Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata latihan;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat sejahtera. 1. menjalankan latihan dan menjalani latihan yang mana betul? terima kasih.Frasa yang betul ialah menjalani latihan.Tatabahasa17.07.2012
maksud latihanAntara makna latihan ialah pelajaran atau didikan utk memahirkan (membiasakan), ajaran yg diterima. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna19.10.2009
selamat sejahtera, Apakah maksud perkataan 'Doktrin Latihan'Maksud Doktrin Latihan tidak ada dalam sumber rujukan DBP, apa yang ada ialah doktrin bermaksud Pegangan atau fahaman atau ajaran berkenaan sesuatu kepercayaan, prinsip, agama atau ilmu pengetahuan yang diamalkan untuk satu tujuan.Makna24.06.2008
salam sejahtera. Yang manakah betul? Guru BM memberikan 'latihan pemahaman' ATAU ' latihan kefahaman ' kepada murid. Harap dapat beri sedikit ulasan. terima kasih.Pemahaman ialah perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap.
Manakala kefahaman pula ialah 1. hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu: Setelah dibuat penilaian, barulah diketahui tahap ~ muridnya. 2. sesuatu yg difahamkan: ujian ~. 

Kedua-duanya boleh digunakan, iaitu ujian pemahaman dan ujian kefahaman yang bermaksud perihal memahami atau apa dan sejauh mana sesuatu itu difahami.
Tatabahasa12.09.2012
Latihan itu akan diadakan dari masa ke semasaYang betul ialah latihan itu akan diadakan dari masa ke masa atau latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa.Tatabahasa20.11.2011
Sebilangan daripada peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Munsyi, saya kekeliruan mengapakah jawaban yang diberikan daripada adalah salah? TKDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Oleh itu, perkataan yang sesuai selepas sebilangan ialah kecil atau besar (Sebilangan kecil atau sebilangan besar). Ayat yang betul ialah Sebilangan besar (atau Sebilangan kecil) peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan atau Sebilangan peserta Program Khidmat Latihan Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Tatabahasa08.04.2012
Sebilangan daripada peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Munsyi, saya kekeliruan mengapakah jawaban yang diberikan daripada adalah salah? TK munsyi sesetengah peserta atau sesetengah daripada peserta? Munsyi, bilakah daripada digunakan bersama dengan kata bilangan? TKDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Oleh itu, perkataan yang sesuai selepas sebilangan ialah kecil atau besar (Sebilangan kecil atau sebilangan besar). Ayat yang betul ialah Sebilangan besar (atau Sebilangan kecil) peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan atau Sebilangan peserta Program Khidmat Latihan Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Frasa yang betul ialah sesetengah peserta atau setengah-setengah peserta. Sesetengah atau setengah-setengah bermaksud beberapa (orang dan lain-lain),  Setengah bermaksud separuh  atau seperdua.Tatabahasa09.04.2012
saya mahu membuat surat rasmi penangguhan latihan industri dan akan menyambung kembali latihan industri pada suatu masa akan datang tetapi tidak tahu tajuk yang sesuai.Tajuk yang sesuai ialah Penangguhan Latihan Industri.Lain-lain06.05.2010
apa perbezaan latih tubi dengan latihan?Latih tubi ialah latihan/ajaran/tunjuk ajar yang diulang-ulangi untuk menjadikan orang yang diajar atau dibimbing itu benar-benar mahir. Ini bermakna latih tubi adalah sebahagian daripada bentuk latihan yang dilaksanakan.Makna01.10.2011
Apakah perbezaan antara cikgu dengan guru? Kalau mengikut pandangan saya, cikgu ialah kata panggilan. cth: a) Latihan itu diberi oleh gurunya. b) Latihan itu diberi oleh cikgunya. kedua-dua ayat betul?Cikgu ialah panggilan kepada guru seperti Cikgu Sarimah. Ayat yang gramatis ialah Latihan itu diberi oleh gurunya atau Latihan itu diberi oleh Cikgu Sarimah.Tatabahasa29.07.2012
12345678910...

Kembali ke atas