Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (lébar) 1. lapang (kawasan dll), luas, tidak sempit: Jawa Tengah tidak se~ Jawa Barat dan Jawa Timur; 2. lintang (lwn panjang) pd sesuatu kawasan: ~ tanah ini kira-kira dua puluh meter; ia tersenyum ~; ~ mulut (orang yg) banyak cakap; melebar menjadi (lebih) lebar: senyuman Datuk Ujang yg sudah tumpas tadi ~ semula; melebarkan membuat jadi lebar, melapang­kan, meluaskan: mereka datang hendak ~ tanah jajahan mereka; ~ jalan-jalan yg sempit; memperlebar menjadikan lebih lebar; kelebaran keadaan lebar; pelebaran perihal atau perbuatan melebar­kan, peluasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi orang terjun ke dlm air, cebur; ~-lebu bunyi spt bunyi denyutan jan­tung yg kencang (kerana terperanjat dll), berdebar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /lébar/ 1 tidak sempit; luas (bkn kawasan); lapang: Jalan di sana ~-~ belaka. 2 lintang sesuatu bidang (lw panjang): ~ kawasan itu ialah 10 meter dan panjangnya 30 meter. melebar menjadi lebar: Senyumnya makin ~ sewaktu melihat telatah anaknya. melebarkan menjadikan lebar; membesarkan; meluaskan: Pekerja-pekerja sedang ~ jalan. memperlebar menjadikan lebih lebar: Kerja-kerja ~ jalan raya itu dilakukan pd waktu malam. pelebaran perbuatan, hal dsb melebar atau melebarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebar
Rujuk :lapang

Puisi
 

Tanam tebu beruas-ruas,
     Tanam dari tepi telaga;
Lautan lebar bukankah luas,
     Kenapa kapal selalu berlaga?


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menghubung hendak panjang,
     menyebar hendak lebar.

Bermaksud :

Perkahwinan yang akan menambahkan keluarga di kedua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa yang dimaksudkan dengan Jalur Lebar? Adakah perkhidmatan Internet yang diberikan oleh streamyx dari telekom termasuk dalam kategori Jalur Lebar?

Jalur Lebar merujuk kepada isyarat telekomunikasi (yang memproses isyarat telekomunikasi lebih laju). Lebih lebar jalur lebih besar keupayaan untuk memproses isyarat telekomunikasi. Perkhidmatan Internet yang diberikan oleh Streamyx juga tergolong dalam kategori Jalur Lebar.

Lain-lain08.02.2011
JALUR LEBAR

Assalamualaikum

Sila rujuk PUSAT RUJUKAN PERSURATAN MELAYU DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 

Sekian. 

Lain-lain01.09.2010
Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu kami mengesahkan penggunaan ayat berikut adalah betul (Sila rujuk kepada lampiran berikut) Pilihan 1 MULA BERNIAGA GUNA JALUR LEBAR DENGAN HANYA RM99. Pilihan 2 MULA BERNIAGA MENGGUNAKAN JALUR LEBAR DENGAN HANYA RM99. Untuk makluman Tuan/Puan, ayat ini adalah tujuan pengiklanan bagi iklan cetak. Kami berharap pihak Tuan/Puan dapat menjelaskan penggunaan ayat yang betul bagi rujukan kami. Kerjasama Tuan/Puan amat dihargai. Terima Kasih!Ayat yang betul ialah: 2. MULA BERNIAGA MENGGUNAKAN JALUR LEBAR DENGAN HANYA RM99Tatabahasa15.01.2013
adakah kertas mahjong (kertas putih dan lebar) terdapat dalam entri kamus?kalau tiada perkataan apa yg perlu digantikanIstilah kertas mahjong tidak terdapat dalam pangkalan data kami.Istilah11.02.2011
Terjemahan Community Broadband Centre kepada Bahasa MelayuPusat Jalur Lebar KomunitiMakna09.10.2009
Assalamualaikum, Apakah maksud rama-rama yang betul? Daripada kamus DBP: Rama-rama : [1.sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya).] ATAU; [serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu).] Berlaku percanggahan maksud. Kalau dalam English butterfly=kupu-kupu, moth=rama-rama. Yang manakah yang betul?Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, rama-rama ialah serangga bersayap empat yang lebih banyak terbang pada waktu malam dan tertarik pada cahaya, dan warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk daripada badan kupu-kupu. Kupu-kupu ialah serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Jika berlaku percanggahan dalam data kami, untuk melihat makna yang lebih persis kami sarankan tuan/puan mengambil data daripada Kamus Pelajar.Makna25.10.2013
apakah makna perkataan 'terendak'.Jika ia sejenis benda,apakah kegunaannyaMaknanya ialah sj penutup kepala atau tudung yg lebar tepinya (dibuat drpd anyaman buluh, rotan, dll). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna15.10.2008
ASSALAMUALAIKUM. APAKAH MATLAMAT DAN OBJEKTIF TENTANG PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN KITA?

Puan Rozaidah.

Untuk mendapatkan jawapan secara panjang lebar , sila lihat majalah DBP yang banyak memperkatakannya  terutama pada keluaran yang lepas.

Lain-lain11.10.2010
menjadi kembangMenurut Kamus Dewan perkataan kembang bermaksud mengembang menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri;Lain-lain06.08.2007
saya ingin tanya tentang pelipur lara.jenis,bentuk,peranan dan lain-lain yang berkenaan dengan pelipur lara.harap anda dapat membantu.terima kasih

Pelipur lara ialah orang yang pandai bercerita dengan panjang lebar dan pandai menyampaikan cerita sehingga boleh menarik perhatian pendengar( khalayak). Secara umum, orang yang menyampaikan sesuatu cerita (pada waktu dahulu) dikenali sebagai penglipur lara, namun terdapat nama lain atau panggilan lagi kepada pencerita berdasarkan daerah atau negeri. Contohnya di Perlis dan Langkawi di panggil Awang Batil atau Awang Belanga. Di Kedah pula dipanggil Tuk Jubang, sedangkan di Kelantan digelar Tuk Selampit dan di Pahang di panggil Pencerita sahaja.

Jenis-jenis cerita penglipur lara yang selalu dituturkan ialah Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Terung Pipit dan beberapa lagi hikayat yang sangat popular dalam kalangan masyarakat dahulu.

Bentuk cerita penglipur lara mudah dan lurus. pada umumnya bentuk ceritanya terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kelahiran wira, pengembaraan wira dan kejayaan wira dalam pengembaraan dan pulang ke negeri asalnya.

 

Lain-lain23.04.2008
12

Kembali ke atas