"Latihan Dalam Perkhidmatan" atau "Latihan dalam Perkhidmatan" yang mana lebih tepat. Adakah perlu dibesarkan setiap huruf hadapan atau tidak. terima kasih | Sebagai kata nama khas seperti nama kursus "Latihan dalam Perkhidmatan". Huruf pertama sahaja ditulis dengan huruf besar, kecuali kata sendi nama. | Tatabahasa | 01.06.2015 |
selamat sejahtera. 1. menjalankan latihan dan menjalani latihan yang mana betul? terima kasih. | Frasa yang betul ialah menjalani latihan. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
“Latihan ko-kurikulum pada hari Sabtu juga di atas permintaan mereka sendiri. Sebagai pengetua, saya cuma mengusulkan bayaran saguhati KEPADA/DARIPADA pihak PIBG agar guru-guru ini menerima sedikit sumbangan atas pengorbanan masa mereka meninggalkan keluarga di rumah pada hari-hari cuti. Kepada atau daripada? | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud Kepada ialah kata sendi nama yang menyatakan sasaran manakala daripada pula kata sendi nama untuk menerangkan asal (sumber, bahan dan lain-lain) sesuatu benda. Maka yang paling sesuai ialah DARIPADA | Tatabahasa | 07.12.2016 |
maksud latihan | Antara makna latihan ialah pelajaran atau didikan utk memahirkan (membiasakan), ajaran yg diterima. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 19.10.2009 |
Ayat yang manakah betul? a) Ali menampal nota itu di dalam buku latihan. b) Ali menampal nota itu dalam buku latihan. c) Ali menampal nota itu pada buku latihan. | b) Ali menampal nota itu dalam buku latihan. | Tatabahasa | 21.08.2014 |
selamat sejahtera, Apakah maksud perkataan 'Doktrin Latihan' | Maksud Doktrin Latihan tidak ada dalam sumber rujukan DBP, apa yang ada ialah doktrin bermaksud Pegangan atau fahaman atau ajaran berkenaan sesuatu kepercayaan, prinsip, agama atau ilmu pengetahuan yang diamalkan untuk satu tujuan. | Makna | 24.06.2008 |
salam sejahtera. Yang manakah betul? Guru BM memberikan 'latihan pemahaman' ATAU ' latihan kefahaman ' kepada murid. Harap dapat beri sedikit ulasan. terima kasih. | Pemahaman ialah perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap. Manakala kefahaman pula ialah 1. hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu: Setelah dibuat penilaian, barulah diketahui tahap ~ muridnya. 2. sesuatu yg difahamkan: ujian ~. Kedua-duanya boleh digunakan, iaitu ujian pemahaman dan ujian kefahaman yang bermaksud perihal memahami atau apa dan sejauh mana sesuatu itu difahami. | Tatabahasa | 12.09.2012 |
Untuk makluman, Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) atau dalam Bahasa Inggerisnya Maritime Training Institute (MATRAIN) adalah sebuah insitut latihan di bawah Jabatan Laut Malaysia (JLM). Dalam hal ini, JLM berhasrat untuk menggunapakai nama Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) memandangkan institut ini telah dikenali di peringkat antarabangsa sebagai ASEAN Regional Training Centre. Sebagai tambahan penggunaan nama MATRAIN adalah lebih menarik (catchy) dan ianya sebagai salah satu usaha untuk menjenamakan semula institut ini. Sejajar di atas, kerjasama dan bantuan tuan adalah dipohon untuk memberi pengesahan berhubung perkara ini sama ada penggunaan nama Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) boleh digunapakai atau sebaliknya. Perhatian dan maklum balas segera tuan berhubung perkara ini amat dihargai. | Kami cadangkan kekalkan nama yang telah mantap Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) dan untuk tujuan antarabangsa boleh menggunakan dalam bahasa Inggeris Maritime Training Instute (MATRAIN) | Lain-lain | 08.07.2019 |
Latihan itu akan diadakan dari masa ke semasa | Yang betul ialah latihan itu akan diadakan dari masa ke masa atau latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. | Tatabahasa | 20.11.2011 |
Salam sejahtera, 1.Ayat aktif: Cikgu Tan menyemak buku latihan murid-muridnya. Ayat pasif: Buku latihan murid-muridnya disemak oleh Cikgu Tan. /Buku latihan murid-murid Cikgu Tan disemak olehnya. (Ganti Ganti Nama Diri Ketiga -nya perlu ditukar kepada Cikgu Tan?) 2. i)Kami dengan nenek selalu saling membantu. ii) Kami selalu saling membantu dengan jiran. (ayat i dan ii merupakan susunan perkataan untuk membetuk ayat yang betul yang dibuat oleh seorang guru. Beliau menyatakan ayat ii betul tetapi saya berpendapat ayat i betul.Sebenarnya yang mana satu betul) Sekian, terima kasih. | 1. Ayat pasif yang betul ialah "Buku latihan murid-muridnya disemak oleh Cikgu Tan." 2. Ayat yang betul ialah "Kami dengan nenek saling membantu." dan "Kami selalu membantu jiran." | Tatabahasa | 02.03.2020 |