apakah lawan bagi perkataan "lazat"? dalam kamus dewan edisi baharu tidak dinyatakan lawan kata tersebut..cuma banyak makna sahaja di sebut | Kamus mengandungi keterangan makna perkataan dan kata terbitan daripada kata dasar. Tidak semua aspek bahasa atau tatabahasa ada dalam kamus termasuklah kata lawan dan tidak semua kata ada kata lawan seperti tidur lawan jaga dan manis lawan masam. Tidak ada satu perkataan yang tepat yang boleh menjadi lawan kata lazat. | Tatabahasa | 27.07.2011 |
Salam.Saya memerlukan jawapan untuk persoalan kata lawan. Adakah perkataan "tolong" mempunyai kata lawan? Harap mendapat respon daripada pihak DBP | Tidak ada maklumat yang diperlukan dalam pangkalan data kami. Untuk makluman saudara tidak semua perkataan mempunyai kata lawan. | Tatabahasa | 21.07.2011 |
kata lawan | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendapatkan maklumat tersebut. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 17.04.2010 |
kata lawan teori | Kata yang berlawanan dengan teori ialah praktikal. Praktikal bermaksud melibatkan atau berkaitan dgn pengalaman atau penggunaan sebenar, bukan teoretikal. | Makna | 03.05.2007 |
apakah kata lawan bagi tegas? | Untuk makluman saudara, dalam bahasa Melayu, tidak semua perkataan ada lawannya. | Istilah | 14.02.2010 |
Apakah lawan kata bagi 'labuh'? | Kata lawan bagi labuh ialah singkat. | Tatabahasa | 28.06.2011 |
apakah perkataan berlawan bagi 'Sedap' | Tidak semua kata ada kata lawan yang menjurus terus kepada pertentangan makna antara kedua kata tersebut seperti baik lawannya jahat dan hitam lawannya putih. Berdasarkan sumber kami tidak ada lawan bagi kata sedap atau lazat. Sedap atau lazat lazimnya ditafsirkan sebagai secukup rasa, ada manis, masin dan sebagainya, berkemungkinan kata lawan yang paling hampir ialah lawan bagi rasa yang ada dalam makna lazat tersebut. | Tatabahasa | 19.08.2010 |
Apa kata lawan bagi perkataan 'fitrah' (tabiat, sifat semulajadi). Sekian, terima kasih. | Fitrah bermaksud tabii, iaitu mengikut sifat (keadaan, pembawaan dll) yang asli atau yang semula jadi. Dalam sumber rujukan kami tidak ada satu perkataan khusus yang menjadi kata lawan bagi kata fitrah, kata lawan yang berdekatan dengan maksud fitrah ialah sifat yang terhasil melalui rekaan, ciptaan, lakonan dan sebagainya. | Tatabahasa | 08.12.2010 |
kata lawan bagi selesa | Salam saudari Nora, Lawan bagi perkataan selesa ialah RIMAS | Makna | 17.09.2012 |
boleh saya tahu apa antinom kata LAZAT. Terima kasih. | Tidak semua kata ada kata lawan yang menjurus terus kepada pertentangan makna antara kedua kata tersebut seperti baik lawannya jahat dan hitam lawannya putih. Berdasarkan sumber kami tidak ada lawan bagi kata sedap atau lazat. Sedap atau lazat lazimnya ditafsirkan sebagai secukup rasa, ada manis, masin dan sebagainya, berkemungkinan kata lawan yang paling hampir ialah lawan bagi rasa yang ada dalam makna lazat tersebut. | Tatabahasa | 19.08.2010 |