1. Apakah yang di maksudkan dengan laras bahasa. 2. Kepentingannya? 3. Maksud laras bahasa ekonomi, iklan, kejuruteraan dan politik. | Laras bahasa atau ragam bahasa merujuk variasi bahasa berdasarkan penggunaannya, contohnya laras bahasa klasik, laras bahasa istana, laras bahasa sains, laras bahasa ekonomi, laras bahasa iklan, laras bahasa politik dan sebagainya, serta bertujuan untuk memberi pengkhususan penggunaan kata mengikut bidang. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
maksud laras bahasa dari beberapa sumber | Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa juga bergantung pada ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana yang digunakan. Contohnya laras bahasa doa berbeza dengan laras bahasa sukan. Laras turut dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta, tujuan dan ayat yang digunakan. Puan boleh merujuk buku berikut iaitu, 1. Laras Bahasa, 1995 oleh Kamaruddin Hj. Husin terbitan Utusan Publications 2. Laras Bahasa, 1989 oleh Nik Safiah Karim terbitan Nurin Enterprise 3. Laras Bahasa Ilmiah, 1995 oleh S. Nathesan terbitan DBP dan buku yang berkaitan dengan laras bahasa. | Tatabahasa | 15.02.2015 |
apa maksud laras bahasa?apa ciri-ciri laras bahasa?apa kegunaan laras bahasa?pentingkah seseorang mengetahui tentang laras bahasa dan ciri-cirinya? | Laras Bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya. Laras terdiri daripada pelbagai bidang seperti laras undang-undang, laras sejarah, laras kimia, laras sains, laras agama dan sebagainya. Contohnya ialah : Teknologi terbaharu "X" telah menghasilkan tilam yang sempurna. - Laras iklan- . Untuk jawapan yang lebih lanjut sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, muka surat 36. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 11.10.2006 |
SILA NYATA JENIS-JENIS LARAS BAHASA YANG TERDAPAT DALAM BAHASA MELAYU DAN NYATAKAN CIRI-CIRI LARAS TERSEBUT | Laras bahasa sering dikaitkan dengan sesuatu bidang yang ingin diperkatakan dan kesesuaiannya. Contohnya laras bahasa undang-undang berbeza dengan laras bahasa agama dan laras bahasa sains berbeza dengan laras bahasa sastera. | Tatabahasa | 15.02.2007 |
Apakah yang dimaksudkan dengan laras bahasa? Sila terangkan secara terperinci tentang laras bahasa klasik, media dan iklan. | iezs, laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan.Laras bahasa juga bergantung pada ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana yang digunakan. Contonhya laras bahasa sukan dengan laras bahasa agama. Maaf untuk menerangkan secara terperinci memang di luar bidang kami. Jadi rasanya lebih baik Sdr. cari buku-buku yang banyak memperkatakan tentang perkara ini. | Makna | 01.04.2007 |
apakah yang dimaksudkan dengan laras bahasa? | Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa juga bergantng pada ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana yang digunakan. Contohnya laras bahasa doa berbeza dengan laras bahasa sukan. Laras turut dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta, tujuan dan ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 23.01.2007 |
apakah yang dimaksudkan dengan laras-laras bahasa serta pembahagiannya dan contoh | Laras bahasa ialah ragam atau variasi bahasa yang digunakan dalam pelbagai bidang. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 10.09.2008 |
1) Apa itu laras bahasa? 2) Jenis-jenis laras bahasa? 3) Contoh-contoh laras bahasa | Laras bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya misalnya laras bahasa klasik, bahasa istana, bahasa sains, dan lain-lain atau disebut juga sebagai ragam bahasa. | Makna | 27.05.2008 |
APAKAH DEFINISI JENIS LARAS BAHASA POLITIK DAN JENIS LARAS BAHASA KEJURUTERAAN | Dalam Kamus Dewan laras ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya atau disebut juga ragam bahasa. Oleh itu, laras bahasa politik ialah ragam bahasa politik dan laras bahasa kejuruteraan ialah ragam bahasa kejuruteraan. | Makna | 19.07.2008 |
Saya ingin bertanya soalan. Apakah peranan DBP bagi menyelaraskan penggunaan laras bahasa sastera dengan laras bahasa sukan kerana sejak belakangan ini, terdapat segelintir penulis skrip yang sengaja mencampurkan kedua-dua laras bahasa tersebut dalam penyampaian mereka.Maklum balas daripada pihak tuan amat dihargai. | Salam Tuan, Untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara ini, tuan bolehlah menghubungi pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera di talian 03-21479232. Terima kasih. | Lain-lain | 27.08.2014 |