Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
laras
Kata Terbitan : selaras, menyelaraskan, penyelarasan, keselarasan, penyelaras,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Apa perbezaan antara laras bahasa dan gaya bahasa? 2)Berikan kategorinya dan contohnya sekali.Laras Bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya. Laras terdiri daripada pelbagai bidang seperti laras undang-undang, laras sejarah, laras kimia, laras sains, laras agama dan sebagainya. Contohnya ialah : Teknologi terbaharu "X" telah menghasilkan tilam yang sempurna. - Laras iklan- Menurut Kamus Dewan, Gaya bahasa pula ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri dalam pelbagai kategori seperti personifikasi, metafora, simile, aliterasi dan sebagainya. Contoh gaya bahasa ialah - Api pelita meliuk-lintuk apabila dihembus angin. (Gaya bahasa personifikasi)-iaitu sikap manusia (meliuk-lintuk) yang diberikan kepada benda tidak bernyawa. Gaya bahasa sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak.Lain-lain03.07.2006
1. Apakah yang di maksudkan dengan laras bahasa. 2. Kepentingannya? 3. Maksud laras bahasa ekonomi, iklan, kejuruteraan dan politik.Laras bahasa atau ragam bahasa merujuk variasi bahasa berdasarkan penggunaannya, contohnya laras bahasa klasik, laras bahasa istana, laras bahasa sains, laras bahasa ekonomi, laras bahasa iklan, laras bahasa politik dan sebagainya, serta bertujuan untuk memberi pengkhususan penggunaan kata mengikut bidang. Tatabahasa18.07.2008
APAKAH PERBEZAAN ANTARA LARAS KESUSASTERAAN DALAM PERUNDANGAN, PERDAGANGAN, EKONOMI DAN PERTANIAN?Saudari boleh merujuk buku berikut iaitu, 1. Laras Bahasa, 1995 oleh Kamaruddin Hj. Husin terbitan Utusan Publications 2. Laras Bahasa, 1989 oleh Nik Safiah Karim terbitan Nurin Enterprise 3. Laras Bahasa Ilmiah, 1995 oleh S. Nathesan terbitan DBP dan buku yang berkaitan dengan laras bahasa.Lain-lain20.08.2007
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pihak DBP. Saya ingin kemukakan soalan kepada pihak DBP. 1.Saya ingin megetahui pendapat tokoh tentang laras bahasa dan laras agama. 2.Saya ingin mengetahui perkembangan laras agama dalam bahasa melayu. 3.Saya juga ingin tahu sejarah kewujudan laras agama ini. Maklum balas daripada pihak DBP amatlah diharapkan.Laras bahasa atau ragam bahasa merujuk variasi bahasa berdasarkan penggunaannya, contohnya laras bahasa klasik, laras bahasa istana, laras bahasa sains, laras bahasa ekonomi, laras bahasa iklan, laras bahasa politik dan sebagainya, serta bertujuan memberikan pengkhususan penggunaan kata mengikut bidang. Berkenaan dengan laras agama, Saudara boleh melayari http://pustaxa.dbp.gov.my/pustaxa/ untuk mendapatkan maklumat tentang bahan bacaan yang berkenaan.Tatabahasa23.07.2014
maksud laras bahasa dari beberapa sumberLaras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa juga bergantung pada ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana yang digunakan. Contohnya laras bahasa doa berbeza dengan laras bahasa sukan. Laras turut dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta, tujuan dan ayat yang digunakan.

Puan boleh merujuk buku berikut iaitu, 1. Laras Bahasa, 1995 oleh Kamaruddin Hj. Husin terbitan Utusan Publications 2. Laras Bahasa, 1989 oleh Nik Safiah Karim terbitan Nurin Enterprise 3. Laras Bahasa Ilmiah, 1995 oleh S. Nathesan terbitan DBP dan buku yang berkaitan dengan laras bahasa.
Tatabahasa15.02.2015
1) Apa itu laras bahasa? 2) Jenis-jenis laras bahasa? 3) Contoh-contoh laras bahasaLaras bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya misalnya laras bahasa klasik, bahasa istana, bahasa sains, dan lain-lain atau disebut juga sebagai ragam bahasa.Makna27.05.2008
Salam 1 Malaysia. Apakah itu laras bahasa undang-undang dan laras bahasa teknikal ?? Saya betul-betul tak faham dan keliru dalam penggunaan tatabahasa. Dalam kontrak perjanjian, adakah laras bahasa di atas? Untuk perhatian pihak tuan, disini saya melampirkan contoh teks kontrak untuk diteliti dari segi penggunaan tatabahasa dan kosa kata termasuk huruf besar dan kecil. Segala pembetulan menggunakan bahasa Melayu yang sebenar amatlah diharapkan.

Puan Noor Zarina,

Laras atau ragam bahasa merupakan variasi bahasa yang digunakan dalam bidang khusus seperti perundangan, perubatan, teknikal dan sebagainya. Laras bahasa perundangan dan laras bahasa teknikal sudah tentu berbeza antara satu sama lain dari segi penggunaan kata, istilah dan susunan ayatnya.

Bahan yang dilampirkan untuk semakan bahasa akan dikirimkan melalui alamat e-mel puan sebaik saja siap disemak. Terima kasih. 

Lain-lain21.10.2010
Laras bahasa, konsep, jenis, ciri-ciri dan bentuknya.

Sila rujuk bahan ini :

1. Laras Bahasa Ilmiah oleh S. Nathesan terbitan DBP : 2008

1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">
    

2.Bahasa : konsep, fungsi dan penguasannya oleh penutur oleh Zulkifley Hamid trerbitan DBP : 1996

1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">
 1&Kata=Zulkifley Hamid">  

3.Ragam dan ciri bahasa oleh Media Indra Kasih . Majalah Dewan Bahasa. Julai 2003
Lain-lain09.02.2008
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai urutan perkataan yang betul pada satu ayat yang telah diterjemahkan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Contoh: XXX AdjustableSystem Urutan perkataan 1: Sistem Boleh Laras XXX Urutan perkataan 2: XXX Sistem Boleh Laras "XXX" merupakan nama produk. Sila berikan pendapat DBP tentang urutan perkataan yang betul. Terima kasih.Mengikut data kami, <i style="mso-bidi-font-style: normal;">adjustablei><i style="mso-bidi-font-style: normal;"> peg systemi> diberikan padanan ‘sistem pancang mudah laras’.  Tidak dijelaskan sama ada XXX nama produk merupakan sistem atau alat. Susunan yang dicadangkan sekiranya  XXX merujuk pada sistem ialah   <i style="mso-bidi-font-style: normal;">XXX:Sistem Mudah Laras.i>  Tatabahasa08.12.2014
Adakah padanan bagi "coming into force" dalam ayat di bawah ini betul dalam teks bahasa kebangsaan yang dipadankan dengan "mula berkuat kuasanya" atau adakah ayat yang sewajarnya adalah "permulaan kuat kuasa". 1. (1) This Act may be cited as the *Direct Sales and Anti-Pyramid Scheme Act 1993 and shall come into force [operation] on a date as the Minister may, by notification in the Gazette, appoint and different dates may be appointed for the coming into force of different provisions of this Act. 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan *Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi mula berkuat kuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.Kami mencadangkan "coming into force" diterjemahkan sebagai "mula berkuat kuasa". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Penyemakan dan penterjemahan30.07.2021
12345678910...

Kembali ke atas