bagaimana penggunaan kata - di dalam fikiran atau dalam fikiran. soalan kedua - adakah langit biru dan rumah putih itu kata majmuk | Dalam ialah kata arah dan kata sendi nama. Sebagai kata arah, perkataan dalam akan hadir sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau tempat, misalnya di dalam atau ke dalam. Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan frasa nama yang membawa pengertian "lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang seperti perkara, fikiran, peristiwa, hal dan sebagainya". Langit biru dan rumah putih - bukan kata majmuk. Kata majmuk bermaksud gabungan dua kata yang membawa makna tertentu. Rumah putih akan menjadi kata majmuk sekiranya merujuk kepada maknanya selain daripada rumah yang berwarna putih. Contohnya rumah putih yang merujuk kepada "White house" di Amerika. | Tatabahasa | 04.11.2008 |