Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : panjang umur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lanjut (adjektif)
Kata Terbitan : selanjutnya, berlanjut-lanjut, berlanjutan, melanjutkan, terlanjut, lanjutan, pelanjutan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud dirgahayu?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan dirgahayu bermaksud (mudah-mudahan) lanjut usia, panjang umur.Tatabahasa11.01.2013
Apa makna "Dirgahayu" dan kaedah penggunaannya.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan dirgahayu bermaksud lanjut usia, panjang umur. Perkataan ini biasanya digunakan untuk menyampaikan ucapan semasa hari kelahiran kepada kerabat diraja. Makna28.01.2009
Apakah yang dimaksudkan dengan warga tua?Warga tua bermaksud orang sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur tua atau bahasa halusnya orang tua.Makna31.08.2006
apa maksud Digarhayu tuanku atau digarhayu ? bolehkah ia digunakan pakai dalam laporan beritaMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan dirgahayu bermaksud lanjut usia, panjang umur. Perkataan ini biasanya digunakan untuk menyampaikan ucapan semasa hari kelahiran kepada kerabat diraja.Makna30.05.2013
Salam sejahtera. "Daulat Bahasa Malaysia" bolehkah digunakan untuk tajuk buku kerja bahasa Melayu? Adakah perkataan Daulat dikursuskan penggunaannya? Sekian, terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, daulat bermaksud 1. bahagia, kebahagiaan (kepada raja-raja yang memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. ark tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudah­an berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku;
 
Manakala berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mem­punyai kuasa (yang tertinggi): raja yang ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuh­nya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yang merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yang ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain;

Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan daulat boleh digunakan dalam tajuk buku "Daulat bahasa Melayu".
Tatabahasa31.10.2013
saya nama haswanee chekdoloh saya belajar tentang bahasa melayu saya ingin bertanya Apakah makna UsiyaTiada maklumat berkaitan dengan perkataan "usiya" dalam data kami. Walau bagaimanapun, pihak kami beranggapan perkataan yang hampir sama sebutannya ialah "usia" yang bermaksud lama masa sejak dilahirkan (diadakan dan sebagainya); umur. berusia mempunyai usia; berumur: Ketika emaknya pergi ke Mekah, ia ~ enam tahun. Untuk maklumat yang lebih lanjut sila layari usia">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=usiaMakna04.11.2015
penggunaan kata ganti diri dan bahasa sapaan mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam kekeluargaan serta kedudukanny dalam masyarakat amnya,sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan yang tersebut di atas?Kata nama diri dan sapaan digunakan mengikut kedudukan seseorang dalam keluarga dan masyarakat. Ini menunjukkan hierarki kedudukan berdasarkan usia dan susun galur seseorang dalam keluarga atau rajah keluarga ataupun gelaran yang diterima berdasarkan pangkat, sumbangan dan anugerah. Bagi mendapatkan keterangan lanjut berkenaan kata ganti diri dan sapaan , sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan buku-buku tatabahasa bahasa Melayu di pasaran.Lain-lain05.09.2007

Kembali ke atas