Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. menjadi cair (bkn gula dlm air dll), hancur: sebahagian besar drpd makanan yg dimakannya itu tidak ~ dlm air; 2. ki luput: akan hilang namanya dan nama keluarga­nya, semuanya ~ dlm nama suaminya; berlarut; ~ hati (fikiran) ki bersedih dgn amat sangat (perasaan hati yg hancur luluh); melarut menjadi hancur atau cair dlm air dll: garam ~ dlm air; melarutkan menghancurkan (spt gula dgn air dll), menjadikan cair: kadang-kadang benda-benda spt gula atau garam dapat dilarutkan dgn jalan memanaskannya; air yg ~ garam itu kemudiannya dipanaskan; terlarut telah atau dapat larut: nutrien yg ~ mengalir ke permukaan tanah dan dibawa ke tempat lain; kawasan ini mengandungi garam ~; keterlarutan perihal (keadaan atau sifat) boleh larut: ~ karbon monoksida di dlm air adalah sangat sedikit; larutan 1. benda yg sudah dicairkan, cairan; 2. (Kim) campuran sekata satu atau lebih bahan dlm pelarut: masukkan buli-buli jangka suhu itu ke dlm ~ garam yg sedang mendidih; ~ akueus larutan yg pelarutnya air; kelarutan perihal larut atau melarut: ~ sesuatu benda itu makin bertambah apabila suhunya ditinggikan lagi; pelarutan proses melarutkan; pelarut benda (biasanya cairan spt air dll) yg boleh melarutkan benda-benda yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hancur di dlm air (bkn gula, garam dll). melarut menjadi hancur di dlm air dll. melarutkan menghancurkan sesuatu (spt gula, garam) di dlm air dll. terlarut telah atau dpt larut: Zat yg ~ mengalir ke kawasan lain. larutan cairan yg di dlmnya terdapat bahan(-bahan) yg sudah larut; benda yg dilarutkan serta cairan yg melarutkannya: Daun akan berubah warna dlm ~ iodin. kelarutan keadaan larut atau melarut: ~ sesuatu bahan ditentukan oleh juzuk-juzuk unsurnya. keterlarutan keadan atau sifat dpt larut: ~ bahan itu sangat sedikit. pelarutan proses melarut atau melarutkan. pelarut benda (biasanya cecair) yg dpt melarutkan benda lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
larut (kata kerja)
Bersinonim dengan hancur, cair, meresap;,
Kata Terbitan : berlarut-larut, berlarutan, melarutkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bilakah tanda ; boleh digunakan? Apakah maksudnya?

Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila:

i.  Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. contohnya: Malam makin larut; kerja masih banyak.

ii. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanpun, malah, di samping itu, oleh itu, oleh yang demekian dan sebagainya.

iii. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat.

iv. Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, terutama jika bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma.

Tatabahasa27.06.2011
apakah beza penggunaan : dan ; ? sebagai contoh, ....seperti berikut: atau seperti berikut;Tanda titik bertindih (:) berfungsi: i. memperkenalkan atau menambah keterangan, contohnya - Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas, ii. memisahkan subjudul daripada judul utama, contohnya - Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan, iii. menunjukkan nisbah, contohnya - 12:12:12. Tanda koma bertitik berfungsi (;) berfungsi: i. memisahkan dua atau beberapa klausa utama, contoh - Makin larut malam; kerja makin banyak, ii. memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung, contohnya - Seminar akan diadakan pada minggu hadapan; oleh yang demikian ... .Tatabahasa07.01.2011
Bagaimana menggunakan tanda titik koma dengan betul dalam ayat,bagaimana ingin membezakan tanda baca titik koma dengan tanda baca koma dalam ayat,mengapa tanda baca ini jarang digunakan dan sila nyatakan beberapa contoh ayat yang mengandungi tanda baca titik koma.

Dibetulkan istilah tanda baca, daripada 'titik koma' kepada 'koma bertitik'.

Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila:
(a)  memisahkan dua atau beberapa klausa dalam satu ayat. Contohnya: (i) Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. (ii) Malam makin larut; kerja masih banyak.
(b)  memisahkan klausa induk daripada klausa atau frasa yang bermula dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya. Contohnya: (i) Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik. (ii) Antara pendekatan yang boleh digunakan termasuklah pendekatan psikologi; pendekatan androgogi; dan pendekatan sinergogi.

(c)  memisahkan klausa yang bersiri yang berlainan maklumat dalam satu ayat yang lengkap. Contohnya: kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diminta bersabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.

Tanda koma (,) digunakan:

(a)   sebagai unsur pemisah.

(b)   sebagai unsur yang mengapit keterangan subjek, predikat atau objek. Contohnya: (i) Duit syiling itu jatuh, dan sebelum sempat dipungutnya, bergolek laju ke dalam lubang. (ii) Pagi tadi, sebelum datang ke sini, saya singgah sebentar di pejabat. (iii) Lima belas orang, termasuk dua orang wanita, telah menyertai bengkel itu.

(c)   mewujudkan ada perkataan yang telah dihilangkan. Contohnya: Saya mahu kopi. Dia, teh tarik.

Tanda koma bertitik jarang digunakan, mungkin disebabkan pengguna kurang faham.

Perbezaan penggunaannya tidak ketara, boleh menggunakan sama ada tanda koma atau koma bertitik untuk memisahkan beberapa klausa dalam ayat. Kecuali, jika dalam beberapa klausa ada penggunaan tanda koma.

Lain-lain04.03.2012

Kembali ke atas