Salam sejahtera. Adakah wujud memo lantikan. Biasanya kita menggunakan surat lantikan. Ini yang berlaku di jabatan tertentu, Lantikan hanya menggunakan memo. Alasan kerana makluman dalaman dan tidak melibatkan agensi luar. Harap dapat pencerahan. Terima kasih. | Penggunaan surat lantikan atau memo lantikan bergantung kepada organisasi masing-masing. Tidak ada isu wujud atau tidak, kerana perkataan surat lantikan bukan nama khas. Terima kasih. | Istilah | 08.02.2015 |
Yang mana lebih tepat: Surat lantikan bertugas ATAU surat lantikan tugasan | Frasa yang betul ialah "Surat Pelantikan Kerja". | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Yang Mana satu betul:- 1. Lantikan Sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program. atau 2. Lantikkan Sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program. - Mohon beri panduan berkaitan ejaan perkataan "Lantikan' atau "Lantikkan" Terima kasih. | Lantikan bermaksud tindakan melantik, iaitu mengangkat seseorang untuk memegang sesuatu jawatan dan tidak ada kata lantikkan kecuali apabila kita menggunakannya dalam ayat perintah. Satu lagi kata terbitan ialah pelantikan yang merujuk perihal melantik. Oleh itu, penggunaan yang paling tepat ialah "Pelantikan sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program". | Tatabahasa | 17.07.2011 |
"Syarat lantikan" dan "syarat pelantikan", yang mana betul? Minta terangkan perbezaan. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah "syarat pelantikan" | Ejaan | 16.12.2022 |
Tuan/Puan, Saya ada dua soalan. Pertama, saya ingin bertanya tentang ejaan kata berganda pada permulaan ayat. Contohnya: Kaedah-kaedah atau Kaedah-Kaedah? Kedua, apabila kita menyenaraikan syarat-syarat lantikan/penyertaan/pendaftaran/etc. . Adakah ianya lebih tepat untuk menamakan tajuk dokumen tersebut sebagai "Syarat Lantikan/Pendaftaran" atau "Syarat-syarat Lantikan"? Terima kasih | Jawapan yang betul ialah Kaedah-kaedah dan Syarat Lantikan/Pendaftaran/Penyertaan. | Tatabahasa | 01.12.2021 |
yang mana satu betol antara : 1. lantikan pegawai baru atau pegawai baharu 2. membuat perolehan baru atau perolehan baharu tq | Menurut data kami perkataan baharu ialah kata adjektif yang lazimnya digunakan bagi padanan new dalam bahasa Melayu seperti buku edisi baharu dan siswazah baharu, dan baru ialah kata bantu. Perkataan baru diterjemah sebagai just lazimnya digunakan seperti dalam konteks dia baru sampai. Walau bagaimanapun, kedua-dua rangkai kata tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 24.04.2019 |
Salam. Mohon kiranya pihak tuan/puan dapat menjawab persoalan saya. 1. Apakah kriteria bagi pelantikan pewasit bagi jurnal? 2. Bagaimana dengan tempoh lantikan bagi pewasit? 3. Adakah formula tertentu digunakan bagi pembayaran kepada pewasit? (dibayar mengikut helaian artikel atau berdasarkan judul) 4. Apakah yang dimaksudkan dengan high impact factor bagi jurnal? | 1. Pewasit memiliki ilmu atau kelayakan yang lebih tinggi daripada penulis makalah 2. Tempoh lantikan pewasit mengikut kerja penilaian; sekali lantik untuk satu penilaian 3. Kadar bayaran RM200 untuk setiap makalah yang dinilai | Lain-lain | 11.03.2009 |
Bekas pemain badminton negara itu telah menerima surat lantikan sebagai jurulatih badminton kebangsaan.(TOLONG BETULKAN) | Bekas pemain badminton negara itu telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih badminton kebangsaan. | Tatabahasa | 20.09.2012 |
APA BEZA PENGGUNAAN PERKATAAN PELANTIKAN DENGAN PERLANTIKAN | Menurut Kamus Dewan, pelantikan bermaksud lantikan perihal (tindakan) melantik. Contoh ayat : Mereka gembira atas pelantikan Tun Perak menyandang jawatan Bendahara. Contoh kedua, Majlis Raja-Raja mestilah ditanya terlebih dahulu sebelum lantikan dibuat. Oleh yang demikan, kata "perlantikan" tidak gramatis penggunaannya dalam tatabahasa bahasa Melayu. | Makna | 22.02.2009 |
apakah perbezaan antara "pelantikan" dan "perlantikan"? terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, pelantikan bermaksud lantikan perihal (tindakan) melantik. Contoh ayat : Mereka gembira atas pelantikan Tun Perak menyandang jawatan Bendahara. Contoh kedua, Majlis Raja-Raja mestilah ditanya terlebih dahulu sebelum lantikan dibuat. Oleh yang demikan, kata "perlantikan" tidak gramatis penggunaannya dalam tatabahasa bahasa Melayu. | Makna | 18.04.2011 |