Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lang.gan] | لڠݢن

Definisi : ; berlanggan membuat pembelian secara tetap (surat khabar, majalah, dll): kami ~ tiga buah surat khabar; berlangganan membeli dgn tetap; mereka sudah lama ~ dgn Wim tentang barang­-barang seludupan; melanggan membeli secara tetap (surat khabar, majalah, dll): boleh dikatakan semua majalah keluaran tanah air dilanggannya; langganan 1. = pelanggan; 2. penjual yg tetap; 3. hubungan jual beli atau urus niaga yg tetap (antara seseorang penjual dgn pembeli yg selalu membeli daripadanya); 4. = wang ~ pembayaran yg tetap (kerana berlanggan); pelanggan 1. pembeli (surat khabar, majalah, dll) yg tetap: makin bertambah ramailah ~nya dan kedainya pun bertambah besar pula; 2. orang (syarikat) dsb yg membayar kpd seseorang spt peguam (pembina dsb) utk mendapatkan atau melakukan sesuatu bagi pihaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang.gan] | لڠݢن

Definisi : ; berlanggan membeli surat khabar, majalah dll secara tetap: Kami ~ bermacam-macam jenis majalah dan surat khabar. melanggan 1 membeli (surat khabar, majalah dll) secara tetap: Sudah bertahun-tahun dia ~ akhbar di kedai itu. 2 menggunakan atau mendapatkan khidmat seseorang dgn membayar kpdnya. pelanggan 1 pembeli (surat khabar, majalah dll) secara tetap: ~ di kedainya makin bertambah. 2 orang, pihak, syarikat dll yg mendapat khidmat seseorang, sesebuah syarikat dsb dgn membayar kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langgan
Kata Terbitan : melanggan, pelanggan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang penggunaan "langgan" dan "langgani". Yang mana satu adalah betul? Teks asal dalam bahasa Inggeris ialah "Subscribe to... [sesuatu perkhidmatan]".Penggunaan kedua-dua kata tersebut bergantung pada konteks penggunaannya. Kata langgan sama dengan berlanggan, contohnya kami langgan/berlanggan tiga buah surat khabar. Kata langgani pula lazimnya wujud dalam ayat pasif atau ayat suruhan, contohnya Majalah itu saya langgani dan Langganilah majalah Dewan Siswa dengan segera.Tatabahasa22.06.2015
Hasliza Kaiyom TUES 17:24 Macam mana nak langgan Majalah Dewan Pelajar?Sila hubungi pegawai Bahagian Pemasaran dan Pengedaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476.Lain-lain24.01.2017
Saya telah melanggan majalah dewan bahasa dan pelita bahasa namun dari bulan april hingga sekarang saya masih tidak mendapat langgan sedangkan saya telah membayar.Harap mendapat tindakan selanjutnya dari pihak tuan puan.Perkara ini telah dipanjangkan kepada Koperasi DBP Sdn Bhd. Sdr boleh berhubung dengan pegawai yang berkenaan, Encik Mohd Isa  bin Khamis, di talian 012-3219456.Lain-lain19.06.2012
رضوان احمد SUN 13:20 رضوان احمد رضوان Salam tuan. Kenapa harga Majalah Dewan Pelajar kalau beli d kedai setahun baru RM36. Tapi kalau langgan setahun RM40.80? Tapi dinyatakan dalam borang langganan diskaun 20%. Mohon pencerahan. T.kasihSila hubungi pegawai Bahagian Pemasaran dan Pengedaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476.Lain-lain05.02.2017
Sila tunjukkan kata dasar dan imbuhan bagi kata-kata berikut. menghenti menyapu menumpang mengangkat meninggi mengajar menggalak menjangkit menengah mengetua mengubu melanggar melangganPerkataan menyapu, menumpang, mengangkat, meninggi, mengajar, menjangkit, menengah, melanggar dan melanggan merupakan kata kerja transitif aktif yang menerima awalan meN-. Kata dasar bagi menyapu ialah sapu, tumpang bagi menumpang, angkat bagi mengangkat, tinggi bagi meninggi, ajar bagi mengajar, jangkit bagi menjangkit, tengah bagi menengah, langgar bagi melanggar dan langgan bagi melanggan. Sementara, perkataan menghentikan dan menggalakkan menerima apitan meng-...-kan manakala mengetuai dan mengubui menerima apitan meN-...-i. Kata dasar bagi perkataan menghentikan ialah henti, galak bagi menggalakkan, ketua bagi mengetuai dan kubu bagi mengubui.Tatabahasa30.10.2006

Kembali ke atas