| saya ingin bertanya macam mana kah cara nya bagi saya sebagai seorg pelajar ingin membuat laporan.maksud saya bagaimanakah harus saya memulakan ayat pendahuluan?terima kasih | Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Cara bagi saudari untuk memulakan ayat pendahuluan kebiasaannya bergantung kepada jenis laporan atau karangan yang dihasilkan. Namun begitu, bagi membantu, saudari boleh melayari laman web DBP dan klik pada Katalog Awam Dalam Talian. Taip pada carian dan insyaallah bahan yang diperlukan akan dipaparkan. Namun begitu, saudari juga boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi DBP dan mendapatkan maklumat berkaitan laporan. Bahan juga boleh diperoleh dengan membuat rujukan pada tajuk yang diberikan ini: Panduan Bahasa & Format Penulisan (Laporan Maimunah Hj. Omar) . Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 26.02.2007 |
| adakah peperiksaan awam malaysia harus di mansuhkan supaya di ganti dengan assignment atau sebagai nya supaya dapat melahirkan pelajar yang lebih berkualiti kerana peperiksaan awam sahaja tidak dapat melahirkan pelajar yang lebih bagus.dengan adanya kerja sebegini,mereka lebih memahami secara langsung daripada teori | Terima kasih kerana menggunakan khidmat KNDBP. Saudara disarankan memanfaatkan laporan/rencana yang disiarkan media cetak dan elektronik dan maklumat tambahan boleh didapati di mana-mana perpustakaan atau pusat dokumentasi melayu di DBP untuk membuat analisis bagi perkara ini. Pihak kami tidak membantu individu/kumpulan dalam penyediaan tesis/laporan. | Lain-lain | 03.05.2008 |