Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lebat
Rujuk :tebal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah"nya" digunakan untuk haiwan? Contohnya, Si Comel berbulu lebat. Bulunya lembut seperti kapas.-nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Hanya digunakan pada manusia dan Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya.
Selain itu -nya juga berfungsi sebagai kata pembeda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya: lajunya - Lajunya ialah 100km sejam.
Tatabahasa30.07.2015
Dalam penulisan kreatif, adakah penggunaan "-nya" untuk merujuk kepada benda berbanding manusia dianggap tidak salah dalam bahasa Melayu?

-nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan hanya digunakan pada manusia.  Selain itu, -nya juga berfungsi sebagai kata penekan dan pembenda.

Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya, seperti contoh ayat yang berikut:

  1.     Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
  2.     Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.

Kata  pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, seperti contoh ayat yang berikut:

  1.     Lajunya ialah 100 km sejam.
  2.     Datangnya secara mendadak.

Oleh yang demikian, penggunaan -nya tidak boleh digunakan bagi merujuk kepada benda.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 103 - 104 dan 295 - 296.

Tatabahasa20.09.2023
1. Tolong gunakan alat muzik dengan cermatnya. 2. Sila gunakan alat muzik dengan cermatnya. 3. Minta gunakan piring-piring seramik ini dengan cermatnya. 4. Sila gunakan piring-ring seramik ini dengan cermatnya. Adakah 4 ayat tersebut betul? minta pencerahan. terima kasih encik/puan.Fungsi “nya” sebagai kata ganti nama diri ketiga. Selain itu, “nya” bertindak sebagai kata penekan dan kata pembenda. Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya, contohnya, sesungguhnya dan nampaknya, seperti dalam ayat yang berikut:

1. Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.


2. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.


Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, contohnya, lajunya dan sakitnya, seperti dalam ayat yang berikut:


1. Lajunya ialah 100 km sejam.


2. Bukan kepalang sakitnya.


Sehubungan dengan itu,  penambahbaikan bagi ayat yang diberikan adalah seperti yang berikut:


1. Tolong gunakan alat muzik dengan cermat.


2. Sila gunakan alat muzik dengan cermat.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 295 – 296.

Tatabahasa21.07.2025
Buku teks BM Tahun 2 KSSR Semakan terbitan DBP, m/s 125. Hutan Lipur Ulu Bendul sangat indah. Air sungainya jernih dan sejuk. DBP sering menekankan bahawa penggunaannya merujuk kepada kata ganti nama diri ketiga, iaitu manusia. Akan tetapi, kebanyakan ayat yang digunakan oleh buku teks DBP ini menggunakan nya untuk merujuk benda bukan hidup. Harap ada penjelasan supaya tidak keliru. Terima kasih.Salam sejahtera,

MAKLUM BALAS ISU PERKATAAN –NYA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 2 SK

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa, selain berfungsi sebagai Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga, -nya juga tergolong dalam Kata Pascakata di bawah Kata Tugas. Bentuk

nya tersebut berfungsi sebagai penekan dan pembenda. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga: 295)

Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat;

 

  1. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat
  2. Sesungguhnya kenyataan yang diberikan oleh saksi kedua itu benar.

Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Contoh dalam ayat;

 

  1. Lajunya ialah 100km sejam.
  2. Bukan kepalang sakitnya.
Sekian.
Lain-lain27.09.2021

Kembali ke atas