Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.rut] | لاروت

Definisi : 1. dibawa arus, makin bertambah (jarak, masa, dll), larat: ayahku telah bertambah ~ sakitnya, ibuku dr tadi menangis sahaja; 2. telah jauh (waktu dll), telah berlanjutan: saya berasa sejuk, barangkali hari sudah ~ malam; berlarut-larut berpanjang-panjang (perbual­an dll), melarat-larat: selepas itu perbahasan terus ~ hingga jauh malam; berlarutan berlanjutan (perbualan, sesuatu keadaan, dll), berpanjangan: pemogokan tujuh puluh lima orang pekerja tersebut ~ sehingga beberapa bulan; melarut-larutkan menjadikan sesuatu hal berlarut-larut, memanjang-manjangkan: per­kara itu dijadikan sbg satu isu utk ~ per­debatan; kelarutan perihal larut (waktu dll), kelewatan: ~ malam merangkak mengikut mestinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rut] | لاروت

Definisi : 1. menjadi cair (bkn gula dlm air dll), hancur: sebahagian besar drpd makanan yg dimakannya itu tidak ~ dlm air; 2. ki luput: akan hilang namanya dan nama keluarga­nya, semuanya ~ dlm nama suaminya; berlarut; ~ hati (fikiran) ki bersedih dgn amat sangat (perasaan hati yg hancur luluh); melarut menjadi hancur atau cair dlm air dll: garam ~ dlm air; melarutkan menghancurkan (spt gula dgn air dll), menjadikan cair: kadang-kadang benda-benda spt gula atau garam dapat dilarutkan dgn jalan memanaskannya; air yg ~ garam itu kemudiannya dipanaskan; terlarut telah atau dapat larut: nutrien yg ~ mengalir ke permukaan tanah dan dibawa ke tempat lain; kawasan ini mengandungi garam ~; keterlarutan perihal (keadaan atau sifat) boleh larut: ~ karbon monoksida di dlm air adalah sangat sedikit; larutan 1. benda yg sudah dicairkan, cairan; 2. (Kim) campuran sekata satu atau lebih bahan dlm pelarut: masukkan buli-buli jangka suhu itu ke dlm ~ garam yg sedang mendidih; ~ akueus larutan yg pelarutnya air; kelarutan perihal larut atau melarut: ~ sesuatu benda itu makin bertambah apabila suhunya ditinggikan lagi; pelarutan proses melarutkan; pelarut benda (biasanya cairan spt air dll) yg boleh melarutkan benda-benda yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rut] | لاروت

Definisi : sj tumbuhan, ararut, sagu belanda, Maranta arundinacea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rut] | لاروت

Definisi : 1 semakin lanjut atau jauh (bkn waktu dll): Hari sudah ~ malam, marilah kita tidur. 2 semakin bertambah (bkn jarak, penyakit dll): Penyakit emaknya semakin ~. berlarut-larut terus-menerus (ttg sesuatu keadaan, kejadian dsb); berlarat-larat; berpanjang-panjang: Perbualan mereka ~ sampai jauh malam. berlarutan berlanjutan atau berpanjangan (bkn perbualan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.rut] | لاروت

Definisi : hancur di dlm air (bkn gula, garam dll). melarut menjadi hancur di dlm air dll. melarutkan menghancurkan sesuatu (spt gula, garam) di dlm air dll. terlarut telah atau dpt larut: Zat yg ~ mengalir ke kawasan lain. larutan cairan yg di dlmnya terdapat bahan(-bahan) yg sudah larut; benda yg dilarutkan serta cairan yg melarutkannya: Daun akan berubah warna dlm ~ iodin. kelarutan keadaan larut atau melarut: ~ sesuatu bahan ditentukan oleh juzuk-juzuk unsurnya. keterlarutan keadan atau sifat dpt larut: ~ bahan itu sangat sedikit. pelarutan proses melarut atau melarutkan. pelarut benda (biasanya cecair) yg dpt melarutkan benda lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
larut (kata kerja)
Bersinonim dengan hancur, cair, meresap;,
Kata Terbitan : berlarut-larut, berlarutan, melarutkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan larut.. Gula dan garam larut di dalam air.. betulkah ayat ini? Adakah larut hanya boleh digunakan dengan kata nafi dan mesti menggunakan melarut di ayat di atas..Ayat tersebut betul kerana larut bermaksud hancur dan perkataan melarut juga betul dalam konteks ayat tersebut kerana melarut bermaksud menjadi hancur.Makna07.08.2012
Salam sejahtera, Soalan saya ialah I Gula dan garam larut di dalam air. Adakah ayat ini betul atau salah... Adakah larut ialah kata kerja tunggal.. Boleh kah mendapat senarai kata kerja tunggal BM? Terima kasih.Melihat kepada makna kata tersebut dalam Kamus Dewan, kedua-dua perkataan larut dan melarut betul dalam konteks ayat tersebut. Tidak banyak contoh kata kerja tunggal dalam buku Tatabahasa Dewan, antaranya ada, balik, datang, pulang, gagal dan hancur. Kebanyakan kata kerja tunggal bersifat tak transitif. Untuk maklumat lanjut, lihat halaman 150.Tatabahasa01.08.2012
Perasaan bimbang menyelubungi emak kerana abang masih belum pulang walaupun hari sudah larut malam. perkataan menyelubungi boleh diganti dengan menghantui? jika tidak apakah perkataan yang paling sesuai. terima kasihPerasaan bimbang menyelubungi emak kerana abang masih belum pulang walaupun hari sudah larut malam. Menghantui (bermaksud mengganggu fikiran) - boleh menggantikan menyelubungi.Tatabahasa01.08.2008
Salam, 1. Bagi perkataan yang selalunya hadir bersama-sama misalnya "larut malam", "luar biasa", "selamat malam", "zaman keemasan" itu dirujuk sebagai apa? kata atau frasa? Disebabkan contoh-contoh tersebut hanya terbentuk daripada dua patah perkataan sahaja, jadi bolehkah kesemua contoh di atas digolongkan sebagai frasa pendek? Sekian, terima kasih.Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat. Oleh itu, "larut malam", "luar biasa", "selamat malam" dan "zaman keemasan" ialah frasa.Tatabahasa05.09.2012
1. Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap berasa "berwas-was" untuk membuka pintu pada waktu larut malam. Bolehkah saya menggunakan "berwas-was" dalam ayat ini ? Adakah perkataan ini betul ? 2. Apakah maksud " berpancing" ? Boleh berikan ayat contoh. Terima kasih.

1. Waswas bermaksud (perasaan) sangsi, (perasaan) curiga, dan khuatir; oleh itu, ayat yang betul ialah "Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap was-was untuk membuka pintu pada waktu larut malam."

2. Tidak ada kata terbitan berpancing, yang ada memancing, pemancing, terpancing dan sebagainya. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna setiap perkataan tersebut dan contoh penggunaannya.

Tatabahasa01.04.2010
Kami menonton televisyen sehingga larut malam. sehingga atau hingga- mana yang betul'Sehingga' dan 'hingga' dalam contoh ayat tersebut boleh digunakan kerana kedua-duanya menunjukkan sampai ke atau had.Tatabahasa30.04.2008
Apakah maksud agam?Agam bermaksud 1. besar, tegap. 2. tidak ada akhir, larut. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Makna27.09.2008
Adakah penggunaan perkataan "kencang" dalam ayat di bawah sesuai atau tidak?Mohon penerangan yang lebih lanjut daripada pihak tuan sekiranya membuat ulasan. 1) Wanita itu merangkul bayinya dengan kencang agar tidak terjatuh ke lantai. 2) Salun kecantikan itu menawarkan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan memiliki kulit muka yang kencang. Adakah penggunaan perkataan "larut" dalam ayat di bawah sesuai atau tidak?Mohon penerangan yang lebih lanjut daripada pihak tuan sekiranya membuat ulasan. - Gula-gula itu larut kerana terdedah kepada cahaya matahari. Adakah kedua-dua ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur ayat?Jika ada mohon pihak tuan perbetulkan dan mengapa ayat tersebut salah(Jika ada). - Pesawat ringan yang para pemain naiki itu terhempas akibat cuaca buruk.Ayat pertama dan kedua betul dari segi  makna perkataan, tetapi lazimnya masyarakat tidak menggunakan perkataan "kencang" dalam ayat tersebut dan  tidak sesuai digunakan. Dalam ayat pertama perkataan "erat" lebih sesuai digunakan kerana perkataan "erat" digunakan secara lazim dalam kehidupan seharian. Manakala dalam ayat kedua pula, perkataan tegang lebih sesuai digunakan berbanding perkataan kencang.

Penggunaan perkataan larut tidak sesuai dalam ayat tersebut. Perkataan yang lebih tepat ialah cair. Ayat keempat adalah betul.
Tatabahasa02.07.2013
Kemusykilan: Ayat berbunyi - Hujan lebat telah turun lewat pagi semalam. Persoalannya: Apakah maksud LEWAT PAGI dalam konteks soalan tersebut? - manakah maksud yang yang sesuai: a. Tengahari b. Awal malam c. Awal pagiAntara maksud lewat ialah larut, walau bagaimanpun tidak ada maklumat yang tepat untuk lewat pagi dalam pangkalan data kami. Tengah hari ialah lebih kurang pukul 12 pada siang hari. Awal ialah permulaan, ini bermakna awal pagi dan awal malam ialah permulaan kedua-dua waktu tersebut.Makna19.10.2011
Bilakah tanda ; boleh digunakan? Apakah maksudnya?

Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila:

i.  Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. contohnya: Malam makin larut; kerja masih banyak.

ii. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanpun, malah, di samping itu, oleh itu, oleh yang demekian dan sebagainya.

iii. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat.

iv. Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, terutama jika bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma.

Tatabahasa27.06.2011
12

Kembali ke atas