Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.cung] | لنچوڠ

Definisi : 1. tidak tulen (barang-barang dll), palsu: emas ~; 2. tidak jujur, tidak sebenar­-benarnya, curang: cintamu kepadaku selama ini ~, palsu, sekali-sekali bukan cinta sejati; sekali ~ keujian seumur hidup orang tak percaya prb sekali diketahui perangai ygburuk sepanjang masa orang tidak percaya lagi; melancung, melancungkan membuat palsu atau tidak benar, menipu: ~ wang; lancungan (barang-barang) tiruan atau palsu: paun emas itu digantinya dgn paun ~; kelancungan keadaan yg tidak tulen (betul, jujur, dll), kepalsuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.cung] | لنچوڠ

Definisi : sj tumbuhan (rumput), Leptaspis urceolata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.cung] | لنچوڠ

Definisi : 1 tidak tulen; tiruan (ttg barang); palsu: emas ~. 2 tidak sungguh-sungguh; tidak jujur; curang: sahabat yg ~. melancungkan membuat sesuatu menjadi lancung; memalsukan: ~ wang. lancungan barang palsu atau barang tiruan. kelancungan 1 keadaan atau hal lancung; kepalsuan. 2 keadaan atau sifat curang; kecurangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancung
1. Rujuk palsu

2. Rujuk curang


Peribahasa

Di bawah lancung nan tiris.

Bermaksud :

Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali. di bawah lancung = di bawah barang yang palsu.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maksud peribahasa berikut dan ayat yang sesuai: i. Kalau ada asap tentu ada api ii.Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga iii.Seperti harimau menyembunyikan kukunya

i. Peribahasa kalau ada asap tentu ada api bermaksud tiap-tiap sesuatu ada asal mulanya.

ii. Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga bermaksud bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

iii. Seperti harimau menyembunyikan kukunya bermaksud orang yang menyembunyikan kelebihannya.

Lain-lain08.08.2011
Saya tertarik dengan sessi soaljawab tentang 18 pola selarasan vokal. 1. Bagaimana pula dengan perkataan seperti 'lancong' - ( pola (a-o) tiada di dalam senarai ) yang mempunyai maksud yang berbeza dengan perktaan 'lancung'? 2. Adakah terdapat cara untuk membezakan perkataan yang banyak bunyi ( e taling dan pepet) sepeti ' sepak' dan 'perang'. 3. Adakah terdapat kaedah untuk membezakan e taling dan e-pepet di awal perkataan dalam pola (e-o)berdasarkan vokalnya di dalam perkataan seperti (emas dan emak vs elak dan esak) ? Sekian , terima kasih.

1. Dalam pola keselarasan vokal tidak pola a-o ada dalam sistem ejaan lama; contohnya batok, manakala dalam sistem ejaan baru pola a-o tidak ada lagi yang ada pola a-u; contohnya batuk. Mengenai perkataan lancong berkemungkinan perkataan tersebut ialah kata pinjaman daripada Nusantara, oleh itu kata tersebut tidak tertakluk pada pola keselarasan vokal.

2.Tidak ada cara khusus untuk membezakan antara e pepet dan e taling dalam sesuatu perkataan kecuali melihat pada keseluruhan ayat.; contohnya; ....membersihkan semak-samin di halaman rumah (e pepet), ...semak semua akaun yang ada (e taling).

 

Tatabahasa23.05.2010
Selamat sejahtera, Saya menghadapi kesukaran utk menentukan perbezaan antara 'sungguh' dan 'sangat' dalam konteks ayat. Ada tak formula untuk menggunakannya?TQ

Sangat bermaksud 1. terlalu, terlampau 2. hebat, kuat, menjadi teruk 3. benar-benar(sungguh-sungguh, sememangnya Contoh: Bilangan murid yang mendapat sijil pertama sangatlah sedikit.

Sungguh bermaksud 1. tidak bohong,tidak lancung, benar,betul 2. amat, sangat, terlalu. Contoh: bising sungguh bunyi kedua-duanya bertengkar.    Penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks. 

  

Tatabahasa30.01.2008
assalamualaikum w.b.t saya ingin mengetahui kesalahan perkataan di bawah merujuk kepada kesalahan apa?? 1. pra-bayar 2. mee 3. disini 4. perabut 5. kashier 6. kelinik 7. pasaraya 8. batek 9. pelancungan 10. amalam 11. plan 12. warong 13. keaw teau 14. di larang 15. ajen 16. juru wang 17. murtabak 18. alatulis 19. goreng pisang 20. qualitiEjaan yang betul ialah:
1. prabayar
2. mi
3. di sini
4. perabot
5. Tidak ada perkataan "kashier" dalam bahasa Melayu
6. klinik
7. pasar raya
8. batik
9. pelancongan (lancung bermaksud i. tidak tulen, palsu ii. tidak jujur, tidak sebenarnya, curang)
10. amalan
11. pelan
12. warung
13. kuetiau
14. dilarang
15. ejen
16. juruwang
17. martabak
18. alat tulis
19. pisang goreng
20. kualiti
Ejaan30.03.2012

Kembali ke atas