apakah ayat bahasa melayu yang tepat untuk 'on lattop' / 'lattop menyala dengan sendiri' /automatic on ? | Untuk makluman tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk on laptop dan automatic on. Walau bagaimanapun, istilah untuk laptop ialah komputer riba. Cadangan padanan bahasa Melayu ialah menghidupkan komputer riba dan dihidupkan secara automatik. Sila berikan maksud atau konsep sekiranya padanan yang dicadangkan tidak sesuai. | Istilah | 16.10.2012 |
Jika menjual komputer, mesin pencetak, aksesori pencetak, aksesori komputer, laptop, smartphone, tablet dan lain2 yang berkaitan dengan peralatan it adakah sesuai jika hanya menggunakan istilah "peralatan komputer dan elektronik" di dalam SSM. | Ayat "peralatan komputer dan elektronik" boleh merujuk barang berkenaan. | Tatabahasa | 17.09.2017 |
saya Dr Nagesvari, ingin bertanya tentang ekamus. Sya telah install ekamus semasa buat phd di USM dengan seorang kawan yang bernama Liza. Sekarang saya bertugas di UMK kelantan, dan laptop perlu di format balik. saya nak tanya, bagaimana cara untuk install balik ekamus selepas di format. | Untuk makluman, Khidmat Nasihat Bahasa hanya menjawab soalah berkaitan bahasa sahaja. Walau bagaimanapun, puan boleh cuba menghubungi Bahagian Sistem Maklumat DBP, kalau-kalau bahagian tersebut boleh membantu. Cuba hubungi talian ini: 03-21479373 | Lain-lain | 28.06.2016 |
Saya ingin bercakap mengenai penggunaan perkataan Bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat sehari-hari menggantikan perkaatan Bahasa Melayu yang agak/terlalu panjang terutamanya golongan remaja dan penduduk pusat bandar. Contohnya, 'call' ganti menelefon atau membuat panggilan, 'airport' kerana 'lapangan terbang' terlalu panjang, 'tie' ganti 'tali leher', 'shopping' untuk membeli-belah, 'game' untuk permainan (ini biasa), 'laptop' untuk komputer riba' dan banyak lagi. Sepatutnya diwujudkan perkataan yang lebih pendek dan mudah seperti mengambil perkataan yang sudah digunakan atau daripada bahasa lain. Saya mencadangkan contohnya 'keloi' daripada dialek Kedah untuk 'call', dan 'dasi/taler' untuk 'necktie' daripada B.Id atau yang arkaik. Terima kasih | Untuk makluman tuan/puan, perkataan yang dicadangkan memang terdapat dalam Kamus Dewan dan boleh digunakan oleh semua pengguna sama ada untuk tujuan rasmi atau tidak rasmi. Sungguhpun demikian, pihak kami tidak ada kuasa untuk memaksa pengguna supaya menggunakan perkataan tersebut, kecuali jika terdapat bahan/dokumen yang dihantar ke DBP untuk tujuan semakan kami. | Istilah | 22.04.2018 |