1.Ibu membeli makanan laut di pasar . 2.Ibu membeli hidupan laut di pasar. Apakah yang kita panggil jika ikan,udang yang belum dimasak ? makanan laut atau hidupan laut ? | Makanan laut ialah makanan atau hidangan yang bahan utamanya ialah hidupan laut seperti ikan, udang dan sotong. Oleh itu, yang belum dimasak itulah hidupan laut.
| Tatabahasa | 27.09.2010 |
Julie Hi Hello Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, please advise which is correct? Cerakinkan. buaya = (bu) (a) (ya) or (bua) (ya)? beruang = (be) (ruang) or (be) (ru) (ang)? Januari = (Ja) (nua) (ri) or (Ja) (nu) (a) (ri)? laut = (laut) or (la) (ut)? kuih = (kuih) or (ku) (ih)? radio = (ra) (dio) or (ra) (di) (o)? Thank you. | Sila terangkan makna “cerakinkan” yang diperlukan. Sekiranya “cerakinkan” bermaksud sebutan, berdasarkan buku Daftar kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP,2004, berikut jawapan yang diperlukan: 1. Buaya [bua.ya] 2. Beruang [be.ruang] 3. Januari [ja.nua.ri] 4. Laut [laut] 5. Kuih [ kuih] 6. Radio [ra.dio] Perlu dingatkan bahawa, sebutan berbeza daripada pemisahan suku kata. | Tatabahasa | 28.04.2014 |
Yang betul? Di dalam laut/dalam laut? | Frasa yang betul ialah di dalam laut. | Tatabahasa | 26.08.2014 |
Ramli berenang (di dalam laut / di laut )? | Ramli berenang di laut. | Tatabahasa | 11.05.2012 |
Ahmad dan kawannya sedang bertanding renang di dalam laut. Adakah ayat ini betul? bertanding renang boleh diterima? di laut atau di dalam laut? | Ayat yang sesuai ialah Ahmad dan kawannya sedang berlumba renang di laut. (Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, iaitu tempat berenang; manakala di dalam adalah betul apabila merujuk perbuatan menyelam yang dilakukan di dalam laut) | Lain-lain | 30.08.2015 |
jangan abil kuah kari itu sampai melaut dalam pinggan nasi kamu. ayat ini melaut salah digunakan? melaut=seperti laut. kalau salah, bagaimana betulkan ayat ini? TQ | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, melaut bermaksud 1. seperti laut, luas seperti laut 2. turun ke laut (untuk belayar dan lain-lain). Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan melaut memang tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Perkataan melaut boleh digantikan dengan perkataan penuh. (jangan ambil kuah kari itu sampai penuh dalam pinggan nasi kamu.) | Tatabahasa | 19.09.2011 |
Apakah ejaan sebenar bagi tebusguna tanah laut atau tebus guna laut? | Dalam Kamus Bahasa Melayu, menebus guna bererti menukar (gurun, paya, dll) menjadi tanah yg sesuai utk tanaman, bangunan, dsb; Oleh itu, istilah yang betul ialah tebus guna laut. | Istilah | 24.04.2011 |
laut mana tidak bergelora | Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. | Lain-lain | 07.04.2017 |
Salam, Apakah definisi untuk 'kapal laut'?saya cuba mencari maknanya di dalam Kamus Dewan tetapi tidak jumpa dalam entri 'kapal'. Selain itu, saya juga ingin bertanya, adakah bentuk dan fungsi kapal laut sama seperti kapal pesiaran seperti Star Cruise dan sebagainya?Terima kasih. | Salam, Apakah definisi untuk 'kapal laut'?saya cuba mencari maknanya di dalam Kamus Dewan tetapi tidak jumpa dalam entri 'kapal'. Selain itu, saya juga ingin bertanya, adakah bentuk dan fungsi kapal laut sama seperti kapal pesiaran seperti Star Cruise dan sebagainya?Terima kasih. Dalam bidang Geografi - Kapal laut yang menggunakan tenaga wap. Makna dalam kamus pula, Laut -bahtera atau perahu besar yang ada geladak (biasanya digerakkan oleh jentera); laut pula air masin yg menggenangi sebahagian besar drpd muka bumi. Maka secara harfiahnya, 'kapal laut' ialah bahtera atau perahu besar yang ada geladak (biasanya digerakkan oleh jentera) yang digunakan di laut masin. | Istilah | 28.05.2013 |
Orang Selat ialah satu suku Orang Laut. Adakah Orang Selat dan Orang Laut perlu huruf besar sebagai Kata Nama Khas | Jika ungkapan itu digunakan secara umum ia ditulis sebagai orang laut dan orang selat, tetapi apabila digunakan untuk penulisan secara khusus ialah orang Selat dan orang Laut. | Lain-lain | 05.09.2017 |