Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langkawi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ayat yang mana dianggap betul: a) kamu ingin makan angin ke Pulau Pangkor atau Langkawi? b)kamu ingin makan angin ke Pulau Pangkor atau ke Langkawi?Ayat yang betul ialah "Kamu ingin makan angin ke Pulau Pangkor atau Langkawi?"Tatabahasa30.08.2013
A "Berapa harikah kalian akan melancong ke Pulau Langkawi?" tanya Nurul. B "Berapakah hari kalian akan melancong ke Pulau Langkawi?" tanya Nurul. A atau B, manakah ayat yang betul?Ayat yang betul ialah B.Tatabahasa09.08.2011
"balik daripada berkursus di Langkawi" betul? daripada atau dari yg lebih tepat?

Saudara Khor Wooi Teck,

Yang lebih tepat ialah 'balik berkursus di Langkawi'.

Tatabahasa19.04.2010
Kami akan bercuti ______ pulau langkawi selama 3 hari. A. Ke B. Di Sama ada kedua-dua jawapan tersebut boleh diterima? Terima kasihJawapan yang betul ialah: Kami akan bercuti  ke Pulau Langkawi selama tiga hari.Tatabahasa21.12.2013
Sila nyatakan jawapan yang betul. Pameran_________akan diadakaan di Pulau Langkawi bermula pada bulan November. A. kapal terbang B. kapal-kapal terbangPameran kapal terbang akan diadakaan di Pulau Langkawi bermula pada bulan November.Tatabahasa12.08.2012
Alina baharu sahaja balik daripada berkursus di Langkawi dan dia mendapat banyak pengalaman di sana. bolehkah tolong saya cari satu kesalahan tatabahasa dan satu kesalahan penggunaan istilah atau kata dalam ayat di atas?...Alina baharu sahaja balik daripada berkursus di Langkawi dan dia mendapat banyak pengalaman di sana. - ayat ini betulTatabahasa19.04.2010
maria terpersona melihat air laut yang_________ (membiru,kebiruan) di sepanjang perjalanan ke langkawi...mohon pencerahan jawapan...Perkataan yang tepat ialah kebiruan. Perkataan kebiruan bermaksud keadaan biru manakala membiru bermaksud menjadi biru.

Maria terpesona melihat air laut yang kebiruan sepanjang perjalanan ke Langkawi.
Tatabahasa19.09.2013
Apakah kata sendi nama yang sesuai untuk ayat di bawah?Pulau Dayang Bunting ialah pulau kedua terbesar di / dalam / di dalam Gugusan Pulau Langkawi. Terima kasih.Pulau Dayang Bunting ialah pulau kedua terbesar dalam Gugusan Pulau Langkawi.Tatabahasa17.01.2012
“Seronoknya kerana dapat bercuti ke Pulau Langkawi pada cuti penggal persekolahan nanti,”kata Sheng Kee kepada Vinoth. Saya nak tanya macam mana tukarkan ayat ini dalamayat cakap pindah kepada cakap ajuk ayat ?Mohon Tuan boleh memberi penjelasan .Terima kasih
Cakap pindah ialah cakap yang sudah diubah bentuknya menjadi laporan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut.

Sheng Kee menceritakan keseronokannya apabila dapat bercuti di Pulau Langkawi pada cuti penggal persekolahan nanti kepada Vinoth.  
 
Tatabahasa22.01.2021
Penggunaan perkataan ikonik dalam ayat di bawah:- Terdapat dua buah Kompleks Kraf yang menjadi ikonik kepada perkembangan industri kraf negara iaitu Kompleks Kuala Lumpur dan Kompleks Kraf Langkawi.Kami berpendapat bahawa penggunaan "ikonik" dalam ayat tersebut tidak sesuai digunakan bagi merujuk kepada Kompleks Kuala Lumpur dan Kompleks Kraf Langkawi. Hal ini disebabkan 'ikonik' bermaksud mempunyai sifat menyerupai sesuatu ikon (gambar, lukisan, imej gambaran), memang tiada kena-mengena dengan struktur yang didirikan. Sehubungan dengan itu, dicadangkan supaya digunakan mercu tanda atau lambang kerana lebih sesuai.Istilah07.07.2015
1234

Kembali ke atas