Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : biasanya, selalunya, umumnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lazimnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Lazimnya orang menggunakan perkataan "bersama" dengan maksud "bersetubuh". Soalan 1: Adakah penggunaannya betul? Salah faham boleh berlaku contohnya apabila seseorang menulis "Sudah setahun saya tidak bersama suami" padahal yang dimaksudkannya ialah dia dan suami duduk berasingan selama setahun. Jika penggunaan perkataan "bersama" dengan maksud "bersetubuh" adalah betul, soalan 2: Manakah yang lebih tepat, "bersama suami" ataupun "bersama dengan suami"? Terima kasihMerujuk kepada Kamus Dewan, bersama ditakrifkan sebagai berserta, bergandingan dengan atau serentak dengan. Merujuk kepada contoh konteks ayat yang diberikan oleh saudara ini, bersama yang dimaksudkan lebih merujuk kepada proses peluaasan makna. Manakala contoh 2 yang dikemukakan oleh saudara, ayat yang lebih sesuai digunakan ialah "bersama dengan suami".Lain-lain02.10.2007
salam, lazimnya perkataan "taksub" lebih dikenali daripada perkataan "taasub" (dalam Kamus Dewan ejaan "taasub"). Saya keliru, antara dua perkataan tersebut yang manakah lebih baik digunakan dalam teks?Penggunaan kata yang betul taasub seperti entri yang terdapat dalam Kamus Dewan. Penyerapan perkataan Arab yang mempunyai bentuk visual yang hampir sama dengan taasub ialah taaruf dan taakul.Tatabahasa26.03.2012
" tidak ketinggalan" lazimnya diggunakan dalam penulisan? apakah maksud sebenarnya? adakah " tidak ketinggalan" seerti dengan selain itu?Dalam Kamus Dewan tidak ketinggalan bermaksud tidak mahu terkebelakang atau tidak lalai. Walau bagaimanpun "tidak ketinggalan" lazimnya diungkapkan bagi maksud "tidak terkecuali" atau "turut". Oleh itu, dalam penggunaan harian lebih-lebih lagi dalam situasi rasmi gunakanlah perkataan "turut" yang lebih difashami maknanya oleh khalayak. Tatabahasa10.07.2011
Ayat A - Pihak kami tidak lagi akan mengedar borang pendaftaran seperti lazimnya. Ayat B - Pihak kami tidak lagi akan mengedar borang pendaftaran seperti lazim. Ayat C - Pihak kami tidak lagi akan mengedar borang pendaftaran seperti kelazimannya. Soalan - Ayat mana yang betul?

Ayat yang betul ialah Pihak kami tidak lagi akan mengedar borang pendaftaran seperti lazimnya.

 

Tatabahasa16.12.2010
Apakah perbezaan antara 'kecacatan bangunan' dan "kerosakan bangunan' yang lazimnya digunakan dalam istilah kejuruteraan?Kecacatan bangunan bermaksud keadaan bangunan yang tidak sempurna, manakala kerosakan bangunan bermaksud keadaan bangunan sudah tidak baik atau tidak sempurna lagi; sudah binasa atau pecah-pecah. Dalam bahasa yang mudah difahami kerosakan bangunan memungkinkan bangunan tidak boleh digunakan, manakala kecacatan bangunan hanya menyebabkan keadaan tidak sempurna tetapi masih boleh digunakan. Bidang pembinaan juga menerima konsep tersebut kerana itulah lazimnya istilah 'kecacatan bangunan' digunakan.Istilah04.03.2012
Apakah perbezaan "bukan sahaja...malahan" dan "bukan sahaja... tetapi juga" ? Terima kasih..

Frasa "bukan sahaja" dan "malahan" dalam satu ayat lazimnya digunakan dalam ayat yang menandakan ada pertambahan sifat/keadaan daripada kenyataan yang pertama. Frasa "bukan sahaja" dan "tetapi" dalam satu ayat lazimnya digunakan apabila terdapat perbezaan hal/keadaan daripada kenyataan yang pertama.

Tatabahasa18.05.2011
Harap Admin dapat berikan penjelasan ttg penggunaan kata 'mencolok mata' dan 'menjolok mata' Lazimnya 'menjolok mata' sering digunakan namun berdasaskan kamus dewan, 'mencolok mata' adalah yg lebih tepat digunakan. Contoh penggunaan:- Kakitangan kerajaan khususnya wanita dilarsng memakai pakaian yang mencolok mata semasa bekerja di pejabat. (1) Dalam Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). (2) Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya).Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.Tatabahasa25.01.2013
KGND I 'aku' lazimnya digunakan kepada rakan. KGND I itu agak kasar tetapi bersifat mesra. Kenapakah 'aku' digunakan untuk Tuhan? Apakah hujahnya? Tolong jelaskan penggunaan kata 'sang' dan 'si' dengan terperinci?Aku, kata ganti nama diri pertama yang selalu digunakan dalam perhubungan yang akrab antara sesama kawan dan begitu juga antara manusia dengan tuhan. Oleh itu, aku sebagai laras bahasa yang sering digunakan dalam doa untuk merujuk keakraban antara manusia dengan pencipta-Nya. Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain, seperti: Sang Arjuna; dan Sang kancil. Si ialah kata sandang yang digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, seperti Si Bongsu dan Si Ahmad.Tatabahasa11.11.2010
Nyah engkau dari sini …! Ayat ini menggunakan elipsis sebelum tanda seru untuk menunjukkan penegasan, kepanjangan atau gema. Adakah DBP menerima gaya ini?Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Nyah engkau dari sini!". Penggunaan elipsis lazimnya digunakan dalam ayat penyata bagi menyebut sebahagian sahaja daripada petikan, manakala ayat seru lazimnya tidak panjang (tidak perlu tanda elipsis) dan senafas.Lain-lain13.01.2013
Apakah maksud perkataan "hatta"Lazimnya perkataan hatta bergandingan dengan perkataan 'maka'. hatta maka...

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hatta= ~ maka sl lalu, maka, kemudian dr itu, sampai (hingga): ~ beberapa lamanya ba­ginda pun berangkatlah pulang; berdiri teguh di belakang kerajaan kerana memper­tahankan negara ~ utk memikul senjata; memasuki rumah orang lain, sama ada rumah kawan atau rumah saudara ~ rumah ibu bapa sendiri, hendaklah mendapat ke­izin­an terlebih dahulu.
Tatabahasa07.09.2012
12345678910...

Kembali ke atas