Salam Hormat. Bolehkah bantu saya dalam terjemahan 'Lean Construction' ke Bahasa Melayu? Terima Kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah lean construction dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, kami ada istilah lean concrete dalam bidang Kejuruteraan yang padanan bahasa Melayunya ialah konkrit kurang simen. Sekiranya istilah lean construction ini berkaitan dengan bidang kejuruteraan, cadangan istilah bahasa Melayu ialah pembinaan kurang simen. | Istilah | 06.01.2011 |
Apakah istilah yang betul bagi terjemahan perkataan Lean Management dalam bahasa melayu? | Untuk makluman, DBP tidak mempunyai terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan "lean management". Mungkin puan boleh memberikan konsep supaya lebih jelas untuk kami lihat jika ada padanan yang sesuai dengan perkataan tersebut. | Istilah | 03.12.2015 |
Boleh saya dapatkan maksud yang paling sesuai untuk terjemahan kepada lean management? | Cadangan padanan bagi istilah lean management dalam bahasa Melayu ialah pengurusan kejat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 13.11.2024 |
apakah istilah yang tepat bagi Scrum, Extreme Programming (XP), Crystal, Dynamic Systems Development Method (DSDM), Lean Development, and Feature-Driven Development (FDD) dalam kaedah pembangunan perisian? | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: Scrum - Skrum Extreme Programming (XP) - Pengaturcaraan Ekstrem Crystal - Kristal Dynamic Systems Development Method (DSDM) - Kaedah Pembangunan Sistem Dinamik Lean Development -Pembangunan Padu Feature-Driven Development (FDD) - Pembangunan Berpandukan Ciri/Pembangunan Pacuan Ciri | Istilah | 14.03.2017 |
Salam sejahtera, Adakah 'Lean Fundamentals' sesuai diterjemahkan kepada 'Asas Padu'? Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Kami berpandangan asas teguh atau asas kuat lebih sesuai digunakan kerana lazimnya padu dikaitkan dengan sesuatu yang secara fizikalnya boleh dilihat. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.02.2018 |
salam sejahatera,, ap istilah 'lean economy' dalam bahasa melayu? | Salam sejahtera. Mohon pihak tuan/puan menyediakan ayat atau konteks istilah untuk padanan bahasa Melayu yang tepat. Terima kasih. | Makna | 19.01.2018 |
Hi, saya ingin bertanyakan tentang terjemahan ayat ini. Eat clean =makan bersih & Eat lean = makan sihat. Adakah betul atau tepat terjemahan ini? Terima kasih | Salam sejahtera, Padanan dalam bahasa Melayu yang kami boleh cadangkan ialah makanlah makanan sihat. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 12.06.2019 |
Hi, saya ingin bertanya tentang perkataan yang sesuai digunakan/diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia untuk "eat lean, eat clean". Terima Kasih | Salam sejahtera, Padanan dalam bahasa melayu yang kami boleh cadangkan ialah makanlah makanan sihat. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 12.06.2019 |
Puan, Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Dimaklumkan bahawa INTAN akan mengadakan Seminar "Enhancing Government Transformation Through Lean Management" pada 26 November 2013 dengan kerjasama MPC dan MAMPU yang telah disediakan dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, pihak kami telah dinasihatkan agar menggunakan istilah-istilah yang menarik dalam Bahasa Melayu dalam seminar tersebut bagi tajuk pembentangan dan nama-nama sesi. 3. Oleh yang demikian, pihak kami memohon jasa baik pihak puan untuk membantu mencadangkan pengisian-pengisian seminar dalam Bahasa Melayu berdasarkan tajuk asal dalam Bahasa Inggeris seperti dilampiran supaya dapat kami bentangkan semula kepada pihak pengurusan INTAN menggunakan seratus peratus Bahasa Melayu. Perhatian dan kerjasama pihak puan dalam perkara ini adalah amat dihargai. | Untuk makluman tuan, lampiran yang dilampirkan tidak dapat dibuka. Walau bagaimanapun, pegawai kami ada memaklumkan telah menerima e-mel daripada pihak tuan. Kami akan memaklumkan kepada pihak tuanĀ apabila melakukan perbincangan penggunaan bahasa Melayu yang betul seperti yang dikehendaki. Kami mengucapkan terima kasih kerana bersama-sama berusaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. | Tatabahasa | 10.10.2013 |
Salam sejahtera. Saya Ayu Shahirah daripda Branding Digital Content di Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Kami telah menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk kandungan di media sosial kami iaitu Kamus Digital MARii. Setiap minggu, kami akan menterjemah terma-terma digital dan teknologi yang biasa digunapakai oleh kebanyakan orang. Namun, terdapat beberapa terma yang masih tiada terjemahan dalam data DBP. Mohon pencerahan dan jawapan bagi terma-terma di bawah: Additive Manufacturing Mobility as a Service (MaaS) Human-Machine-Interface (HMI) Blockchain Lean manufacturing Vehicle to Everything (V2X) Adaptive Cruise Control Infotainment Anti-Lock Braking System Kerjasama pihak DBP amatlah kami harapkan kerana MARii ingin terus memberikan info baru tentang dunia teknologi dan automotif kepada semua pengikut. Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: additive manufacturing - pembuatan berdaya tambah Mobility-as-a-Service (MaaS) - Mobiliti sebagai Perkhidmatan Human-Machine Interface (HMI) - Antara muka Manusia-Mesin Lean manufacturing - pembuatan Lean vehicle to everything (V2X) - kenderaan hubung segalanya adaptive cruise control - kawalan jelajah mudah suai anti-lock braking system - sistem pembrekan antikunci Berdasarkan data PRPM, padanan istilah tersebut seperti yang berikut: blockchain - blok rantai infotainment - maklumat hibur Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 08.09.2021 |