saya ingin bertanya mengenai: 1. Ejaan sebenar bagi latarbelakang/latar belakang, kurang lebih / lebih kurang? 2. Dalam keadaan mana kita perlu gunakan perkataan baru dan perkataan baharu ? Terima kasih. | 1. latar belakang 2. lebih kurang 3. baharu/baru - new, baru- just sahaja. contoh, adik membeli baju baru/baharu. Dia baru sampai dari Kuala Lumpur | Tatabahasa | 25.07.2007 |
Salam, bagaimanakah kita membezakan penggunaan "mengatakan" dan "mengatakan bahawa" ? Adakah kedua-dua boleh digunakan, ialah perkataan "bahawa" telah digugurkan? contoh: (ayat bukan bersifat dialog) 1. Bab satu mengatakan bahawa latar belakang watak utama. / Bab satu mengatakan latar belakang watak utama. 2. Selepas mendengar hal ini, saya dapat mengatakan / mengatakan bahawa kamu sudah naik berang. 3. Jika kamu mengatakan / mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin. | Perkataan mengatakan membawa maksud memberitahukan atau menceritakan yang lazimnya digabungkan dengan kata bahawa dalam ayat pancangan komplemen, seperti ayat Dia mengatakan bahawa dia akan berangkat besok. Perkataan mengatakan juga boleh membawa maksud menyifatkan atau memisalkan, seperti dalam ayat Ali mengatakan Ahmad sebagai kambing kerana dia takut mandi. Ayat yang betul: 1. Bab satu mengatakan latar belakang watak utama; Selepas mendengar hal ini, saya dapat mengatakan bahawa kamu sudah naik berang; dan 3. Jika kamu mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin. | Tatabahasa | 10.11.2014 |
Assalamualaikum... Tuan, saya ingin bertanya berkaitan dengan latar belakang PRPM. 1. Bilakah PRPM mula dilancarkan? 2. Bolehklah saya simpulkan bahawa PRPM ialah salah satu e-kamus? Sekian, terima kasih | Pusar Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) merupakan kemudahan yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia untuk pengguna internet membuat rujukan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Enjin carian ini membolehkan pengguna mencari maklumat secara holistic yang merentasi semua pangkalan data DBP, Laman DBP dan Laman Bahasa dan Persuratan Melayu yang ditentukan oleh DBP. Untuk maklumat lanjut, e-melkan pertanyaan tuan kepada sulaiman@dbp.gov.my. | Lain-lain | 13.08.2014 |
1. Utk tajuk latar pentas, yang mana betul? Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Dengan Miros Atau Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Dengan Miros 2. Pihak yang mana perlu didahului dalam susunan ayat? Antara DBKL Dengan Miros atau Antara Miros dengan DBKL terima kasih | 1. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Miros" dan "Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Miros". Penggunaan "Majlis" sesuai digunakan sekiranya majlis tersebut khusus untuk hal tersebut. dan "Sesi" pula sekiranya majlis tersebut dibuat bersama-sama atau gabungan dalam satu majlis. 2. Berkenaan dengan pihak mana perlu didahului bergantung kepada pihak yang berperanan penting / tuan rumah yang menganjurkan majlis tersebut. | Lain-lain | 19.07.2017 |
1. dewan bahasa dan pustaka dibawah kementerian apa? 2. | Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya sdr. ingin mendapatkan latar belakang tentang penubuhan DBP, sdr boleh melayari laman web DBP: www.dbp.gov.my | Lain-lain | 15.02.2008 |
Ayat berikut betul atau salah dan jika salah mohon penjelasan. 1.Harap dapat makluman awal tentang latar belakang tempat itu. 2.Beberapa orang ahli pasukan pengakap telah berjaya dalam ekspedisi kembara. | Kedua-dua ayat yang dinyatakan betul. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
1. Dato Lee Chong Wei atau Datuk Lee Chong Wei? 2. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang atau di Perak? | YBhg. Datuk Lee Chong Wei. Untuk maklumat peribadi beliau sila semak melalui akhbar atau majalah yang menyiarkan tentang latar belakangnya. | Tatabahasa | 23.08.2016 |
1) Sesungguhnya, dasar dan sistem pendidikan dapat dianggap sebagai satu daripada alat terpenting dan berkesan untuk menyemai dan memupuk semangat kebangsaan dan kecintaan terhadap bangsa dan negara, "membina" jati diri dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid daripada pelbagai latar belakang kaum, agama dan budaya di negara ini. 2)Bahasa Melayu telah membuktikan keupayaan dan kejayaannya sebagai wahana untuk "membina" kehidupan nasional dan negara yang moden dan maju. 3)Dalam zaman pembinaan negara, misi raksasa pemimpin dan rakyat adalah untuk mendaulatkan bahasa Melayu dan "membinanya" sebagai bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa persekolahan dan bahasa budaya tinggi yang mampu mendukung pengucapan struktur pemikiran moden dan canggih, selain sebagai bahasa supraetnik yang mengatasi garis ras untuk menyatukan pelbagai kaum di negara ini. adakah membina merupakan kata kerja transitif aktif dalam ketiga-tiga ayat di atas? | Perkataan membina dalam ketiga-tiga ayat tersebut ialah kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 157. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
MIMOS sedang membangunkan sebuah projek untuk mengurangkan jurang digital bandar dan luar bandar. Mohon pihak DBP untuk terjemahkan ayat dibawah dalam penggunaan ICT BI- BM 1.Setting 2.Info channel 3.Soft phone | Setting = latar; Info Channel = saluran maklumat; Soft Phone = fon maya. | Makna | 25.02.2008 |
SIAPAKAH DATO' IBRAHIM AHMAD BAJUNID? SAYA MEMERLUKAN MAKLUMAT LATAR BELAKANG BELIAU. BAGAIMANAKAH UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG FUNGSI BAHASA RASMI? | Untuk soalan pertama : Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid Dean, Faculty of Humanities & Social Sciences UNITAR dan boleh melayari laman web unitar untuk maklumat selanjutnya manakala soalan kedua sila rujuk bahan ini : 1. Dasar dan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasakebangsaan oleh Ainon Muhammad Dewan Bahasa 01/02/1985 2. Bahasa Melayu tetap bahasa rasmi oleh Armin Azhari Saleh Pelita Bahasa 01/08/1999 3. Agenda bahasa Melayu dalam wawasan 2020: pemantapan bahasa rasmi oleh Ismail Dahaman Jurnal Dewan Bahasa 01/10/1994 | Lain-lain | 09.09.2007 |