| Dalam Kamus Dewan Perdana. hlm 796 terdapat entri ini ia, kata ganti nama diri ketiga; dia: Hari ini ia tidak datang ke pejabat. Lava yang berapi itu mengalir perlahan-lahan dan akhirnya ia berhenti Bukankah ia itu sepatutnya KGN merujuk kepada binatang mengapa KDP menyatakan sebaliknya dan menggunakan ia sebagai kata pembenda? Begitu dengan ianya, bukanlah penggunaan itu sepatutnya salah? Mohon pencerahan. | Untuk makluman puan, Kamus Dewan Perdana (KDP) ialah kamus umum ekabahasa yang menyasarkan penutur jati bahasa Melayu dan bukan penutur jati yang mahir dalam bahasa Melayu. Fungsi kamus ini adalah untuk merakamkan kosa kata dalam bahasa Melayu yang digunakan oleh pengguna bahasa Melayu. Oleh sebab itu, kata ia dan ianya dirakamkan dalam KDP dan diberikan takrif berdasarkan penggunaan sebenar. Maklumat ini ada dinyatakan pada Kata Pengantar dan Pendahuluan dalam KDP. Perlu difahami juga bahawa KDP tidak berfungsi sebagai pedoman tatabahasa. Hal yang berkaitan dengan sistem bahasa Melayu seperti tatabahasa perlu merujuk Tatabahasa Dewan. Sekian. | Makna | 06.05.2026 |
| Apakah perbezaan dia dan ia ? | “Dia” dan “ia” ialah kata ganti nama diri orang ketiga bagi lelaki dan perempuan. Perbezaannya, “ia” juga kata ganti nama bukan manusia. Contoh ayat: 1. Hari ini ia tidak datang ke pejabat. 2. Lava yang berapi itu mengalir perlahan-lahan dan akhirnya ia berhenti. 3. Ia suatu perkara yang baik buat kami. | Tatabahasa | 09.08.2022 |