal ini, WordPad yang berisi soal saya telah saya lampirkan bersama surat ini. Lamun (kendatipun) soal ini tanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, saya masih berharap kepada dalil (keterangan) tuan arif untuk mengukuhkan pegangan saya. Harap saya dapat mendapat jawab yang tahkik (sah) dan meyakinkan saya daripada tuan. Terima kasih.Kami menerima pandangan tuan, frasa yang gramatis ialah "penggunaan bahasa Melayu" kerana perkataan yang terbit daripada apitan peN-...-an boleh membawa maksud perihal atau proses.Tatabahasa29.11.2016
Istilah perkataan TAKUT & Hormat dalam komunikasi semsa

Takut: 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan;

Hormat: 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat);

Makna21.08.2009
SALAM. SAYA INGIN MENDAPATKAN DEFINASI PERKATAAN "TAKUT" DAN H"ORMAT" MENGIKUT DEWAN BAHASA & PUSTAKA

takut: 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan;

hormat: 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat); 

Makna21.08.2009

Kembali ke atas