turnaround leadership pohon mencadangkan apa perkataan bahasa melayu yang sesuai dengan perkataan di atas.? | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "turnaround leadership" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk dibincangkan. Kami akan menghubungi puan sekiranya telah mendapat padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 08.02.2013 |
apakah yang dimaksudkan dengan leadership? kerana sesetengah pengkaji berpendapat kepimpinan dan sesetengahnya kepemimpinan. yang mana satu harus digunakan dalam kajian saya yang bertajuk Instructional Leadership setelah dialih ke bahasa melayu. terima kasih!! | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan dan sebagainya) seseorang pemimpin. Oleh itu, puan boleh pilih salah satu yang bersesuaian dengan konteks dan konsep istilah tersebut. | Makna | 28.02.2013 |
Salam dan Selamat Petang, Saya ingin mengetahui makna dan penjelasan padat mengenai perkataan "Thought Leadership". Harap Pihak Tuan dapat membantu. Terima Kasih | Maklumat dan terjemahan Thought Leadership tidak ada dalam pangkalan data kami. Melalui semakan kami, perkataan thought dalam konteks ini bermaksud seseorang yang berbakat, berpengalaman dan bersemangat. Oleh itu, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemahkan kepada pimpinan yang berwibawa. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.03.2017 |
Mohon cadangan terjemahan "Leadership Outreach Programme"? Adakah Program Bantuan Kepimpinan? | Tidak ada terjemahan keseluruhan frasa dalam pangkalan data kami. Namun kami pernah mencadangkan Outreach Programme diterjemahkan kepada Program Bantuan atau Program Khidmat Masyarakat (bergantung pada konteks ayat) dan leadership ialah kepemimpinan. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.04.2014 |
Mohon untuk menterjemahkan dalam bahasa Melayu: Religiosity, Ethical Leadership, Good Governance, Ethical Climate, Ethical Behavior...terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut: Religiosity - Kewarakan/Kesalihan Ethical Leadership - Kepemimpinan Beretika Good Governance - Tadbir Urus Baik Ethical Climate - Suasana Beretika Ethical Behavior - Tingkah Laku Beretika | Istilah | 17.09.2016 |
salam saya membuat semakan di kamus dwi bahasa oxford fajar edisi ke 5 yang membawa maksud leadership adalah kepimpinan. tetapi menurut DBP edisi 4 leadeship membawa maksud kepemimpinan. yang manakah sepatutnya digunakan? | Kedua-dua istilah iaitu kepimpinan dan kepemimpinan ialah padanan bahasa Melayu untuk "leadership". Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin. | Istilah | 12.11.2016 |
apakah beza antara mampan dan lestari? diterjemahkan sustainable leadership kepada bahasa malaysia kepimpinanan mampan atau kepiminnan lestari? | mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik. Lestari bermaksud tidak berubah-ubah,kekal, tetap. Oleh itu kepimpinan mampan lebih sesuai. | Makna | 14.02.2008 |
Mohon semak terjemahan kepada Visi dan Misi seperti di bawah: VISION To provide leadership in advancing the country’s tropical forestry research, development, commercialisation and application. MISSION To intensify R&D, engaging community for benefit sharing, enhancing technology transfer and strengthening science-based knowledge in addressing local and global forest-related issues affecting the country’s biodiversity, environment and industries. VISI Menerajui kepimpinan dalam memacu penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan aplikasi R&D perhutanan tropika negara. MISI Mempergiat aktiviti R&D, melibatkan komuniti untuk perkongsian faedah, meningkatkan pemindahan teknologi serta memperkasakan pengetahuan berasaskan sains dalam menangani isu-isu tempatan dan global berkaitan hutan yang memberi impak terhadap biodiversiti, alam sekitar dan industri negara. Sekian, terima kasih. | VISI Menerajui kepimpinan dalam memacu program penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan aplikasi R&D perhutanan tropika negara. MISI Mempergiat aktiviti R&D, melibatkan komuniti untuk perkongsian faedah, meningkatkan pemindahan teknologi serta memperkasakan pengetahuan berasaskan sains dalam menangani isu-isu tempatan dan global berkaitan hutan yang memberi impak terhadap biodiversiti, alam sekitar dan industri negara. | Lain-lain | 22.11.2017 |
Dalam Carian Kata DBP: Demokratik membawa maksud menjunjung/menyokong demokrasi (Kamus Bahasa Melayu). Seterusnya dalam Carian Kata: 'democratic leadership' diertikan sebagai kepimpinan demokratik, manakala 'democratic family' diterjemahkan sebagai keluarga demokratik. Berdasarkan maklumat di atas (diperoleh dari capaian DBP), kami mahu mendapatkan penjelasan sekali lagi mengenai istilah: i. democratic citizens = warganegara demokratik ii. democratic citizenship = kewarganegaraan demokratik (bermaksud kewarganegaraan yang menyokong prinsip-prinsip demokrasi) Sementara itu, kewarganegaraan demokrasi seperti yang dicadangkan oleh pihak tuan sebelum ini dirasakan kurang sesuai. Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Terima kasih. | Penggunaan demokratik dan demokrasi boleh digunakan mengikut konsep dan maksud yang hendak disampaikan. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.08.2016 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada tuan/puan pentadbir Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya hendak mohon bantuan daripada tuan/puan pentadbir untuk memberi cadangan terjemahan bagi ayat berikut kepada Bahasa Melayu yang betul dan tepat: "Under Schiff’s leadership Kuhn Loeb grew to be one of the most influential investment banks in the late nineteenth and early twentieth centuries, financing America’s expanding railways and growth companies, including Western Union and Westinghouse, and thereby becoming the principal rival of J.P. Morgan & Co." | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.06.2020 |