| Apakah padanan bahasa Melayu bagi "horse leader"? | Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: horse leader - pengendali kuda Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 24.06.2022 |
| Influencer merujuk kepada Pempengaruh. Bagaimana pula istilah bagi Key Opinion Leader (KOL). Penjelasan bagi KOL, opinion leader (KOL) is a trusted, well-respected influencer with proven experience and expertise in a particular field. In healthcare, these thought leaders could be physicians, hospital executives, health system directors, researchers, patient advocacy group members, and more. | Padanan bagi istilah Key Opinion Leaders (KOL) dalam bahasa Melayu ialah Pemimpin Pendapat Utama. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 11.07.2024 |
| salam. minta maksud untuk perkataan "leader emergence" dalam bahasa malaysia. Adakah betul jika saya definisikan ia sebagai kemunculan pemimpin. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "leader emergence". Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kemunculan pemimpin. | Istilah | 12.11.2016 |
| Apakah terjemahan yang tepat untuk 'World Confederation of Businesses' sama ada, 'Gabungan Perniagaan Sedunia' atau 'Gabungan Dunia Perniagaan' atau terjemahan lain yang lebih tepat. Juga, tepatkah 'World Business Leader Award' diterjemahkan sebagai 'Anugerah Pemimpin Perniagaan Sedunia/Dunia' dan 'World Leader Businessperson Award' sebagai 'Anugerah Ahli Perniagaan Pemimpin Sedunia/Dunia'. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. | 1. Terjemahan yang tepat untuk "World Confederation of Businesses" ialah Gabungan Perniagaan Sedunia. 2. "World Business Leader Award" diterjemahkan sebagai Anugerah Tokoh Perniagaan Sedunia. 3. "World Leader Businessperson Award" diterjemah sebagai Anugerah Tokoh Ahli Perniagaan Pemimpin Sedunia. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.03.2018 |
| Aslm, saya ingin mendapatkan terjemahan yang betul dalam b. melayu bagi "leader-member exchange"..iaitu satu konstruk yang digunakan dalam literature kepimpinan | Tidak ada maklumat berkaitan frasa tersebut, namun kami mencadangkan leader-member exchange diterjemahkan kepada pertukaran ketua - anggota jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2014 |
| Mohon pandangan berkaitan terjemahan yang telah saya buat, adakah ia menepati dalam konteks pendidikan. 5 ISTE STANDARD FOR EDUCATION LEADER (5 Standard ISTE untuk Pemimpin Pendidikan) 1. Equity and Citizenship Advocate = sokongan ekuiti dan warga digital Leaders use technology to increase equity, inclusion, and digital citizenship practices. 2. Visionary Planner = perancang berwawasan Leaders engage others in establishing a vision, strategic plan and ongoing evaluation cycle for transforming learning with technology. 3. Empowering Leader = kepimpinan memperkasa Leaders create a culture where teachers and learners are empowered to use technology in innovative ways to enrich teaching and learning. 4. Systems Designer = merekabentuk sistem penambahbaikan Leaders build teams and systems to implement, sustain and continually improve the use of technology to support learning. 5. Connected Learner = model pembelajaran Leaders model and promote continuous professional learning for themselves and others | Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut: 1. Equity and Citizenship Advocate = Penyokong Ekuiti dan Kewarganegaraan atau Pendukung Keadilan Kerakyatan 2. Visionary Planner = Perancang Berwawasan 3. Empowering Leader = Pemimpin Pemerkasaan 4. Systems Designer = Pereka Bentuk Sistem 5. Connected Learner = Pelajar Terhubung atau Pelajar Berkait/Terkait Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 04.06.2021 |
| building tomorrow's leader's today | cadangan membina asa depan pemimpin hari ini, "pemimpin hari ini, membina hari esok" | Lain-lain | 06.04.2007 |
| Apakah terjemahan bagi perkataan "keystone"? Contoh penggunaan ayat: "The country is a leader in marine protection and has zero loss of keystone species." | 1. Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud keystone ialah 1. baji batu; 2. (fig.) asas, teras. Jika lihat kepada contoh ayat yang diberikan, terjemahan yang sesuai bagi keystone species ialah spesies asas.
| Makna | 02.10.2017 |
| Mohon ulasan/cadangan pihak DBP untuk penyataan ini jika diterjemahkan di dalam Bahasa Melayu: " A National Leader in Public Service Transformation" Terima kasih. | Cadangan kami ialah Pemimpin Negara dalam Transformasi Perkhidmatan Awam. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.09.2015 |
| assalamualaikum/salam sejahtera. Saya ada kemusykilan berkaitan istilah "teacherpreneur" dalam bahasa Malaysia. "teacherpreneur" dirujuk sebagai: "teacher leader of proven accomplishment possessing a deep knowledge of how to teach, a clear understanding of what strategies must be in play to keep schools highly successful, and the skills and commitment necessary to spread their expertise to others". | Untuk makluman, istilah "teacherpreneur" belum ada dalam pangkalan data kami. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 06.07.2013 |