Minta tolong semak susunan perkataan di bawah adakah betul:- 1. Disyorkan agar mengecat satu lapisan dasar, diikuti minima dua lapisan cat Dulux. (atau "diikuti dua lapisan minima cat Dulux) 2. Jika terkena mata, bilas segera dengan banyak air (atau "air yang banyak" dan dapatkan nasihat perubatan. Harap pihak tuan / puan boleh memberi nasihat / cadangan secepat mungkin. Sekian, James | 1. Disyorkan pengguna mengecat satu lapisan dasar, diikuti dua lapisan minimum cat Dulux 2. Jika terkena mata, bilas segera dengan air yang banyak dan dapatkan nasihat perubatan. | Tatabahasa | 05.04.2019 |
Salam sejahtera, Adakah huruf besar diperlukan utk frasa yg berikut:- 1) suhu bumi @ suhu Bumi 2) permukaan bumi @ permukaan Bumi 3) keadaan bumi yang panas @ keadaan Bumi yang panas 4) kerak bumi @ kerak Bumi 5) lapisan bumi @ lapisan Bumi Apakah terjemahan yang gramatis bagi virtual learning environment (VLE)? Sekian, terime kasih. | Dalam konteks yang diberikan, perkataan "bumi" dieja dengan huruf kecil. 1) suhu bumi 2) permukaan bumi 3) keadaan bumi yang panas 4) kerak bumi 5) lapisan bumi. Padanan bahasa Melayu untuk "virtual learning environment (VLE)" ialah persekitaran pembelajaran maya.
| Ejaan | 23.02.2016 |
'Kerak ialah lapisan yang paling nipis.' Adakah 'yang' mesti digunakan dalam ayat ini? | Penggunaan kata yang dalam ayat tersebut tidak semestinya digunakan. Yang ialah kata penghubung utk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan. | Lain-lain | 22.06.2010 |
Negara kita stabil dan aman adalah berkat daripada sikap segenap lapisan masyarakatnya yang toleransi. MUNSYI, adakah ayat segenap lapisan adalah salah dalam ayat ini? TK | Dalam Kamus Dewan edisi keempat, segenap bermaksud seluruh, sekalian, semua. Oleh itu, penggunaan segenap adalah betul dalam ayat yang diberikan. Ayat yang betul ialah: Negara kita stabil dan aman ialah berkat daripada sikap segenap lapisan masyarakatnya yang toleransi. | Tatabahasa | 11.06.2012 |
Apakah perbezaan istilah 'tanah' dan 'tanih'? Adakah padanannya berbeza dalam bahasa Inggeris? | Tanah ialah lapisan bumi yang di atas sekali/ bahagian permukaan bumi/ negeri dll (sila rujuk kamus Dewan Edisi Keempat untuk makna kesluruhan). "Tanih" ialah lapisan tanah yang subur di bawah lapisan tanah yang di atas sekali. Istilah bahasa Inggeris yang merujuk "tanih" contohnya perkataan "desert soil = tanih gurun , "prairie soil = tanih prairie" | Makna | 18.06.2019 |
Saya merujuk kepada struktur mata manusia. Pada Kornea terdapat lapisan dikenali sebagai 'basement membrane'. Apakah terjemahan yang paling tepat bagi basement membrane. Ia merupakan suatu lapisan membran bukannya berada di bawah tanah (berdasarkan terjemahan basement). Bolehkan dicadangkan terjemahannya sebagai membran dasar? | Padanan basement membrane ialah membran dasar. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2017 |
Petroleum berasal dari / daripada lapisan mineral yang termendap di bawah tanah. Apakah kata sendi yg sesuai utk ayat di atas? Terima kasih. | Kata sendi yang sesuai ialah daripada. Petroleum berasal daripada lapisan mineral tang termendap di bawah tanah. | Tatabahasa | 30.05.2013 |
Adakah frasa di bawah ini betul atau lewah 1) Semua warga sekolah 2) Semua lapisan masyarakat | 1. Frasa yang betul ialah warga sekolah kerana warga telah menunjukkan jamak. 2. Frasa semua lapisan masyarakat betul. | Tatabahasa | 08.09.2015 |
KESAN KEKASARAN PERMUKAAN KE ATAS LAPISAN SEMPADAN PADA PLAT RATA. SOALAN SAYA : Adakah perkataan ke atas itu perlu dijarakkan atau tidak dan ejaan "plat rata" dari perkataan inggeris " Flat plate". Terima kasih. | Ayat yang betul - Kesan kekasaran permukaan pada lapisan sempadan plat rata. Padanan flat plate dalam bahasa Melayu ialah plat rata. | Tatabahasa | 15.06.2009 |
i.Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii.Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. munsyi, saya tidak ada jawaban untuk latihan kesalahan tatabahasa dan istilah, bolehkah tunjuk ajar daripada munsyi dewan? TK | i. Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii. Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. Penggunaan perkataan bergaris tidak sesuai dengan konteks ayat pertama. Perkataan bergaris dalam ayat kedua dibetulkan menjadi "kepada setiap lapisan" dan ayat ketiga tidak gramatis dari aspek pemilihan kata dan lihat juga ketepatan fakta dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.11.2014 |