Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; melanda 1. memasuki atau menimpa (sesuatu) dgn keras (hebat, paksa), melanggar, merempuh, menempuh: sekali bergegar juga gubuk itu dilanda angin; kalau musuh hendak ~ tanah air kita, langkah mayat pemuda pemudinya dahulu; 2. ki menimpa (menguasai): sekarang putus asa ~ jiwanya; melandai menempuhi (dgn paksa), melalui: ia ingin mencari hidup yg lebih bagus drpd yg pernah dilandainya; terlanda terlanggar, dirempuh: ingat, jangan ~ anak isteri orang apabila berjalan-jalan di pasar; landaan hasil melanda, rempuhan: kesan drpd ~ hujan asid itu; pelandaan perbuatan melanda: peluasan kuasa penjajah merupakan satu proses ~ yg agak mustahil dapat dibendung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; melanda 1 masuk dgn paksa atau dgn keras; merempuh; melanggar: Pagar di keliling stadium itu runtuh dilanda orang. 2 ki datang menimpa dsb dgn banyak (bkn perasaan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
landa
Kata Terbitan : melanda, terlanda,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera........ Bolehkah saya tanya beberapa soalan mengenai tatabahasa ? 1. I Kampung Jaya landa banjir sejak pagi semalam. II Filem seram itu mereka tonton. III Pokok bunga itu kakak siram. Ayat manakah yang betul ? 2. Bapa membeli sebuah kereta baru? atau Bapa membeli sebuah kereta baharu? Terima kasih..........1. Ayat kedua dan ketiga betul.
2. Kedua-dua ayat tersebut juga betul kerana baru dan baharu sama maknanya dan diterima sebagai terjemahan new.
Tatabahasa06.03.2012

Kembali ke atas