ayat 1 : Ali bermian layang-layang dengan gembira di padang. ayat 2 : Ali bermain layang-layang di padang dengan gembira. Ayat 1 atau ayat 2 yang betul ? Terima kasih. | Ayat "Ali bermain layang-layang dengan gembira di padang." dan "Ali bermain layang-layang di padang dengan gembira." adalah betul. | Tatabahasa | 17.05.2013 |
Tali layang-layang atau benang layang-layang? Adakah penggunaan tali dan benang betul dalam ayat tersebut? | Saudara, Perkataan yang digunakan ialah tali layang-layang. | Lain-lain | 16.09.2010 |
Bolehkah menggunakan perkataan seperti 'melepaskan layang-layang'? Perkataan mana yang paling sesuai utk menggambarkan situasi melayangkan layang-layang itu? | dalam konteks di atas perkataan 'menerbangkan layang-layang' adalah lebih sesuai. | Tatabahasa | 03.08.2007 |
apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk layang-layang? | Sebuah layang- layang. | Tatabahasa | 02.06.2010 |
Penjodoh bilangan bagi layang-layang atau wau | Sebuah wau atau layang-layang. | Tatabahasa | 22.02.2007 |
Adakah ayat ini betul? Ayah menunjuk ajar saya bermain layang-layang. | Ayat yang lebih gramatis ialah "Ayah mengajar saya bermain layang-layang." | Tatabahasa | 15.11.2013 |
Salam hormat, 1. Kertas itu kita boleh jadikan layang-layang. Adakah ayat di atas betul.Harap dapat berikan penjelasan. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah 'Kertas itu boleh kita jadikan layang-layang.' 'Boleh' ialah kata keterangan yang hadir selepas kata kerja atau selepas objek. | Tatabahasa | 06.04.2011 |
Salam. Minta jasa baik pihak tuan mengenai penjodoh bilangan layang-layang yang tepat. Anak murid saya bertanya dan saya terpaksa tangguhkan jawapannya. Terima kasih.. | Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuah layang-layang. Buah ialah penjodoh bilangan bagi benda yang tidak tentu bentuknya. | Tatabahasa | 10.11.2010 |
Apakah kaedah tulisan yang sesuai bagi NAMA KHAS yang mempunyai tanda sempang dalam bahasa Melayu yang hendak ditulis dalam bahasa Inggeris? (Contoh: Pulau Layang-Layang --> Adakah perlu ditulis Pulau Layang Layang; atau dikekalkan tanda sempang? | Nama Khas dalam bahasa Melayu hendaklah dikekalkan bentuknya jika ditulis dalam bahasa Inggeris, termasuk mengekalkan tanda sempang. | Lain-lain | 17.10.2006 |
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah? -Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ______ apabila ditiup angin. A. terpontang-panting B. melambai-lambai 2) Apakah jawapan yang paling TEPAT bagi soalan berdasarkan gambar di bawah? | 1) Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ______ apabila ditiup angin. B. melambai-lambai 2) Apakah jawapan yang paling TEPAT bagi soalan berdasarkan gambar di bawah? Jawapan yang tepat ialah melayur. | Tatabahasa | 09.09.2013 |