Saya ingin bertanya tentang apakah suku kata bagi perkataan "megelap" kerana saya agak keliru tentangnya.. Bagi saya suku kata bagi perkataan in adalah "menge lap" ataupun "meng e lap" kerana imbuhan baginya adalah "menge" tetapi cikgu sepupu saya mengatakan bahawa suku kata bagi "mengelap" adalah "me nge lap"..Sebenarnya apakah suku kata bagi perkataan yang hanya mempunyai satu suku kata(had, cat...) | Sukukata bagi perkataan tersebut ialah me. nge. lap. | Tatabahasa | 30.10.2008 |
Salam sejahtera, ingin menanya soalan berikut, . 1) Ali lap cermin dengan kain. Adakah ayat ini boleh diterima ? 2)Jika dalam solan aneka pilihan seperti, Ali ( ) cermin dengan kain. A. lap B. mengelap Adakah jawapan soalan ini hanya menerima mengelap ? Terima kasih diucapkan terlebih dahulu atas bantuan. | Jawapan yang betul ialah "Ali mengelap cermin dengan kain". | Tatabahasa | 23.09.2014 |
Adakah penggunaan kata kerja tunggal berikut diterima betul? 1. Ali "sapu" kaya pada roti. 2. Ali "mop" lantai. 3. Ali "lap" cermin. 4. Ali "tarik" pam tandas. *Terima kasih* | Penggunaan yang betul ialah: 1. Ali menyapu kaya pada roti. 2. Ali mengemop lantai. 3. Ali menarik pam tandas. | Tatabahasa | 04.05.2014 |
Ayah menyembur air sambil (menggilap/mengelap) keretanya sehingga bersih dan berkilat. Sama ada "menggilap/mengelap" diterima sebagai jawapan? | Mengelap menyapu atau mengeringkan dengan kain lap iaitu perbuatan menyapu atau mengeringkan sesuatu daripada keadaan basah kepada kering. Menggilap perbuatan menggosok supaya licin dan berkilat. Dari aspek ketepatan perkataan, menggilap lebih tepat untuk menjadikan kereta bersih dan berkilat. | Istilah | 17.02.2014 |
1. perkataan mengemop atau mengelap lantai ? 2. pembersih bulu ayam atau penyapu bulu ayam ? 3. mencangkul tanah untuk dibuat batas atau mencangkul untuk membuat batas ? | 1. Kedua-dua perkataan, iaitu mengemop dan mengelap adalah betul dan boleh digunakan. Mengemop dan mengelap adalah perkataan "mop" dan "lap" yang mendapat awalan meN-... . 2. Perkataan yang tepat ialah pembersih bulu ayam kerana alat tersebut berfungsi untuk membersihkan habuk dan tidak berfungsi seperti penyapu. 3. Ayat yang betul ialah mencangkul tanah untuk membuat batas. | Tatabahasa | 06.02.2014 |
PENERANGAN MENGENAI KATA NAMA TUNGGAL, KATA KERJA TUNGGAL, PENUTUR MELAYU SERTA SEJARAH DAN STRUKTUR BAHASA MALAYSIA | Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal, sama ada kata nama seperti cat atau kata kerja seperti lap. Ungkapan yang betul ialah penutur bahasa Melayu iaitu orang yang menuturkan atau menggunakan bahasa Melayu sebagai kelaziman. Untuk maklumat tentang sejarah dan struktur bahasa Malaysia sila rujuk buku/makalah yang berkaitan, terima kasih. | Makna | 05.11.2008 |
Pak Rahim (mengesat) peluh yang mengalir di dahinya semasa dia bertungkus-lumus di sawah padi. Mengapakah kita tidak boleh menggunakan "mengelap" ? | mengesat1. menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll); mengelapmenyapu atau mengeringkan dgn kain lap dll, menyeka: dia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; tidak mengapa tumpah sedikit saya boleh lap; Berdasarkan makna yang diberikan di atas, apabila dipadankan dengan contoh ayat , menunjukkan kedua-dua kata tersebut boleh digunakan, namun yang lebih tepat dan biasa digunakan ialah mengesat. | Makna | 02.10.2009 |