Saya Rukiah masila belajar Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanya tentang asal usul perkataan" cakarawala" apakah artinya dan contoh dalam ayat | Ejaan yang betul ialah cakerawala, iaitu : 1. langit, lengkung langit; 2. peredaran bintang-bintang dll di langit; 3. bintang-bintang di langit (spt bulan, matahari, dll); 4. kaki langit, tepi langit. Sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Makna | 22.09.2014 |
Salam sejahtera. adakah peribahasa di bawah ini mempunyai maksud yang sama dan diguna pakai? 1. bagai langit dengan bumi 2. bagai bumi dengan langit 3. seperti bumi dengan langit 4. seperti langit dan bumi | Salam sejahtera, Berdasarkan soalan, peribahasa yang mempunyai makna dan diguna pakai ialah seperti langit dengan bumi yang bermaksud banyak sekali bezanya. Tuan boleh merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua, Abdullah Hussain untuk makluman lanjut. Sekian, terima kasih. | Sastera | 27.05.2017 |
1)Manakah ayat yang betul ? a) Kita perlu berjimat air. b) Kita perlu menjimatkan air. c) Kita perlu berjimat menggunakan air. 2) Adakah ayat ini dianggap betul ? a) Langit berwarna merah. b) Langit berwarna putih. b) Langit sangat tinggi. Terima kasih | 1. Yang Betul = Kita perlu berjimat menggunakan air. 2. Ketiga-tiga ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 19.10.2012 |
Tuan, Ayat di bawah adalah gramatis atau tidak: 1. Pada era langit terbuka ini, Internet berperanan besar dalam kehdupan kita. (penggunaan " Pada era langit terbuka ini" adalah benar?) terima kasih. | Penggunaan perkataan "pada" dalam ayat tersebut adalah betul. Salah satu definisi "pada": kata sendi nama yang digunakan untuk menunjukkan waktu atau untuk menunjukkan kata nama abstrak dalam pembentukan frasa atau ayat, contoh: pada masa ini | Tatabahasa | 02.08.2018 |
Mohon pencerahan untuk penggunaan perkataan dan terjemahan Bahasa Inggeris yang betul. 1. Tunjuk langit- Finial 2. Rumah Pemeleh Kelantan- Kelantanese ‘pemeleh’ house Terima kasih | Menurut istilah bahasa Melayu, terjemahan bagi "Finial" ialah bentuk hiasan atas, tepi atau mana-mana pada bahagian sesuatu. Konsep yang betul ialah pemeleh rumah, iaitu papan yang digunakan sebagai salah satu komponen hiasan bumbung Rumah Melayu Tradisional Kelantan. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.04.2022 |
1.Burung-burung berterbangan di langit dianggap salah kerana kata kerja tak transitif berterbangan menandakan jamak,jadi burung-burung tidak perlu diulangi.Ayat yang betul seharusnya Burung berterbangan di langit.Namun,saya membelek dan meneliti Tatabahasa Dewan,tiada penerangan tentang berterbangan mendukung maksud jamak?Apa pandangan Munsyi? 2. | Untuk menyelesaikan keraguan saudara tentang penggunaan perkataan berterbangan bagi menunjukkan jamak sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 201 yang menerangkan penggunaan apitan beR...an bagi menghasilkan bentuk kata kerja terbitan yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
Salam sejahtera, saya ingin tanya soalan kesalahan tatabahasa: 1. Bangunan-bangunan pencakar langit di bandar raya itu tinggi-tinggi. 2. Penduduk di kawasan itu tidak patuh larangan membuang sampah di dalam sungai tersebut. Terima kasih atas menjawab soalan saya. | 1. Ayat yang betul ialah “Bangunan pencakar langit di bandar raya itu tinggi-tinggi belaka”. 2. Ayat yang betul ialah “Penduduk di kawasan itu tidak mematuhi larangan membuang sampah ke dalam sungai tersebut”. | Tatabahasa | 04.06.2024 |
maksud peribahasa : 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi | 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal. 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi Seseorang yang semakin merendah diri walaupun dia semakin berpangkat atau berharta. | Makna | 10.12.2008 |
Tolong betulkan kalau ada kesalahan. (a) Kata ganda yg membawa maksud tunggal atau satu (frasa nama) Tambah perkataan banyak/ramai/semua yg membawa maksud jamak(lebih drpd satu) (1) biri-biri (2) gula-gula (3) orang-orang (4) kura-kura (5) rama-rama / kupu-kupu (6) ampai-ampai / ubur-ubur (7) kanak-kanak (8) jentik-jentik (9) anai-anai (10) api-api / kelip-kelip / kunang-kunang (11) sumpah-sumpah (12) labi-labi (13) langit-langit (14) labah-labah (15) angkut-angkut (16) labu-labu (17) ubun-ubun (18) undang-undang (19) ura-ura (20) beri-beri (21) oleh-oleh (22) jemput-jemput (23) agar-agar (24) cita-cita (25) epok-epok (26) gado-gado (27) kuda-kuda / para-para (28) dekak-dekak (29) siku-siku (30) tupai-tupai (31) layang-layang (32) mata-mata (33) patung-patung (34) orang-orang | Kata ganda ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, separa atau berentak. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM. | Tatabahasa | 21.01.2022 |
Assalamualaikum.. saya ingin bertanyakan apakah maksud 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. diharap pihak tuan daoat menjelaskannya dengan lebih terperinci kepada saya. terima kasih | 1" cellpadding="4" width="100%">Menurut Peribahasa Sekolah Menengah yang diterbitkan dalam laman Intranet DBP, peribahasa "di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung" bermaksud "menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal". | | | Makna | 04.01.2008 |