Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebatnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sebaik-baik sahaja Luqman tiba di rumah, hujan pun turun dengan selebat-lebatnya. adakah penggunaan kata sebaik-baik sahaja dan selebat-lebatnya salah dalam ayat tersebut?"Sebaik-baik sahaja Luqman tiba di rumah, hujan pun turun dengan selebat-lebatnya", ayat ini betul sebaik-baik bermaksud baru sahaja, manakala selebat-lebatnya menunjukkan keadaan hujan yang sangat lebat.Tatabahasa23.06.2009
Salam sejahtera. Bolehkah ayat berikut diterima? 1. Hujan turun dengan lebatnya. 2. Dia memeluk ibunya dengan perasaan penuh kesyukuran. 3. Datuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. 4. Ana bangun dari katilnya lalu ternampak sebuah kotak kasut baharu. 5. Kita boleh membentuk perubahan positif dalam alam sekitar.Ayat nombor 1 - 4 boleh diterima.  Ayat nombor 5, sila betulkan: Kita boleh membentuk perubahan positif dalam menangani hal-hal berkaitan alam sekitar.Tatabahasa19.02.2022
Yang manakah satu betul dan mengapakah pernyataan tersebut betul? 1. (a) Hujan turun dengan lebat.(b) Hujan turun dengan lebatnya. 2. (a) Dia menghidap penyakit kanser. (b) Dia menghidapi penyakit kanser.1. Kedu- dua ayat boleh digunakan.

2. Ayat yang pertama lebih gramatis.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk rujukan.
Tatabahasa21.08.2013
1.Keadaan lalu lintas menjadi tenang pada waktu malam. 2.Hujan mulai tenang pada waktu petang selepas beberapa jam turun dengan lebatnya. Ada salah tak?Tenang bermaksud: 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll); dan 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan). Berdasarkan definisi dalam Kamus Dewan perkataan tenang tidak sesuai digunakan dalam ayat contoh yang tersebut, sebaliknya perkataan reda lebih sesuai digunakan.Tatabahasa25.02.2012
adakah ayat di bawah betul? 'amir tidak hadir ke sekolah sebab demam' bolehkah anda tolong jelaskan penggunaan kata sebab dan kerana dalam ayat.. terima kasih

Penggunaan kata "sebab" dan "kerana"  umumnya kita temukan dalam ayat-ayat seperti yang berikut: 

1) Amir tidak hadir ke sekolah sebab demam.

2) Amir tidak hadir ke sekolah kerana demam. 

Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat yang betul ialah ayat (2). Mengapa pula ayat (1) dikatakan salah? Untuk menjawab soalan ini, ada beberapa hal yang perlu difahami terlebih dahulu. Yang pertama, kata "sebab" dan "kerana" tidak sama jenisnya. Kata "sebab" ialah kata nama sedang "kerana" ialah kata hubung. Yang kedua, kata "sebab" perlu ditambah dengan "oleh" apabila hendak digunakan sebagai kata hubung. Misalnya; 3. Ibu segera menutup tingkap oleh sebab hujan turun dengan lebatnya.  Sebaliknya, "kerana" tidak memerlukan "oleh" kerana memang sudah sedia sebagai kata hubung.  Walau bagaimanapun, kata "sebab" boleh digunakan dalam ayat tanpa disertai "oleh". Misalnya:

 4.   Apa sebab dia tidak hadir hari ini?

5.   Beri tiga sebab mengapa dadah berbahaya kepada kita.  

Dalam kedua-dua ayat di atas kata "sebab" digunakan sebagai kata nama, bukan sebagai kata hubung.

Tatabahasa28.07.2010

Kembali ke atas